KPN - Tan Sri Khalid Abu Bakar |
KUALA LUMPUR, 22 Mei — Sikap penganjur dan peserta perhimpunan yang tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menyukarkan polis untuk menumpukan tugasan hakikinya menjaga ketenteraman awam dan membanteras jenayah.
Rompakan bersenjata |
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sikap penganjur yang tidak memaklumkan mengenai perhimpunan dan tidak berbincang dengan pihak polis adalah antara tindakan yang tidak mematuhi syarat dalam APA.
Akibatnya, beliau berkata pasukan polis terpaksa mengambil langkah keselamatan yang lebih dengan menggerakkan anggota pasukan di satu kawasan dalam jumlah yang besar.
"Kerana ingin menjaga ketenteraman awam di perhimpunan itu, kita terpaksa tempatkan ramai anggota kerana khuatir jika ada kumpulan lain yang menentang perhimpunan itu hadir mengadakan demonstrasi dan akhirnya berlaku pergaduhan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di sini, hari ini.
Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya Jumaat lepas. Katanya selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir, pembangkang telah mengadakan beberapa siri perhimpunan haram di beberapa negeri membantah keputusan pilihan raya umum dan didapati perhimpunan mereka telah melanggar syarat di dalam APA.
Pembangkang telah menganjurkan lima perhimpunan iaitu di Perak, Kelantan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dan kesemuanya adalah perhimpunan haram.
Beliau berkata akibat tindakan menjaga sesuatu perhimpunan itu, tugasan pasukan polis telah terganggu daripada menjalankan rondaan pencegahan jenayah.
"Kita menggunakan sumber yang ramai untuk tujuan itu, perhatian kita telah dialihkan daripada tugas untuk menangani tugas-tugas lain dalam kepolisan ini, selain mencegah jenayah, mengawal lalu lintas dan sebagainya," katanya.
Jika pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mematuhi syarat mengikut APA, beliau memberi jaminan perhimpunan yang ingin dianjurkan akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal. — Bernama
Add caption |
AKHBAR China Press bertarikh 21 Mei 2013 memaparkan tulisan penulis, Bi
Feng melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai yang mempersoalkan tujuan
Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mengadakan perhimpunan haram.
Hari ke-10 selepas pilihan raya umum (PRU), walaupun ramai orang
terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk diadakan PRU berikutnya, tidak
boleh dinafikan ramai lagi yang diganggu perhimpunan hitam Anwar yang
seolah-olah masih mengharapkan keajaiban berlaku.
Memang benar, jika dapat melakukan keajaiban, penulis juga mengharapkan
ia boleh berlaku tetapi melihat pihak yang datang itu dari jauh, ada
yang datang dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan
itu, apa yang boleh penulis katakan, kami amat kecewa!
Walaupun tidak mendengar sendiri ucapan Anwar tetapi reaksi orang yang
hadir berkata, ucapan itu lebih hebat daripada Datuk Seri Najib Tun
Razak. Adakah kerana itu penulis rasa kesal dan kecewa?
Perhimpunan hitam tersebut disudahi dengan aman. Adakah ini menunjukkan
rakyat tidak puas hati ataupun telah setuju dengan keputusan PRU itu?
Mereka menghadiri perhimpunan, mengharapkan pemimpin mereka (Anwar)
mengaturkan hala tuju dan memberi arahan seterusnya supaya dapat ke
pejabat Perdana Menteri untuk memecat Najib ataupun ke pejabat
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan satu persatu bukti
undi tidak adil dan menuntut diadakan PRU sekali lagi.
Apa yang menyedihkan, perkara itu langsung tidak berlaku. Di mana Anwar?
Mungkin sedang menunggu supaya penyokong-penyokongnya hilang akal untuk
menimbulkan bantahan di jalanan, mencetuskan huru-hara selepas
mendengar ceramah hasutan beliau?
Namun, adakah semua rakyat mahu singkirkan kerajaan yang baharu ini?
Dengan adanya bukti-bukti yang jelas, kami minta rakyat bertenang supaya
pakatan pembangkang mudah melangkah masuk ke Putrajaya, bukannya untuk
memimpin rakyat menyingkirkan kerajaan sedia ada kerana itu bermakna
beliau (Anwar) seorang pemimpin pengkhianat negara. Dengan itu penulis
hanya mahu berkata, itu (huru-hara) besar kemungkinan boleh berlaku.
Anwar mengadakan sidang akhbar memberitahu beliau ada bukti kukuh
pelaksanaan PRU ke-13 tidak adil dan tidak sah tetapi beliau tidak
menyerahkan bukti-bukti itu ke mahkamah, sebaliknya menjelajah ke
seluruh negara adakan ceramah perhimpunan hitam.
Walaupun isi kandungan ceramah itu mempunyai ketaksuban yang kuat, jika
kita fikirkan dan halusi, Anwar hanya menghentam kesilapan pihak lawan.
Walaupun ia seperti benar tetapi isinya tiada beza dengan
pengkritik-pengkritik lain. Kelihatan Anwar akan boleh berkuasa tetapi
jika diteliti ia tidak berbeza dengan seekor ‘belut’. Walaupun tidak
dapat kedudukan itu, beliau hanya mahu lakukan sesuatu kerana disebabkan
terdesak.
Penulis berharap kita dapat meredakan keadaan. Jika Anwar anggap rayuan
ini masih belum matang untuk dikemukakan, penulis juga ternanti-nanti
saat rayuan boleh dibuat dalam tempoh 21 hari, tidak sampai satu minggu
sahaja lagi. Adakah di tangan Anwar benar ada bukti-bukti kukuh? Bila
pula masanya beliau akan kemukakan bukti-bukti itu?
Jika hanya mahu menembak peluru merata-rata tempat untuk menghangatkan
keadaan, penulis hanya mahu memberitahu semua bahawa perhimpunan yang
dilakukan itu memang perhimpunan haram!
Berani - Kevin J.C. Chuah dari Pulau Pinang menulis di Utusan Malaysia kerana benar!
Saya seratus peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru
supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta
segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan
melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak
kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.
Malah, selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat
bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan
Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan
mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima
keputusan PRU-13.
Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa
berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan insiden itu tidak
berlaku dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi
pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti
membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan
mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk
memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.
Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan
yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber
yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina
yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka
walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.
Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan
'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang
dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan
BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.
Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505',
pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka
orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang
diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa
dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam
sekuat-kuatnya di laman siber.
Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red
Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini
adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan.
Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.
Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi
hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan
penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan
merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis
secepat mungkin.
Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita
mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong
yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang
merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.
Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas
dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan,
akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.
Dari:
KEVIN J.C. CHUAH
Pulau Pinang
AMUKANMELAYU - Tunjukan pada Amukanmelayu.....mana satu kerja PEMBANGKANG? sememangnya PEMBANGKANG kerjanya membangkang......
AMUKANMELAYU - Tunjukan pada Amukanmelayu.....mana satu kerja PEMBANGKANG? sememangnya PEMBANGKANG kerjanya membangkang......