,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 21 May 2013

PRU 13 - PERANG SARAF YANG MELAMPAU TELAH MEMBUKA MATA ISLAMELAYU SIAPA MUSUH KITA SEBENARNYA


KATA UNDI BN RUPANYA BUDAK SURUHAN

Sini ada gambar yang membuktikan bahawa warga Malaysia yang dituduh sebagai Bangla sebenarnya adalah pengikut pakatan pembangkang dan mereka tidak mengundi Barisan Nasional sebenarnya.
Isu itu sengaja di gembar gemburkan oleh pakatan pembangkang demi untuk menuduh kerajaan yang dikatakan menggunakan orang asing sebagai pengundi.


Amacam puak pakatan? Ada apa apa jawapan pasal gambar diatas? Masih nak tegakkan benang basah lagi?

Setiap apa yang pakatan pembangkang ni cuba nak buat sudah pasti akan ada musibahnya dan hanya orang yang tak nampak atau sudah buta hati akan percaya dengan dakyah mereka.



Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali
MOHD FADHLI - "Saya tidak di suruh atau di bayar"

Mohd Fadhli (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berikutan boleh mengundi dua kali ketika PRU13 lalu. Turut hadir, Fuziah dan Mohd Aznel.
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.

Lagi penipuan cybertroopers DAP



Kisah blackout yang digembar-gemburkan oleh penyokong DAP sebenarnya telah dirancang dengan baik oleh DAP.
Selain dari memulakan khabar angin di media social, petugas-petugas DAP (polling agents) telah bersedia dengan lampu suluh di pusat pengiraan undi.
Video parodi ini juga telah dimuatnaik ke YouTube pada hari pembuangan undi.
Bagaimana mereka boleh menyiapkan video ini dan menerbitkannya di YouTube dalam tempoh yang singkat?
Jika diambil kira perbezaan waktu pun, video ini dianggarkan dimuatnaik sekitar jam 1:30 pagi 6 Mei, hanya beberapa jam selepas keputusan rasmi diumumkan.
Video ini telah dirakam dan disunting secara profesional, bukannya dirakam menggunakan telefon pintar.
Ini bermakna mereka telah pun menyiapkan video ini sebelum hari mengundi lagi.
Baru beberapa hari, video ini telah ditonton lebih 500,000 pengguna YouTube.
Taktik cybertroopers DAP sangat licik di internet dan penipuan ini harus didedahkan, satu persatu. 


AMUKANMELAYU - Budak-budak ni perlu di tangkap dan di dakwa....kerana mereka telah melanggar UNDANG-UNDANG PERATURAN PILIHANRAYA dan mendatangkan BAHAYA kepada KETENTERAMAN AWAM.