,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 10 May 2013

TERTOMOEH


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtkiYBmdhBcl3xvPThByKbOnqxlWCLWiAZxh2IjxA_xjWvY0F1bjKnMzWARY8zBXmWFOqT34aj2kHIyDEG-9ByDiTx3I9iS9CPl_hY2Sy7cG9oZZg1l9ujLVh-huJb7LZdRrC9DTU4uFI/s1600/13050301.png 
PENGHINAAN - Imej Kartoon ini, seorang Berwajah Najib dan seorang Berwajah Anwar, memberi tunduk hormat kepada "RAJA" dari KOMUNITI  CINA.
 

PENGHINAAN - Menang dalam kecederaan(di kemaskini 11/5/13

OLAK LEMPIT - Jumaat 10hb. May. 2013, hari ini adalah hari kelima selepas PRU ke 13. Kempen politik sepanjang hayat telah bermula pada hari ketiga selepas PRU ke 13. Di Kelana Jaya yg stadiumnya berkemampuan mengisi 25 ribu penonton, telah di isi dengan 60 ke 70 ribu penonton. Dengan mengenepikan Undang_undang yang kita sendiri persetujui di dalam Parliment. Kini kita menuju kepada Negara tanpa Undang-Undang. Perhimpunan yg tiada permit ini di lihat tiada langsung Polis bertugas di sana. Kenapa begitu......adakah Polis takut atau sememangnya di biarkan supaya perkara ini didiamkan begitu sahaja seperti beribu report yang tidak diambil tindakan jika ianya melibatkan PR dan Cepat dan Tangkas kalau ianya melibatkan "Orang Melayu" tidak berpolitik atau Ahli UMNO?.

AMUKANMELAYU - DAP 38 KERUSI PERLIMENT,
Apa lagi yang CINA Mahu? - Dengan kata-kata PENGHINAAN dan MENGHASUT seperti di laporka....jelas disini KEKECEWAAN DAN KETAKUTAN YANG MELAMPAU akan menjadikan kita GILA.  DAP dengan menggunakan sentimen "KAUM CINA BOLEH MENGAMBIL JAWATAN PM" menjadikan KAUM CINA GILA MEROYAN seperti yang di gambarkan oleh Roketkini.com

" KUALA LUMPUR, 6 MEI: DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berjaya menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor."

Teringat Amukanmelayu dengan Cerita Penglipolara lucah yang selalu di ceritakan apabila berbual kosong dengan kawan-kawan di Serambi Rumah yang selalu di ganggu Isteri bila hilai ketawa yang keterlaluan.

Se ekor KERA yang duduk di belakang se ekor GAJAH sambil mencari kutu.....tetiba dia berselera dengan Sang Gajah. Maka di ROGOLnya GAJAH PERAWAN itu. Sang Gajah yang sememang tahu KERA di atas belakangnya terasa geli bila KERA merogolnya...di sangkanya KERA itu sedang mencari kutu di tempat sulit tersebut.....

GAJAH - "ok ke KERA?"
 KERA - Dalam nafas yang tercungap-cungap kera mengatakan "OKEY GAJAH". Dengan sesungguh hati di sangkanya GAJAH redho dan ghairah sangat dengan asakan NAFSUnya yang menggila. Dengan sepenuh tenaga juga dia "MEMBELASAH" GAJAH PERAWAN itu di sangkanya DARA GAJAH itu musnah di tangannya.

Dengan telinga yang besar, gajah mengibas-ngibaskan telinganya untuk menghalau "CICAK MENGKARUNG" yang mengganggunya. Dahinya terasa gatal....maka di sondolnya pokok kelapa dengan dahinya....tetiba buah kelapa jatuh di atas kepalanya....

GAJAH - "Adoi".......
KERA  - " Sorry GAJAH ......I terkasar".......

Bila ketawa kami berderai di waktu malam yang masih muda itu....selalunya Amukanmelayu di marahi Isteri, walau pun kopi di jamunya tidak berhenti-henti.

Tubuh kerajaan berasas Melayu, bumiputera

KUALA LUMPUR 8 Mei - Penolakan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) menjadi satu 'petanda' baik bagi membolehkan kerajaan ditubuhkan berasaskan kepada Melayu dan bumiputera.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, petanda tersebut turut memberikan erti bahawa kaum itu yang menolak konsep 1Malaysia telah mengembalikan hak ketuanan orang Melayu di bumi Malaysia ini.

''Kita harus lihat secara positif terhadap sikap orang Cina ini kerana walaupun mereka dapat bermacam-macam, Melayu tidak berani bersuara.

''Tetapi Cina balas budi dengan cara tidak sokong kepada BN, sekali gus membolehkan wujudnya kerajaan Melayu dan bumiputera 100 peratus di bawah naungan raja-raja Melayu dan berpaksikan konsep ketuanan Melayu,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 menyaksikan DAP menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi yang ditandingi.

