,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 6 May 2013

PRU KE 13 - UMNO DAN PAS TERKENA SANTAU POLITIK


Keputusan PRU 13: Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?

A Kadir Jasin

PLEASE accept the results.” (Tolong terima  keputusan). Demikian kata penyudah Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam sidang akhbar ketika menerima kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 13 di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi.
Secara ringkas, pemerhatian awal saya ialah Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerisi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.
Walaupun PR gagal dalam kempen “Ubah” dan “Ini Kalilah” untuk menguasai kerajaan pusat, namun ia memperluaskan kehadirannya di semua negeri.
BN berjaya memenangi semula Kedah, mempertahankan Perak, tetapi gagal menguasai semula Selangor dan Kelantan walaupun jentera propagandanya memberi gambaran Selangor dalam tangan dan Kelantan ada harapan. Cakap besar Selangor akhirnya memakan diri sendiri.
Pulau Pinang tidak perlulah disebutkan lagi. Gerakan dan MCA punah di negeri itu. Umpan yang Mohd Najib berikan kepada orang Cina tidak bermakna. Orang Cina menolak BN secara terang-terangan.
Mohd Najib terkejut dengan keputusan itu dan menjanjikan perubahan kepada partinya Umno. Tetapi prestasi BN yang lebih buruk daripada 2008 menjadikan kedudukan beliau goyah.
Juga, apakah keputusan PRU kali ini berupa “Chinese tsunami” seperti yang Mohd Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?
Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?
Walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi kekuatannya dalam semua DUN merosot. Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri.
Di pihaknya pula, PR hendaklah menerima keputusan pemilih dan sebarang ketidakpuasan dan pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut peraturan dan undang-undang dan bukan dengan protes jalanan.
Wallahualam.
 
 
AMUKANMELAYU - perubahan cara berpolitik dan berfikir orang ISLAMELAYU semakin ketara menerima "CINA" kedalam hati mereka dan tidak lagi "RELATERPAKSA". Sedangkan Cina terus dengan KECINAANnya. Jika keadaan ini berterusan, UMNO akan di tinggalkan bersendirian sementara PAS akan bersama dengan DAP untuk melakukan KESILAPAN-KESILAPAN yang pernah di lakukan oleh UMNO. ISLAMELAYU akan mati secara perlahan-lahan seperti terkena SANTAU senjata DENGKI orang Islamelayu