,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 7 May 2013

DENGAN 2/3 KERUSI PR DI DUN PERLEMBAGAAN NEGERI BOLEH DI UBAH UNTUK CINA MENJADI MB SELANGOR



MENGUASAI 2/3 KERUSI DALAM DUN ATAU PERLIMENT, PERLEMBAGAAN NEGERI ATAU PERSEKUTUAN BOLEH DI UBAH. APAKAH SELANGOR NEGERI PERTAMA BER MB KAN KAUM IMEGRAN?

Meskipun dikatakan PAS berpeluang mendapat jawatan MB Selangor, janganlah kita tidak sedar yang PAS telah mentauliahkan DAP dengan satu watikah 'bargaining power' dalam perlantikan 3 jawatan utama dalam pentadbiran tertinggi Selangor termasuk Menteri Besar.

Dalam kedudukan PAS-DAP-PKR yang masing memiliki bilangan kerusi DUN 15-15-14, DAP boleh memilih salah satu dari 3 jawatan penting iaitu MB, Timbalan Menteri Besar dan SUK Selangor.

Dengan jumlah 44 kerusi yang melebihi majoriti 2/3, PR dalam keadaan selesa untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

 
Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seorang Menteri Besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam seperti yang tertakluk dalam peruntukkan Fasal Empat Perkara 53.

Bagi jawatan Timbalan Menteri Besar, meskipun tidak mensyaratkan sedemikian namun adalah wajar dilantik daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Sementara itu dalam kaedah perlantikan SUK, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan Setiausaha Kerajaan perlu diwujudkan dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan hendaklah berbangsa Melayu dan menganut Agama Islam,dan hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pentadbiran negeri

Sebagai pembuktian kepada perkongsian kuasa dan jumlah sokongan besar yang disumbangkan melalui peti undi oleh kaum Cina terhadap PR, maka tidak mustahil bagi PAS dan PKR untuk berkompromi untuk menyerahkan salah satu jawatan di atas kepada DAP melalui pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Dengan penangguhan perlantikan MB Selangor selama seminggu, maka proses tawar menawar ini akan berlaku.

Kesimpulannya inilah natijah dan musibah besar yang bakal ditanggung lantaran sokongan penyokong-penyokong PAS memenangkan DAP di Selangor.

Mungkinkah ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim bakal dilantik sebagai MB Selangor, atas kebolehannya bertutur dalam bahasa Jawa?