BAPA SAIFUL BUKHARI U-TURN LAGI DAN KELUAR PKR... TAK DAPAT PAYMENT KE?
Tak tahulah, politik jenis apa yang dimainkan oleh bekas pengawal keselamatan ini. Hari tu, beria-ia kata, Anwar Ibrahim telah difitnah dan anaknya tidak diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dan tidak cukup dengan pengakuan sepihaknya itu yang turut tidak mendapat persetujuan daripada anaknya sendiri, Azlan masuk pula PKR bagi menunjukkan yang dia benar-benar sudah insaf.
Dan para pecacai PKR pun bertepuk sorak sambil menyatakan yang Allah Taala telah membuka matanya serta telah mengabulkan permintaan mereka agar ditunjukkan siapa yang benar.
Hari ini, bapa Saiful buat sidang media lagi. Dalam sidang medianya, dia menarik kembali kenyataannya yang menyokong Anwar Ibrahim sebelum ini dan turut keluar dari PKR.
Aduhaiiii...
Ini bab, betul-betul tak faham!
Sebelum ini, diberitakan yang Saiful dan bapanya telah berselisih faham kerana masalah kewangan. Bapanya telah cuba menjadikan Saiful sebagai umpan untuk mendapatkan wang besar. Tetapi tidak sebagaimana yang disangkakannya, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menemui Anwar Ibrahim dan kemudian membuat sidang media menyatakan bahawa Anwar telah difitnah dalam kes liwat.
Besar sungguh lubang hidung Anwar Ibrahim pada ketika itu. Tengah cakap berdegar-degar pun, sempat tersenyum lagi. Gembira barangkali...
Hari ini, bapa Saiful buat pusingan terbalik. Katanya, dia telah disogok oleh Anwar Ibrahim untuk membuat pengakuan yang Anwar difitnah oleh satu konspirasi besar melibatkan pucuk pimpinan negara.
Adakah wang sogokan Anwar Ibrahim sudah habis, maka dia boleh pusing balik? Atau barangkali Anwar sekadar bagi duit kopi sahaja dan duit berkenaan telah habis dibelanjakan, dan apabila diminta, Anwar dan konco-konco yang sepatutnya menjaga bapa Saiful, buat tak reti sahaja, membuatkan dia berubah fikiran?
Atau kali ini dia akan menyatakan bahawa BN pula telah menyogoknya untuk menarik kembali pengakuan yang dibuat sebelum ini sebelum pada 5 Mei, dia akan membuat pengakuan yang bersamaan?
AMUKANMELAYU - talam dua muka.................