UMNO PERLU BERBALIK KEPADA PERJUANGAN ASAL BIAR PUN TIDAK POPULAR
Penasihat PM yang terlibat dengan ETP adalah berikut:
Kata blogger-blogger lain, kata Dato Alies Nor paling hebat antara ramai-ramai Penasihat.
Dia insan yang maksum dari kesalahan dan nasihatnya tak boleh dipertikakan hingga ada pegawai tertinggi ibu pejabat UMNO talipon blogger untuk kata "apa tahap engkau untukj persoalkan Dato Alies Nor"
Memang meraup betul ...
Kami LUV PM. Tapi kalau PM tak tahu pikir sendiri dan tak boleh fikirkan mana punahsihat dan mana penasihat, nanti rakyat terus tak LUV BN.
PM dah lama ditegur dulu tentang Penasihat yang menjahanamkan. Kenapa tak dengar?
Penasihat PM tolong Malaysiakini?
Apa kejadahnya IKLAN ETP kerajaan BN dibayar iklankan di web Malaysiakini yang jelas merupakan web pemfitnah anti ISLAM/melayu/BN/umno yang cukup tegar !
Apakah consultant ko ni sengaja nak bagi DANA pada Malaysiakini ?
Berapa kos iklan ?
Penasihat PM yang terlibat dengan ETP adalah berikut:
Dato RohanaMerican |
Tan Sri Azman mokhtar |
Ganen Savarananthan |
Kata blogger-blogger lain, kata Dato Alies Nor paling hebat antara ramai-ramai Penasihat.
Dia insan yang maksum dari kesalahan dan nasihatnya tak boleh dipertikakan hingga ada pegawai tertinggi ibu pejabat UMNO talipon blogger untuk kata "apa tahap engkau untukj persoalkan Dato Alies Nor"
Memang meraup betul ...
Kami LUV PM. Tapi kalau PM tak tahu pikir sendiri dan tak boleh fikirkan mana punahsihat dan mana penasihat, nanti rakyat terus tak LUV BN.
PM dah lama ditegur dulu tentang Penasihat yang menjahanamkan. Kenapa tak dengar?
UMNO -Bagaikan Kayu Yang Reput dan Berlubang
Memang betul, UMNO berjaya menambah jumlah kerusi Parlimen
berbanding pencapaian PRU-12 pada tahun 2008. Namun sesuatu yang tidak
dapat disangsikan ialah UMNO bersendirian di Semenanjung tetapi berjaya
diselamatkan oleh Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Kalau nak dikirakan machineries, rasa-rasanya UMNO dan BN
boleh menang besar di seluruh Malaysia. Namun keputusan PRU13 telah
membuktikan segala agensi yang digerakkan oleh kaum cerdik pandai yang
terlebih sel-sel otak mereka berbanding orang lain, hanya membazir
kewangan dan kepercayaan penyokong-penyokong UMNO sendiri.
Tuan Penasihat!!!!20% |
Ramai yang menuding jari ke arah para penasihat PM yang
telah menjadikan PM sebagai Cinderella menerusi pelbagai program yang
akhirnya memalukan prestasi UMNO sendiri.
Pun begitu kaum cerdik pandai itu masih ada muka dan tanpa
kemaluan untuk terus bertapak dengan jawatan mereka yang telah gagal
disempurnakan dengan berkesan. Kaum cerdik pandai yang tergolong dari
jenis yang tidak mendengar kata dan hanya bergantung kepada persepsi
yang kepala mereka lebih bengkak dan otak mereka bersaiz mega berbanding
orang lain.
Sehinggakan yang tak dapat beza antara selut dan lumpur
juga, boleh pula bercakap memberi nasihat dan merangka strategi tanpa
mereka ketahui bahawa komposisi dan demografi negara ini sudah berubah
berbanding nostalgia silam zaman mereka melihat deruan bas mini dan bas
Sri Jaya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Kerana fenomena dan trend mempercayai kaum bertali leher
tengah panas dan berbakat menghasilkan persekitaran dari kertas kerja
semata-mata, UMNO berada dalam keadaan yang tersangat uzur.
