,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 18 May 2013

PAMPERS US DAH KENE BUANG


PRU13 - BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM KENA BELASAH ATAU OBAMA TELAH DI BELI UMNO?


surat diatas telah tersebar di semua blog sejak semalam.saya nak tanya juga kepada pembaca Badut Rakyat.betul kerr apa yang terkandung dalam isi surat ni ??? kalau betul padan muka anwar ibrahim.muahahaha

BARACK OBAMA KETAWAKAN ANWAR IBRAHIM!!!


Oleh Nor Azlina Shaari

Nampaknya, tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menghubungi Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Najib Tun Razak semalam untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Najib dalam PRU13 menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudahlah rasa tidak puas hati dan kecewa akibat kalah dalam pilihan raya 5 Mei lepas masih lagi tidak terubat.

Ini pula menerima berita Obama yang jauh dari Malaysia sempat menghubungi Najib, bertambah lagilah rasa tidak puas hati yang terbuku dalam hati Anwar.

Mulalah Anwar mencanang cerita yang bukan-bukan supaya rakyat Malaysia termakan segala kata-kata dustanya.

Kita semua sedia maklum, Anwar sekarang ini gigih mengadakan reformasi atau himpunan bantahan terhadap keputusan PRU13 di beberapa buah negeri.

Sudah menjadi kemestian buat Anwar untuk mengheret nama sesiapa sahaja dari parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk diburukkan termasuklah Najib sendiri.

Kali ini, beliau mengheret pula nama Obama hanya kerana sepatah ucapan tahniah untuk Najib.
Anwar galak memberitahu dalam ceramah bahawasanya Obama telah ditipu tentang keputusan PRU13. Anwar berkata, Obama tidak diberitahu senario sebenar yang terjadi dalam pilihan raya lepas. Persoalannya, apakah penipuan yang dimaksudkan oleh Anwar? Hakikatnya, tidak ada! Anwar yang menipu adalah.

Tidak cukup dengan itu, Anwar juga mengutuk peribadi Obama sebagai pemimpin terkemuka dunia.

“Presiden Obama pertama yang diiktiraf merupakan faktor dari segi pilihan raya, tetapi saya tidak fikir begitu kerana itulah satu fakta yang sangat besar rasanya untuk dinilai dan keadaan huru-hara ini adalah kerana kurangnya maklumat penting,” kata Anwar.

Dek kerana rasa cemburu terhadap Najib, Anwar memberitahu Pakatan Haram akan mengeluarkan bukti kononnya berlaku penipuan dalam keputusan PRU13 dan akan diserahkan kepada Obama.
Inilah tindakan yang selalu dilakukan oleh Anwar kepada sesiapa pun tidak kira siapa individu tersebut sama ada berkuasa atau tidak. Main redah sahaja kata-kata yang dikeluarkan supaya diberi perhatian.

Dalam hal ini, selepas Obama memberi perhatian kepada Najib, Anwar juga mahukan perhatian dari pihak luar. Jadi, dengan menggunakan kata-kata mahu memberikan bukti penipuan dalam keputusan PRU13, Anwar akan dapat sedikit perhatian dari Obama yang memperlihatkan kononnya dirinya sebagai mangsa dalam dunia politik di Malaysia.

Jadi, bukan sahaja Obama akan memberi perhatian kepada Anwar, malah satu dunia juga akan memandang dirinya.

Anwar juga mahu memberitahu kepada Obama dengan tegas di Malaysia adalah penting untuk memenuhi apa yang dikehendaki rakyat ketika ini.

Walhal, Anwar sendiri lupa agaknya, dalam satu tinjauan yang dijalankan akhbar bisnes The Edge menunjukkan seramai 81.62 peratus responden mahu Anwar bersara susulan kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara pada 5 Mei lalu.

Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar “harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut”.

Tinjauan itulah sebenarnya adalah kehendak rakyat di mana mahukan Anwar berundur dari dunia politik Malaysia serta mengotakan janji dirinya sendiri yang mahu menjadi pensyarah.

Inilah akibatnya kalau Anwar kurang diberi perhatian, meroyan tak habis-habis. Hinggakan sanggup memburukkan nama negara sendiri kepada pihak luar.

Tidak cukup agaknya Anwar pernah memalukan negara apabila menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum PRU.

Hakikatnya, kumpulan pemerhati asing yang dijemput PR adalah berat sebelah yang terang-terangan menyokong PR lebih-lebih lagi salah seorang ahli jawatankuasa kumpulan itu, Nicholas Xenophon.

Dan sebenarnya, Malaysia tidak langsung memerlukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya negara kita kerana dijaga cukup baik oleh SPR.

Jadi, tidak hairanlah kalau selepas ini, apa sahaja berita gembira yang diterima oleh Najib dan BN, pastinya Anwar akan bertambah meroyan.

Sikap tidak boleh menerima kekalahan dan cemburu memang peribadi sebenar Anwar sejak dahulu lagi.
 
 
AMUKANMELAYU - kalu dah lama sangat "MUHONG" lama-lama orang meluat jugak....