,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 20 May 2013

NAJIB TGHH ANWAR BEKAS MB KELANTAN INILAH YANG AKAN BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS KEMUSNAHAN ISLAMELAYU KAMI AKAN MENUNTUT DI HADAPAN ALLAH NANTI


PRU 14 - Pilihanraya Terakhir Buat Bangsa Melayu - Baca Beberapa Kebarangkalian - Insaflah!



Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri. Berkemungkinan,PRU 14 adalah yang terakhir buat BANGSA MELAYU.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat berbuat apa-apa terhadap PERPECAHAN UMAT ISLAM. Hal ini sedemikian, kerana SATU-SATUNYA DO'A Nabi s.a.w. diTOLAK oleh Allah SWT ialah pemohonan Nabi s.a.w. supaya Allah SWT menyatu-padukan Umat Islam, tidak kesampaian.

Sepatutnya KERAJAAN PUSAT TELAH TUMBANG ke tangan PEMBANGKANG berdasarkan ANALISA saperti di bawah. Berkemungkinan,Allah SWT masih lagi sayang dan memberi SATU LAGI PELUANG kepada bangsa Melayu supaya BERSATU-PADU dan JANGAN BERPECAH-BELAH. Jika tidak, bangsa Melayu mungkin TERKEJUT TALIBAN (pinjaman kata-kata kerabat Sultan Kelantan) bukan TERKEJUT BERUK saperti yang kita selaku ungkapkan.

Pembaca yang budiman,

Pola atau bentuk KEMENANGAN PARTI PEMBANGKANG bagi kawasan PARLIMEN dan DUN adalah SEKATA atau KONSISTEN. Hal ini berlaku pada SEMUA PERINGKAT kecuali ada beberapa calun Melayu BN yang menang berkemungkinan kerana KEKUATAN DIRINYA atau SELAKU MENTERI KABINET. Itu pun NASIB MENYEBELAHINYA. Oleh sebab POLA KEMENANGAN itu SAMA,saya akan mengANALISA bagi KAWASAN PARLIMEN saja kerana disinilah tertumpunya KUASA KERAJAAN PUSAT.

Apa yang dikatakan POLA KEMENANGAN PARTI PEMBANGKANG itu SEKATA atau KONSISTEN ialah apabila KEHADIRAN PENGUNDI CINA purata 20% dan lebih di satu-satu kawasan; sama ada PARLIMEN atau DUN maka, kemenangan BERPIHAK kepada PARTI PEMBANGKANG. Lagi tinggi peratusan pengundi Cina, lebih besar majoriti kemenangan berpihak kepada mereka. Ini berlaku SERENTAK secara sekata diseluruh NEGARA termasuk Sabah dan Sarawak.

Jika dilihat pada perangkaan perbandingan antara 2 pilihanraya ini:

PRU 12 PRU 13
PARLIMEN DUN PARLIMEN DUN
BN 140 - 7 307 -32 133 275
DAP 28 +10 73 +22 38 95
PKR 31 - 1 40 +9 30 49
PAS 23 - 2 83 +2 21 85
BEBAS - 2 -1 - 1
222 505 222 505

PM dan Timbalannya bekerja begitu kuat sekali dari hari pertama mereka menjawat jawatan masing-masing sahinggalah waktu Pilihanraya Umum ke 13. Mereka sedaya upaya cuba memenangi hati rakyat semua kaum. Kekuatan inilah yang telah menahan BN daripada hakisan taktik kotor yang dimainkan oleh Parti Pembangkang terutama sekali taktik jahat DAP penyebab kepada berlakunya TSUNAMI PENGUNDI CINA. Empat tahun lamanya, BN mensejahterakan rakyat, TERHAKIS dengan 1 atau 2 hari taktik jahat DAP.

