,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 1 May 2013

MAAF DI POHON MAAF DI PINTA MAAF DI PAKSA




AYAHANDA TUN M - 'Saya Tak Simpan Dalam Hati, Syukur Mereka Sudah Sedar

TUN M ADALAH SEORANG PEMAAF!

“Saya tak paksa sesiapa pun minta maaf tetapi saya bersyukur kerana mereka sudah sedar, Alhamdulillah. Saya tak simpan dalam hati dan menjadi tanggungjawab saya untuk terima orang yang mahu berdamai”.

Demikian sifat rendah diri dan keikhlasan yang ditunjukkan negarawan ulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung permohonan maaf Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non yang mengakui pernah merancang mahu membunuh mantan Perdana Menteri itu.

Selain Cikgu Non, beberapa ulamak pondok dari Kelantan turut tampil memohon maaf kepada mantan Tun Dr Mahathir yang menyifatkan semua itu berlaku kerana fahaman fanantik dan salah tafsir di kalangan penyokong PAS.
Tegas Dr Mahathir lagi, hari ini semakin ramai pengikut Ketua Pembangkang dan PAS mengambil keputusan meninggalkan parti berkenaan kerana sedar dengan permainan politik yang digunakan parti pembangkang itu.

Dalam satu perjumpaan yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, Dr Mahathir menegaskan umat Islam di negara ini sebenarnya bertuah kerana berpegang kepada sunnah wal jamaah yang mengikut mazhab Imam Shafie.

Berbanding negara Islam lain, umatnya sanggup berbunuh-bunuhan kerana hanya mengamalkan fahaman agama yang berbeza iaitu sunni dan syiah yang akhirnya menguntungkan musuh Islam seperti Israel dan Amerika Syarikat.


NAJIB MINTA MAAF


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana BN sedikit sebanyak membuat kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.

NONE"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis turun padang di Baling oleh Bernama.

Bagaimanapun, agensi berita nasional itu melaporkan Najib sebagai berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita.

"Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya lagi.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.


Jakun -  Nik Aziz Mohon Maaf Kepada Orang Asli 

 Oleh AZRAN FITRI RAHIM
 

KOTA BHARU 14 Feb. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli kerana menggunakan perkataan 'Jakun' bagi menggambarkan tindakan buruk yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, perkataan itu dikeluarkan kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak mengetahui bahawa wujud Orang Asli suku Jakun di negara ini.

"Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.

"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10 di sini, hari ini.Akui Kesalahan,


  TGHH  Perlu Minta Maaf Dengan DAP, PKR - Karpal




PULAU PINANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meminta maaf kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno kerana jelas ia tidak jujur, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Katanya DAP mengkritik para pemimpin PAS setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan yang melampau.

"Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dalam nada penuh emosi dan marah dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin ini (pemimpin PAS) mahu merosakkan parti itu.

"Malah Nik Aziz secara terbuka mengkritik rakannya dalam PAS kerana menyokong agenda perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno," katanya.

Katanya DAP juga tidak membiarkan walaupun Abdul Hadi yang mencadangkan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno baru-baru ini.

Di ALOR SETAR, Pengerusi Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah membidas Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan anggota parti itu yang mempertahan cadangan Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai "boneka Umno."

"Sebagai seorang muslim yang baik, beliau sepatutnya bercakap benda yang baik dan lebih baik mendiamkan diri jika nak cakap benda buruk," katanya ketika dihubungi.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan orang PAS yang terus mempertahan cadangan Abdul Hadi sebagai boneka Umno.

Khalid berkata idea mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS adalah perkara baik selaras dengan kehendak Islam.

"Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berpecah belah malah menyuruh mereka bersatupadu. Agama mesti didahulukan, bukannya parti," kata Khalid.

Idea kerajaan perpaduan disuarakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar Pas Ke55 Ahad lepas tetapi ditentang Nik Aziz. BERNAMA


 
 Mohon Maaf Peribadi Mulia 
 by Amran Zakaria
Memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang sering kali dianggap sebagai mudah mengalah, tidak kuat pendirian dan dianggap terlalu lembut.

Pada dasarnya, tidak salah merendah diri untuk memohon maaf atas kesalahan dilakukan. Sikap mudah rasa bersalah walaupun terhadap perkara remeh dibenarkan bagi bertujuan membersihkan hati.
Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah kemasyarakatan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)
Pemimpin telus, jujur

Jika menjadi pemimpin, sifat seperti ini menggambarkan ketelusan dan kejujuran yang ada kaitannya dengan natijah keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Mengakui kesalahan dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan adalah ciri-ciri orang beriman. Meminta maaf bukanlah suatu tindakan yang hina. Malah, mengakui kesalahan adalah tindakan yang berani.

Tidak ramai manusia termasuk pemimpin bersedia memohon maaf di atas kesilapannya. Ini hakikat yang perlu difahami kerana manusia bukanlah makhluk sempurna dan sentiasa terdedah dengan kesilapan.
Namun manusia harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan bagi menjana peribadi yang mulia.

Khalifah Abdul Malik Marwan pernah mengungkapkan mutiara kata iaitu “Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.”

Allah SWT sangat mencintai orang yang memaafkan kerana ia termasuk dalam perbuatan baik kepada manusia. Allah SWT menyukai orang yang berbuat baik seperti terakam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali ‘Imran, ayat ke-134).

Rasulullah SAW sendiri adalah insan yang mudah memaafkan orang lain. Baginda Rasulullah SAW pernah berdepan dengan perlakuan seorang wanita Yahudi memberi hadiah kepada Nabi berupa daging kambing yang didalamnya mengandungi racun.

Sesungguhnya Nabi sendiri tidak mengetahui akan perkara itu dan memakannya. Selepas mengetahui diri Baginda diracun, Nabi berbekam untuk mengeluarkan racun berkenaan.

Dengan izin Allah, Baginda terselamat lalu dipanggil wanita itu dan ditanya maksud dan tujuannya berbuat begitu kepada Nabi. Ternyata dari jawapannya dia ingin membunuh Nabi. Namun Rasulullah SAW memaafkan wanita itu dan tidak sesekali menghukumnya.

Rasulullah ada bersabda: “Sayangilah makhluk, nescaya kamu akan disayangi Allah dan berilah ampunan nescaya Allah mengampunimu.” (Sahih Al-Adab Al-Mufrad)
Islam menuntut umatnya memaafkan orang yang memohon maaf dengan tanpa perasaan prejudis atau pandangan serong.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)

Daripada Abu Hurairah ra menyebut bahawa ada seorang lelaki memberitahu Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku berusaha menyambungnya, namun mereka memutuskan hubungan dengan aku. Aku berbuat kebaikan kepada mereka, namun mereka berbuat tidak baik. Aku bersabar dengan mereka namun mereka berbuat kebodohan terhadapku.”

Maka Rasulullah SAW bersabda: “Jika benar yang kamu ucapkan maka seolah-olah kamu menebarkan abu panas kepada mereka. Dan kamu sentiasa mendapat pertolongan dari Allah atas (perbuatan) mereka selama kamu di atas hal itu.” (Riwayat Muslim) - Jiwa ikhlas 


AMUKANMELAYU - Mohon maaf, memaafkan dan berlapang adada adalah sifat yang sangat mulia....tapi jangan paksa orang minta maaf.....kerana MAAF itu datang dari lubuk hati yang ikhlas dan bukan di paksa-paksa.....