ADOYAIII....BUAT REPORT PASAL DAKWAT YANG TAK KEKAL JERRR PUNNNNNN....
Setelah puas menjelajah ke seluruh negara untuk memfitnah Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) dalam "konsert Blackout505", kononnya menipu Rakyat
Malaysia dan berlaku tidak adil, semalam, Ketua Umum PKR telah ke balai
polis untuk membuat laporan. Sudah pastinya dengan segala tohmahan dan
fitnah yang ditaburkan semenjak 5 May yang lepas, kita menjangkakan
laporan Polis yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim kalau tidakpun setebal
Kamus Dewan, sekurang-kurangnya pastilah setebal sebuah novel! Rupanya
tidak. Laporan polis yang dibuat hanyalah berkaitan penipuan dakwat
kekal oleh SPR!!!
Penat sahaja Rafizi Ramli menjaja ke sana ke sini mendakwa kononnya
berlaku "blackout" atau keputusan tenaga elektrik sewaktu pengiraan
undi. Penat sahaja budak-budak "Red Bean Army" DAP menjaja di media
sosial gambar beg kertas undi jatuh dari helikopter. Penat sahaja
budak-budak cybertroopers PAS dan Cina DAP mainkan isu puluhan ribu
warga Bangla keluar mengundi untuk Barisan Nasional. AKHIRNYA ...
akhirnya ... Anwar Ibrahim hanya buat laporan Polis isu dakwat kekal
jer!!! Macam nak maki saja rasanya! -
betul! betul! betul! mcm nak maki aje rasanya...g meronda meronyan 1 negara pasal mcm2 penipuan..tp report 1 aje??
-smh-
DAKWAT HILANG 5 PETANG PADA 5MEI 2013 . JADI APSAL BUAT REPORT PADA 27MEI 2013?
MEMANG DASAR PENIPU PUNYA AL JUB!