Perangkaan di atas menunjukkan DAP meraih KEUNTUNGAN BESAR bagi kerusi Parlimen dan jugak DUN. Pada PRU 13, DAP menang 10 kerusi Parlimen iaitu 2 daripada PAS, 1 daripada PKR dan 7 daripada BN. Mengikut peratusan,mereka menang 36%. Bagi kerusi DUN pula, semua kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah 1 kerusi daripada BEBAS dan 32 kerusi daripada BN. Mengikut peratusan, DAP menang 30%. Kesemuanya untung bagi DAP! Jelas sungguh, Parti Melayu PKR dan PAS sangat memberi kelebihan kepada Parti Sukusakat Komunis,DAP.

Wahai bangsaku,strategi mereka telah berjaya dan mereka akan menggunakan lagi strategi ini pada PRU 14 dengan perancangan yang lebih teliti. Pengkianat bangsa Melayu yang menentang Kesatuan Umat Islam Arus Perdana berpuas hati, kerana dapat menjatuhkan rakan SEBANGSA dan SEAGAMA dengan mereka.Tetapi tidak kepada bangsa Cina. Mereka sekarang sedang meneliti dengan lebih mendalam, apa lagi strategi yang boleh mereka ambil bagi MENAWAN NEGARA INI. Sebenarnya,mereka begitu yakin sekali dapat MENAWAN negara ini pada PRU 13. Tetapi, Allah SWT lebih menyayangi bangsa Melayu beragama Islam untuk terus memerintah negara ini. Perkataan 'Ini Kalilah' disebut-sebut oleh bangsa Cina dimana saje mereka berada.Seolah-olah ungkapan ini diucapkan sebagai SUATU TINDAKAN BERSEPADU yang akan mereka lakukan pada PRU 13 yang lalu.

Ini cerita benar dari saya sendiri mengenai ungkapan 'Ini Kalilah'.

Kebiasaannya saya ke pasar. 3 hari sebelum Hari Mengundi, saya ke sana untuk membeli beberapa jenis ikan. Sesampainya disana, saya mulai melihat dan bertanya-tanyakan harga ikan. Pada setiap gerai ikan yang saya lawati,peniaga Cina melontarkan ungkapan 'Ini kalilah' sambil memberitahu harga ikan yang ditanya. Oleh sebab lontaran ungkapan itu tidak menepati sasaran, maka saya jawap 'Lain Kalilah'. Apabila diulangnya ungkapan itu,jawapan yang sama keluar daripada mulut saya. Kemudian dia senyap. Kamu tahukah apa tujuannya?

Pembaca yang budiman,

Tujuan peniaga Cina itu melontarkan ungkapan itu kepada sesiapa jugak yang menjadi pelangannya,terutama sekali kepada semua pelanggan Melayunya,bertujuan untuk mendapatkan maklumat, berapa banyakkah bangsa Melayu yang akan memangkah pembangkang pada Hari Pengundian itu nanti. Semacam ada SATU MESSAGE atau SIGNAL supaya BERSATU BERTINDAK SEKATA.

KEBARANGKALIAN PERTAMA

Berdasarkan perangkaan PRU 13 ini:

BN PR

133 89
Jika... - 22 + 22
111 111

Pembangkang hanya menghendaki 23 kerusi Parlimen saja lagi, untuk BERKUASA DI PUSAT iaitu majoriti mudah. Ini sebenarnya,BOLEH DICAPAI oleh PEMBANGKANG. Hanya sanya,bangsa Melayu itu BERNASIB BAIK kerana BELAS KASIHAN Allah SWT terhadap mereka. Jika tidak,TERKEJUT TALIBAN mereka dibuatnya.

Mengikut perkiraan,ada 34 kawasan PARLIMEN yang sepatutnya JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG. Tetapi,ini tidak berlaku OLEH SEBAB hal yang dinyatakan tadi ia-itu BELAS KASIHAN ALLAH SWT.