Kemenangan itu melalui undi 90 peratus masyarakat Cina kerana terpengaruh dengan politik provokasi DAP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyifatkan pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti tersebut.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, sudah tiba masanya Melayu dan bumiputera mengembalikan kekuatan dengan melaksanakan apa jua program pembangunan berteraskan asas Perlembagaan Negara Fasal 152 dan 153 berhubung hak dan kedudukan orang Melayu.

''Betulkan semula kekuatan kita dan kembalikan hak Melayu dan bumiputera,'' katanya.


AMUKANMELAYU - NAJIB DAN BUMIPUTERA

Apa lagi yang ISLAMELAYU mahu?. - Simapanan Melayu, Tulisan Jawi, SAR, PONDOK, Pengawalan Makanan Halal, Shop Lot, HUDUD dan ISLAM FIST. Juga HAK-HAK BUMIPURTA SABAH DAN SERAWAK. Dengan TECONDONGnya BUMIPUTERA lain kepada cina adalah satu bahaya jangka panjang yang amat BAHAYA kepada KUASA POLITIK Islamelayu dan di tambah pula sekiranya SINGAPURA di bawa masuk kedalam MALAYSIA. BABI adalah satu makanan ezotik dan arak adalah HARAM di sisi ISLAM dan ianya adalah satu penyatuan Iban, Kadazan, Murut, Orang Asli, Penan dan lain-lain lagi ETNIK Asli Malaysia yang menjadi TALI PERHUBUNGAN yang amat RAPAT antara mereka dengan CINA.

 Dulu mereka amat menghormati Islamelayu....tapi kini tidak lagi. Mereka semakin pintar untuk mereka MENGACAH Islamelayu dengan budaya mengugut yang di ajar DAP untuk bermain tarik tali dengan NAJIB. Hanya semangat Negeri dan ETNIK yang dapat sedikit menghalang mereka dari di PERMAINKAN DAP. Sabah dan Serawak sebenarnya perlu di seimbangkan dengan Semenanjung. Mereka bukannya alat untuk Islamelayu berkuasa, tapi mereka adalah SAUDARA kita yang perlu di bahagikan HARTA PUSAKA  ini dengan mereka dengan seadil-adilnya.

Jika NAJIB tidak mengambil peluang yang ALLAH berikan kepadanya di masa masih lagi DUDUK di Putrajaya ini , tunggulah PRU KE 14, Sabah dan Serawak bukan lagi BANK UNDI untuk BN. Sudah sampai masanya BN di tukar kepada BM ( BARISAN MELAYU) ini kerana penduduk Asli Sabah dan Serawak adalah Etnik Melayu Nusantara.

Jika Najib masih lagi hendak menjaga KAUM EMIGRAN seperti Islamelayu dahulu kala ( Dagang lalu Nasi di Tanakkan, Anak mati dalam kelaparan) maka bersiaplah untuk keluar dari Putrajaya. Kegilaan dan Penguasaan IBLIS ke atas nafsu imarah Islamelayu PAS dan PKR untuk ke Putrajaya, semua benda boleh berlaku. Lihat Surat ini sama ada dia asli atau propoganda jangan di pertikaikan sangat....tapi inilah sebahagian dari kegilaan tersebut....samalah juga dengan gambaran KARTOON di atas.

  

KABINET baru Najib bukannya sebagai KABINET DAPOR yang untuk menyorok dan menyimpan barang-barang yang tidak perlu tapi ini adalah KABINET yang dapat MANGEMBALIKAN semula hak-hak kita sebagai Tuan Kepada TANAH ini. Masakan kita pendatang sedangkan KESULTANAN Kedah sudah BERIBU TAHUN USIANYA dan REKOD SULTAN ISLAM KEDAH sudah berusia lebih dari 800 tahun. ETNIK Sabah dan Serawak adalah seusia dengan BORNEO itu sendiri.

BERANI adalah kunci kepada KABINET Najib. Yang MENUMPANG....buatlah cara menumpang. Yang sudah-sudahlah....Ingat Najib....PRU KE 13 adalah ANUGERAH ALLAH, jagalah AMANAH ALLAH ini. Sedikit kesilapan yang bercanggah dengan PERLEMBAGAAN akan membawa ISLAMELAYU dan ETNIK Sabah dan Serawak MEREMPAT di Tanha Air sendiri.


 AMUKANMELAYU - ANWAR  PM KE 7, CIA dan Airmata Lahad Datu.

Apalagi yang Anwar mahu?. -  PM, Arab Spring dan Dendam.... "Batu Belah Batu Bertangkup, Telanlah Aku makanlah Aku, Aku kempunan KERUSI PM KE 7". .....Anwar terlalu "KEMPUNAN" kan jawatan PM. Seluruh antero dunia talah menggambarkan Anwar adalah PM Malaysia yang Ke 7. Anwar memberi keyakian dengan dia menggunakan manafaat sepenuhnya HUBUNGAN LUARnya untuk mempromosikan dia adalah PM Malaysia yang Ke 7.

