,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 17 May 2013

LANTIK DEPA JADI WAKIL KITA SEBAB DEPA BOLEH MAKAN GAJI BUTA KERANA DEPA TAK DAK KERJA.


Rafizi: Pakatan akan desak reformasi SPR ‘di mahkamah, jalanan dan Parlimen’

Rafizi Ramli: Mendakwa penipuan di 30 kerusi marginal pada PRU13 GEORGE TOWN, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukanreformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.

“Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.

Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.
 NURUL IZZAH SOKONG PILIHAN RAYA SEMULA???
Hanya itu sahaja kesimpulan yang kita boleh buat tatkala nama Si Nurul Izzah tu disebut - sebut menjadi 'Perasmi' kepada agenda CAEF ni.

Agenda CAEF adalah untuk mendesak pihak berkenaan agar mengadakan Pilihan Raya semula berikutan tuduhan yang dibuat sebelum ini.

Kononnya, kata mereka yang terlibat, Pilihan Raya Umum yang diadakan pada 5 Mei yang lalu telah dicemari dengan pelbagai Penipuan dan Penyelewengan.

Cuma yang kita hairan, kenapa mereka hanya mahu Pilihan Raya semula diadakan di kawasan - kawasan tertentu sahaja? Kenapa tidak semua sekali?

Jika mereka menuduh sistem Pilihan Raya yang dikendalikan oleh SPR terdapat kelemahan, penipuan dan penyelewengan, maka seluruh sistem itu perlu dibuat semula.

Bermakna, semua kawasan di seluruh Malaysia perlu dibubarkan dan dibuat Pilihan Raya semula. Bukan hanya tertumpu kepada 30 buah kawasan sahaja.

Ini termasuk la kawasan - kawasan yang dimenangi oleh puak - puak Pakatan Pembangkan tu sendiri seperti di Seputeh, Gelang Patah, Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Sekarang, kita tunggu pulak komen yang akan diberikan oleh Si Nurul Izzah mengenai agenda CAEF ni. Adakah dia bersetuju agar Pilihan Raya Umum diadakan semula secara keseluruhan termasuk Lembah Pantai atau dia akan terus mendiamkan diri???
 
  
MEMALUKAN - Dengan mengaitkan Negara lain dalam issu Pilihan Raya adalah tindakan kurang bijak dan ianya menampakkan Malaysia mula MENYOROT ke belakang
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan merasmikan penubuhan "Cartoonists Against Election Fraud (CAEF)" atau Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya.
CAEF yang diusahakan oleh Zunar serta Kumpuan Kartunis Independen akan dirasmikan pada Sabtu 18 Mei, jam 3 -6 petang bertempat di Padang berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Antara kartunis yang turut menyertai CAEF ialah Azman MatNoh, Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Ronasina, Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj, (Loren), Firdaus, Megat, Baba dan Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk).

Dalam PRU 13, Pakatan Rakyat mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional, namum Najib Tun Razak tetap ditabal sebagai Perdana Menteri.

"CAEF berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia. 

"Sehubungan itu, kami tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan mendesak sebuah pilihanraya diadakan semula paling minima di 30 Parlimen yang terbukti berlaku penipuan dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata Zunar.

AMUKANMELAYU - Dalam tempoh 5 tahun ni, kita tak payah buat kerja.....melainkan mencari salah Najib dan Kabinetnya.  Kerana hanya itu yang kita dapat lakukan. Tapi jangan kecewa, kita memang suka dengan segala mak nenek pesta....., perta wau, perta jom heboh, pesta bersih, pesta pantai, PESTA MUDA MUDI..............pesta pilihan raya di jalan raya kerana tak dapat kuasa nak ke Putrajaya.....