34 kawasan Parlimen ini adalah KERUSI yang di menangi oleh BN dengan MAJORITI 1800 ke bawah. Kita lihat dahulu INFO di bawah:

PERLIS
1. Arau: BN Majoriti 1,371 -Tolak undi Bebas 406 akan jadi 965 aje.( C-8.80% I-1.58% )

KEDAH
2. Jerai: BN Majoriti 1196 ( C-13.99% I-6.31% )
3. Kulim Bandar Baru: BN Majoriti 1871 ( C-18.6% I-11.76% )

PULAU PINANG
4. Balik Pulau: BN Majoriti 1539 ( C-35% I-4.0% )

PERAK
5. Bagan serai: BN Majoriti 1140 -Tolak undi Bebas 329 akan jadi 811 aje.( C-15.55% I-10.87% )
6. K.Kangsar: BN Majoriti 1082 -Tolak undi Bebas 447 akan jadi 635 aje. ( C-25.68% I-7.63% )

PAHANG
7. C.Highlands: BN Majoriti 462 -Tolak Bebas 912,101,308 jadi -ve 859 ( C-32.29% I-12.48% )
8. Bentong: BN Majoriti 379 ( C-43.89% I-9.12% )
9. Bera: BN Majoriti 2143 -Tolak Bebas 670 akan jadi 1473 ( C-31.9% I-3.91% )

SELANGOR
10. Sabak Bernam: BN Majoriti 1644 ( C-12.55% I-5.02% )
11. Sungai Besar: BN Majoriti 399 ( C-31.04% I-1.85% )
12. Kuala Selangor: BN Majoriti 460 ( C-13.28% I-22% )

WILAYAH PERSEKUTUAN
13. Setiawangsa: BN Majoriti 1390 ( C-33.23% I-19.13% )
14. Titiwangsa: BN Majoriti 866 ( C-23.7% I-9.3% )

JOHOR
15. Segamat: BN Majoriti 1217 ( C-45.56% I-9.87% )
16. Labis: BN Majoriti 353 ( C-46.46% I-15.08% )
17. Ledang: BN Majoriti 1967 ( C-41.11% I-4.77% )
18. Muar: BN Majoriti 1646 ( C-35.36% I-1.50% )
19. Tebrau: BN Majoriti 1767 ( C-38.19% I-13.26% )
20. Pasir Gudang: BN majoriti 935 ( C-38.43% I-11.07% )

SABAH
21. Beaufort: BN Majoriti 673 -Tolak Bebas 409 akan jadi 264 aje ( C-11.48% BBI-25.74% )
22. Tenom: BN Majoriti 3886 -Tolak Bebas 1766,2449,423 akan jadi -ve752 ( C-17.34% BBI-57.44% )
23. Pensiangan: BN Majoriti 1744 -Tolak Bebas 3554,152 akan jadi -ve1962 ( C-1.87% BBI-86.01% )
24. Kota Marudu: BN Majoriti 842 -Tolak 444,2228 jadi -ve1830 ( BI-27.11% BBI-69.62 C-3.11% )
25. Kota Belud: BN Majoriti 5095 -Tolak 2709,979,185 jadi 1222 ( BI-58.82% BBI-38.97% C-2.08%)
26. Tuaran: BN Majoriti 5190 -Tolak 1509,2264 jadi 1417 ( BI-43.53% BBI-48.72% C-7.54% )
27. Ranau: BN Majoriti 3611 -Tolak 2559,914 jadi 138 ( BI-38.67% BBI-58.11% C-3.18% )
28. Keningau: BN Majoriti 3918 -Tolak 7825 jadi -ve3907 ( BI-23.62% BBI-64.91% C-11.36% )

SARAWAK
29. Mas Gading: BN Majoriti 2156 -Tolak Bebas 5293,462 akan jadi -ve3599 ( C-21% B/SWK-74% )
30. Lubok Antu: BN Majoriti 4091 -Tolak Bebas 2530 akan jadi 1561 ( C-9% B/SWK-90% )
31. Saratok: BN Majoriti 2081 -Tolak Bebas 681 akan jadi 1400 ( C-7% B/SWK-57% )
32. Baram: BN Majoriti 194 -Tolak Bebas 363 akan jadi -ve169 ( C-11% B/SWK-83% )

KELANTAN
33. Ketereh: BN Majoriti 974 ( C-1.8% I-0.08% )
34. Machang: BN Majoriti 805 ( C-3.6% I-0.17% )

Tiada calun BN yang menang dengan undi lingkongan 1800 ke bawah,bagi kawasan Parlimen di negeri-negeri tersebut saperti dibawah:-

TERENGGANU
NEGERI SEMBILAN
MELAKA

Jika kesemua 34 kawasan Parlimen saperti di atas itu di takdirkan KALAH,Kuasa Pusat bertukar tangan ke PEMBANGKANG maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah sama-sama main; ENJIK-ENJIK SEMUT,SIAPA SAKIT NAIK ATAS.