Dia memberikan keyakinan dan harapan kepada Cina Malaysia dan Islamelayu yang AMAT BENCI kepada UMNO, PRU KE 13 adalah milik PR dan dengan itu juga dengan sendirinya dia akan menjadi PM, sehingga setiap ceramah tanpa segan dan silu Pengacaranya mengatakan "Kita Persilakan Bakal PM Malaysia ke 7 Untuk Menyampaikan Ucapannya...di persilakan" inilah ayat yang selalu di gunakan. Eiiiii malunyerrrrr...............meremang bulu tengkok Amukanmelayu dan jangan memeperlekehkannya. Anwar hampir berjaya....yang menghalangnya adalah "KETENTUAN ALLAH". Inilah yang tidak dapat di terima oleh Anwar. Dia masih berusaha walau pun sudah habis Pilihanraya.

Tapi kenapa Anwar sampai begitu sekali....INI KALILAH, jika gagal dia akan "TERTOMOEH". US telah melabor begitu besar untuk MENGANBIL MALAYSIA sebagai HUB TENTERANYA di ASIA TENGAH. Filiphina atau Teluk Subik bukan lagi milik AS dan dengan terke TIMURnya kedudukan Filiphina adalah kurang sesuai untuk US mengawal pengaruh China di Nusantara. SEPANGGAR adalah satu kawasan yang amat STRATEGIK untuk US menempatkan US MARINE nye. Dengan terlindung dari Angin monson dan Lautan yang dalam dan Infra TLDM yang serba lengkap disini, US perlukan seorang PM yang boleh di jadikan BONEKAnya.

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang" lagu ini adalah kesilapan terbesar Anwar yang mengundang KEMARAHAN US. Sama ada kebetulan atau di rancang, adalah mustahil sebuah Kapal Perang US boleh tersangkut di Selat Sulu dimana sebagai Kapal Perang yang serba lengkap tidak mungkin akan terperangkap di terumbu karang. Berapa ratus juta ringgit telah di keluarkan US untuk memindahkan kelengkapan Kapal dan mengeluarkan Kapal ini dari sini?

Kapal tersangkut adalah untuk mengkaburi mata Dunia yang pada hakikatnya US ada di belakang SANG KIRAM DURJANA dan BONEKA US yang tak menjadi. US memang mengharapkan KIRAM dapat di jadikan alat untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia yang dengan sendirinya SEPANGGAR akan menjadi  Pengkalan milik US di Asia Tengah kerana KIRAM hanya ada BOT Pancung yang memadai di ikat pada pohon nipah dan dahan pokok bakau sahaja.

Kegagalan Anwar menjadi PM BONEKA(ini pendapat Amukanmelayu sahaja) US di Malaysia, meletakkan Anwar sendiri dalam bahaya. Lihat Saddam, Taliban, Haffiz Al Assad, Hosni Mesir, Raja Iran, Suharto dan Osama. Mereka semua itu adalah alat kepada US. Akhirnya mereka ada yang hilang kedudukan, di hina, di singkir dari tampuk kuasa dan ada yang "TERBUNUH". Siapa di sebalik semua ini?

Semua ini adalah kerja CIA. Apakah yang telah di janjikan dan janji yang di beri? Hanya Allah sahaja yang tahu. Anwar tahu, Najib tahu, SB tahu dan RISIK TENTERA juga tahu....semua bukti mesti ada. Ini semua kerja mereka. Tapi kenapa mereka membiarkan semua ini seperti tidak ada tindakan dari POLIS dan Peguam Negara, sedangkan beratus mungkin beribu REPORT Polis telah di buat?

Amukanmelayu perhatikan Anwar seperti  mahu dia di tangkap, mungkin dengan TERTANGKAP dia merasakan lebih selamat berada di "DALAM"(Selamat dari siapa?) sedangkan pihak berkuasa Malaysia pula seperti mahukan Anwar dan kekawannya di biarkan membuat apa sahaja walau pun melanggar undang-undang Negara, Kenapa?

Jika di perhatikan, Anwar seperti cacing kepanasan....apakah Anwar tahu apa tindakan yang akan di ambil oleh CIA keatasnya seperti Malaysia membenarkan RAKYATnya (Anwar) di hukum oleh CIA, atau Malaysia menunggu semua ini akan rede dengan sendirinya sebelum tindakan di ambil keatas apa-apa juga kesalahan yang di lakukan Anwar selepas raayat bosan dengan PEMBOHONGANnya?

Ingat.....jika kita selalu bermain dengan senjata...senjata itu akan membunuh kita, jika kita selalu dengan POLITIK....politik itu akan membunuh kita dan jika kita selalu dengan Iman...Iman itu akan membuatkan kita mati dalam IMAN.

AMUKANMELAYU - Anwar TERTOMOEH di jerat CIA, Najib TERTOMOEH di ribaan ROSMAH dan Raayat TERTOMOEH di Lebuhraya tanpa TOL dengan harga minyak yang rendah dan kereta yang murah......semuanya akan mati dengan NEGARA BERKEBAJIKAN.