BLIND COLOUR - Menjadikan Melayu terus kebelakang |
Kalaulah bukan kerana sebahagian besar Melayu-Bumiputera
masih menginginkan hak-hak mereka terpelihara sebagaimana yang termaktub
dalam Perlembagaan, barangkali sejarang ini UMNO hanya mampu mengenang
zaman kegemilangan silamnya.
Apa masalah UMNO sebenarnya selain masalah yang diwujudkan
oleh pacat-pacat dan lintah-lintah berotak besar san perasan mereka
lebih hebat dari manusia lain sehinggakan mereka tidak boleh ditegur,
pendapat mereka perlu dianggap terbaik dan mereka berada dalam kelompok
UNTOUCHABLE?
Lambat bertindak, tidak peka, gagal meneruskan
kesinambungan perjuangan UMNO tulen dan terlalu gemar mengambilalih
peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dari parti
komponen lain seperti MCA dan MIC. Itu merupakan sebahagian daripada
masalah lapuk yang berterusan wujud dalam UMNO dan tidak pernah cuba
untuk diselesaikan.
Memang benar para pemimpin UMNO kemudiannya akan
mengikrarkan taat setia dan tidak akan mengkhianati parti walau dengan
apa cara sekalipun. Namun semua itu hanyalah retorik. Terlalu kurang
yang mengambil sikap lebih bertanggungjawab untuk parti sebaliknya lebih
mementingkan diri.
Ia samalah seperti dalam satu kes di Kedah apabila seorang
Ketua Bahagian sanggup bersekongkol dengan pihak lawan untuk
memenangkannya sebagai calun wakil rakyat ldan memberi bantuan untuk
mengalahkan rakannya sendiri.
Terlalu banyak masalah sebenarnya yang sedang dialami oleh
UMNO. Ironinya masalah-masalah berkenaan tidak ditangani secepat mungkin
sebaliknya dibiarkan dengan alasan tidak mahu memecahkan perpaduan
dalam parti walaupun hakikatnya tindakan berkenaan semakin
mempercepatkan UMNO dengan tarikh matinya.
Masalah sedia ada seperti mana yang dialami oleh
parti-parti siasah lain tidak dibereskan, kini UMNO terperangkap pula
dengan masalah kaum penasihat dan perancang yang berkepala besar dan
berotak sendat tapi hanya syok sendiri di samping tidak rasa malu dengan
kegagalan mereka menggalas tanggungjawab dan amanah.
Sampai bilakah UMNO yang sudah diresapi budaya elitis akan
terus bertahan dengan kebongkakan, keangkuhan, kesombongan dan keegoan
sedangkan pada masa yang sama UMNO masih perlu bergantung kepada
Melayu-Bumiputera marhein untuk terus mengekalkan kuasa.
Barangkali UMNO tidak pernah sedar bahawa bergaya seperti
orang putih dan mengadaptasi apa-apa sahaja yang dilihat sebagai
kemajuan sepertimana yang cuba dilakukan oleh gerombolan Anwar Ibrahim
dan angkatan Sosialisme nya, tidak akan secara automatik menukarkan biji
mata masing-masing menjadi warna biru.
Mengapa agaknya UMNO hilang pedoman dan tidak meneladani
DAP, MCA, GERAKAN yang begitu tebal dengan kecinaan sehinggakan yang
pernah bersekolah kebangsaan pun berusaha memahiri Mandarin sama ada
tulisan apatah lagi tulisan demi menunjukkan Cina adalah bangsa Superior
di Malaysia?
Apakah UMNO menunggu sehingga tidak ada kuasa baru hendak
berteriak melolong tentang nilai Melayu-Bumiputera yang telah dilacurkan
oleh kaum penasihat termasuklah penyangak-penyangak yang diberikan
tempat empuk dan istimewa dalam GLC?
Tepuk dada tanya selera... yang pasti gelagat puak-puak
yang sedang menjahamkan UMNO dari dalam itu sedang diperhatikan dan
dianalisa oleh penyokong-penyokong UMNO sendiri!
AMUKANMELAYU - Corak dan Idea PAS yang masih lagi di takok lama, menjadikan UMNO masih reliven(konon)sebagai wadah perjuangan Islamelayu. Tapi dengan UMNO yang semakin MEREPUT dari sebelah dalamnya.....adakah kita harus berpeluk tubuh melihat Islamelayu MENGEMIS di Negara sendiri?.