BN PR
133 89
Jika..... - 34 + 34
99 123

KEBARANGKALIAN KEDUA

Jika dilihat pada kerusi yang ditandingi oleh pembangkang:

PARLIMEN DUN
BERTANDING MENANG BERTANDING MENANG
DAP 51 - 13 38 75% 102 95 93%
PKR 99 30 172 49
PAS 73 21 236 85

Penjelasan:

34 kerusi Parlimen di atas, tolak 2 kerusi DAP iaitu Labis dan Mas Gading,tinggal 32 dan 32 kerusi ini, majoritinya adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR. Antara 32 kerusi, 18 daripadanya BN menang dengan majoriti 1000 undi kebawah dan ada yang -VE. Negatif bermaksud, BN sebenarnya tidak menang disitu kerana undi calun BEBAS diambil kira sebagai pengundi yang menolak calun BN.

Oleh itu, jika DAP menang kesemua kerusi Parlimen yang ditandingnya bermakna:-

DAP
Tambahan kerusi 13
Nasib-BN menang undi bawah 1000 jika bertukar tangan 18
31

Jadi, BN= 133-31 = 102 berbanding dengan PR = 89+31 = 120

Apabila terjadi seperti itu, KUASA PUSAT bertukar ke PEMBANGKANG maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU.Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah diibaratkan saperti CERITA KANCIL dengan BUAYA, dimana BANGSA MELAYU JADI BUAYA dan BANGSA CINA JADI KANCIL - SATU DUA TIGA LEKOK,JANTAN BETINA DAP KETOK.

KEBARANGKALIAN KETIGA

PRU 12 pada tahun 2008 adalah TSUNAMI CINA PERTAMA. Selepas daripada itu PM dan TPM berusaha untuk memperbaiki sokongan bangsa Cina kepada CINA BN. Usaha yang dibuat oleh PM dan TPM bermula dari PM mengambil tampok pemerintahan sahinggalah 4 Mei 2013 iaitu sehari sebelum tarikh mengundi. Semua rakyat berbangsa Melayu tahu akan usaha gigih yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini. Apa hasilnya? TSUNAMI CINA tetap jugak berlaku untuk KEDUA KALI. Apakah anda semua fikir bahawa TSUNAMI CINA tidak akan berlaku bagi kali KETIGA?

Pembaca yang budiman,

Cina tetap Cina jugak! Semua bangsa Cina sebenarnya MENYANYI LAGU YANG SAMA. Begitu banyak sekali kemudahan yang telah diberikan kepada mereka; demi menawan hati mereka kembali untuk menyokong Cina BN,TSUNAMI CINA BERLAKU JUGAK KALI KE 2. Bagaimanakah pulak dengan keadaan sekarang ini; TIADA SATU WAKIL CINA daripada BN yang dilantik ke dalam KABINET MENTERI, akan memperlihatkan IMPAKNYA? Apakah anda semua fikir TSUNAMI KE 3 tidak akan berlaku? Sama-samalah kita renungkan,apa akan terjadi kepada bangsa Melayu kita pada PRU ke 14! Apakah BENAR PRU ke 14 itu nanti, akan menjadi PRU yang terakhir buat bangsa Melayu?

Jika Tsunami Cina tetap berlaku pada PRU ke 14 dan salah satu daripada KEBARANGKALIAN 1 atau KEBARANGKALIAN 2 menghasilkan IMPAKnya, Kerajaan Pusat bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah menyanyi beramai-ramai: BANG SELEBU KUALI SAWA......HUJAN GUNUNG MANDI KATONG....SIREH RAMPAI PINANG BERSERI......MINTAK TOLONG BAPAK TIRI.

