Nallakaruppan: Anwar should see a psychiatrist
Add caption |
The former tennis playing partner of Anwar even advised him to seek treatment for mental illness because of his refusal to accept the opposition's defeat.
"He (Anwar) should seek treatment in France before he ruins Malaysia," Nallakaruppan said in a statement yesterday.
The Malaysian Indian United Party president also advised Anwar's wife, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, to send her husband to a psychiatrist.
"Since Anwar does not understand that the general election is over, he should see a psychiatrist.
"I think only a psychiatrist can make Anwar understand that with (PKR's) 30 parliamentary seats, he cannot become prime minister.
"He can only do this by winning more than 112 seats," Nallakaruppan said, adding that Anwar should accept his defeat and stop confusing the people by organising rallies.
Nallakaruppan said Anwar should stop blaming BN for his failure to become prime minister.
He added that Anwar had been creating conspiracies against BN since he was sacked as deputy prime minister in 1998.
Nasihat Nalla kepada Anwar
KUALA LUMPUR 18 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menilai diri secara ikhlas dan menyedari sama ada beliau dan pakatan pembangkang layak memerintah negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Bekas sahabat karib Anwar selama 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Anwar masih tetap berasa layak menjadi Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu dinasihatkan 'segera menjalani pemeriksaan mental di Perancis'.
ANWAR - Apakah beliau perlukan Pakar psychiatrist |
Menurutnya, hanya pakar sakit jiwa sahaja yang boleh membuatkan Anwar faham kemenangan 30 kerusi Parlimen oleh PKR tidak membolehkannya menjadi Perdana Menteri.
Malah, beliau secara sinis menyeru seluruh rakyat Malaysia 'menghadiahkan' Anwar sebuah kerusi dari rumah masing-masing bagi mententeramkan keadaan mental Anwar yang terus kemaruk menjadi Perdana Menteri.
"Sebelum ini Anwar dakwa sakit belakang dan mendapat rawatan di Jerman, jadi saya syorkan Anwar jalani pemeriksaan mental di Perancis kerana negara itu mempunyai kemudahan rawatan sakit mental yang hebat dan sesuai dengan kes teruk seperti dialaminya sekarang.
"Saya ingin sekali lagi mengingatkan Anwar jangan mengheret rakyat turun ke jalan raya hanya kerana ingin memenuhi nafsu sendiri yang terlalu inginkan jawatan Perdana Menteri. Anwar boleh terus mencuba dalam lima tahun lagi tetapi perlu mengikut peraturan sesuai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) mengulas tindakan Anwar meneruskan usaha mengajak rakyat menyertai demonstrasi di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang jelas tidak memihak kepada pembangkang.
Anwar juga secara berterusan mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dibantu siri penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menggunakan alasan tersebut bagi menghasut rakyat berdemontrasi.
Lebih malang, Anwar juga menidakkan kemenangan BN dengan alasan pakatan pembangkang memenangi lebih banyak undi popular sedangkan sistem demokrasi Malaysia memperuntukkan kemenangan kepada BN yang memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak (first-past-the post system).
Nallakaruppan menambah, langkah Anwar mengadakan siri perhimpunan haram seperti di Stadium Kelana Jaya, dekat ibu kota 8 Mei lalu menyebabkan kesesakan lalu-lintas teruk di kawasan sekitar sekali gus menyusahkan rakyat.
"Jangan kerana hendak memuaskan nafsu sendiri, Anwar sanggup mencabar sistem demokrasi negara, menganggu pentadbiran kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyusahkan rakyat kerana ini sangat kebudak-budakkan," katanya.- © Utusan Melayu (M) Bhd
AMUKANMELAYU - Masihkah Kau Ingat.....betapa terhinanya Ayahanda Tun Ghaffar meninggalkan Pejabat Timbalan President hanya dengan satu beg PLASTIK Kecil yang di dalamnya hanyalah kertas dan buku catitannya sahaja.....ini melambangkan dia jujur dan berani, tiada dukumen rahsia bersamanya....dia kalah BERMARUAH dengan yang menang bergelumang dengan POLITIK WANG. Itu adalah hari Ayahanda Tun Ghaffar......tapi Allah Mahaadil....terimalah hari ini adalah hari kamu pula.....ingatlah apa lagi dosa-dosa kamu yang terdahulu sesama insan....kerana ianya satu demi satu akan datang kepada kamu.....ini hukum karma. Berbuat baiklah dan ajarinlah kepada pengikut2 kamu perkara yang baik....supaya mereka menjadi baik.......