KEBARANGKALIAN KEEMPAT

Banyak orang menganggap bahawa SABAH dan SARAWAK adalah FIXED DEPOSIT untuk BN. Bagi saya, itu dulu boleh kita kata, tetapi AKAN DATANG keadaan boleh BERUBAH. Jika anda semua tidak percaya,anda boleh lihat. Sekarang ini, 33% iaitu 1/3 daripada jawatan KABINET diberi kepada SABAH dan SARAWAK. Sabah (22/25 BN Menang) mendapat 6 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Begitu jugak Sarawak (25/31 BN menang) mendapat 4 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Apa maknanya? Maknanya,PM sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Dengan harapan pada PRU ke 14 nanti,rakyat Sabah dan Sarawak tetap memberi sokongan kepada Kerajaan BN.
Apakah itu saje harapan PM? Tentu sekali tidak! PM jugak takut kalau-kalau terjadi TSUNAMI BBI ( Bumiputra Sabah Bukan Islam ). Manalah tahu, ada DALANG yang akan mempengaruhi PEMIMPIN serta RAKYAT mereka ini! Tsunami Cina sememangnya dah berlaku.

BN agak selamat di Sarawak tetapi di negeri Sabah ada kelainan sedikit. Di Sabah pada PRU 13, BN diselamatkan oleh pertandingan beberapa penjuru. Hal sedemikian,perpecahan undi kepada beberapa calun yang bertanding menjadi penyebab BN menang agak selesa. Jika terjadi 1 lawan 1 di Sabah berkemungkinan Parti Pembangkang boleh mendapat sejumlah kerusi yang dapat membantu meningkatkan kerusi Pembangkang.

Joseph Pairin Kitingan adalah Pemimpin Bumiputra Bukan Islam yang sangat berpengaruh di negeri Sabah. Dia mempunyai SEJARAHnya tersendiri. Alhamdulillah, dia masih berlaku setia dengan BN pada PRU 13.

Pada tahun 1985 Tan Sri Joseph keluar daripada Parti Pemerintah iaitu Parti Berjaya( Harris Saleh) ketika itu, dan menubuhkan Parti PBS. Pilihanraya DUN Sabah,Partinya menang 25 daripada 48 kerusi iaitu Majoriti Mudah dan memerintah Sabah. Disebabkan kemenangan PBS dengan margin yang kecil maka terjadi huru-hara di Sabah yang didalangi oleh parti yang kalah. PBS bertindak dengan pekenan YDP Sabah membubarkan DUN. Pilihanraya DUN Sabah diadakan semula pada tahun 1986,sekali lagi kemenangan berpihak kepada Parti Joseph Kitingan iaitu PBS. Kali ini,PBS mendapat 34 daripada 48 kerusi dan bergabung dengan BN untuk menjadi Parti Pemerintah di Sabah sahingga tahun 1990.

Pada Pilihanraya Umum 1990 iaitu beberapa hari sebelum Pilihanraya,Parti Joseph Pairin Kitingan,PBS bertindak KELUAR daripada BN untuk menyertai GAGASAN RAKYAT, bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah dengan harapan dapat menawan KERAJAAN PUSAT. Allah SWT lebih menyayangi pemimpin Islam BN,rancangan GAGASAN RAKYAT GAGAL. Walaupun GAGASAN RAKYAT itu gagal tetapi PBS menang BESAR iaitu 36 daripada 48 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen dapat jugak kepada PBS. Si Joseph Pairin Kitingan ni, dapat semula berkuasa di negeri Sabah sahinggalah Pilihanraya Umum 1994.

Disebabkan perangai Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang tidak tentu, penyebab kepada parti UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990 untuk menawan hati penduduk negeri Sabah. Hasil kemasukan UMNO ke Sabah,BN memenangi 23 kerusi DUN daripada 48 pada Pilihanraya Umum 1994 dan PBS masih lagi memerintah Sabah dengan margin kemenangan yang tipis iaitu hanya 25 kerusi. Sekali lagi,keadaan tidak menentu berlaku di negeri Sabah. Pada ketika inilah berlakunya LOMPAT KATAK beberapa pemimpin PBS ke dalam BN yang diketuai oleh Datuk Lajim Hj Okin.

Sekian tahun PBS menjadi Pembangkang akhirnya mereka masuk kembali ke dalam BN pada tahun 2002 sahinggalah sekarang.

Persoalannya, jika PRU ke 14,si Joseph Pairin Kitingan ini membawa PBS KELUAR SEMULA daripada BN untuk bersekongkol dengan PAKATAN RAKYAT,agak-agaknya macam mana pulak KEPUTUSAN PILIHAN ketika itu.

Untuk lebih kelihatan HARU-BIRU dibuatnya:-

Jika pada PRU ke 14,Tsunami Cina TETAP jugak BERLAKU,ditambah dengan KEBARANGKALIAN 1 atau 2 serta dikeruhkan lagi dengan PBS keluar daripada BN, kemungkinan besar KUASA KERAJAAN PUSAT akan bertukar kepada PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya BANGSA MELAYU bolehlah menyanyikan irama lagu DONDANG SAYANG.......PAK NGAH BALIK DI TENGAH MALAM....AH..HAI..LA SAYANG......

Apabila berlaku hal sedemikian, Lim keat Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh SPONSOR untuk membuat KENDURI ARWAH besar-besaran 7 MALAM BERTURUT-TURUT bagi merayakan kemenangan mereka diketuai oleh Hadi Awang,Nik Aziz dan Anwar Ibrahim selaku IMAM PEMBACA TAHLIL untuk Umat Islam Berbangsa Melayu.

" BUKAN SETAKAT NAK MAKAN TELUR REBUS SETENGAH MASAK 2 BIJIIIII.......NAK MAKAN KEPALA GAJAH PUN, HAJI BAKHIL SANGGUH MEMBAYARNYA" LABU-LABI

KEBARANGKALIAN KELIMA

Pada PRU ke 13 yang lalu, jelas kelihatan PENGUNDI INDIA memihak kepada BN. Perkara ini lebih jelas kelihatan bagi kawasan-kawasan luar bandar. Cuba kembali semula pada perangkaan bagi 34 kawasan yang dimenangi TIPIS oleh BN tolak Sabah dan Sarawak menjadi 34 - 12 = 22. Berkemungkinan, PENGUNDI INDIA adalah FAKTOR penyebab kepada kemenangan tipis BN. Bayangkanlah,jika pada PRU ke 14 nanti pengundi India dipengaruhi oleh DALANG-DALANG PENGKIANAT NEGARA yang akan meracuni mereka supaya BERPALING TADAH seperti yang dilakukan oleh BANGSA CINA maka perangkaan akan menjadi seperti dibawah:

BN = 133 - 22 = 111 berbanding dengan PR = 89 + 22 = 111

Itu bagi kawasan yang telah dianalisa seperti diatas. Bagaimana pulak kedudukan pengundi India dikawasan-kawasan lain yang tidak diambil kira.

Jika terjadi Tsunami India pulak dek kerana hasutan PENGKIANAT, KERAJAAN PUSAT berkemungkinan bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Pada ketika itu, BANGSA MELAYU akan BERSATU-PADU buat julung-julung kalinya bukan untuk KEJALAN RAYA tetapi sekadar cukup berada dirumah, bersama-sama menyanyikan lagu  SALAM TERAKHIR.
AMUKANMELAYU - mohon semua kembali ke perjuangan asal, kalau tak mahu juga..... ikut suka kamulah....tiada paksaan, cuma bangsa lain ada NEGARA tapi MELAYU berpolitik sampai hilang Ugama, Bangsa, Negeri dan Negara. Orang lain yang MENUBA...orang lain yang memungut hasil tangkapannya.