Melayu Menghampiri ZON Bahaya, bakal KEHILANGAN SEGALANYA melalui penggabungan Malaysia & Singapura bila DAP berkuasa melalui PR
MELAYUKU - Menang sorak Kampung Tergadai
Jika kita melihat kepada komposisi kaum didalam Pakatan Rakyat, golongan
Melayu hanyalah 32 % jika dibandingkan dengan Cina & India.
Lee Kuan Yew (bekas PM Singapura) sebelum ini memberi cadangan agar
Singapura bersatu bersama Malaysia tetapi dengan syarat UMNO haruslah
dihapuskan sama sekali.
Tun Mahathir juga telah menjelaskan bahawa impian Lee Kuan Yew ialah mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of
Identity”mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian
Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
Pada 1997 – Lee Kuan Yew dalam kenyataannya menyebut pentingnya Singapura bergabung semula dengan Malaysia.
PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT
Bagaimana caranya UMNO yang menjadi tunjang kepada BN bakal terhapus sama sekali.??
Mari sini saya dedahkan
Jika PR memerintah Kerajaan Pusat & mengambil tampuk pemerintahan
negara, selang beberapa abad berlalu, Pakatan Rakyat bakal bergabung
bersama PAP (Parti yang memerintah Singapura)
Jumlah terkini kerusi Parlimen
PAP Singapura (81) + Pakatan Rakyat (82)= 163
Jika Parlimen Malaysia sebanyak 222 ini bergabung bersama Parlimen
Singapura yang berjumlah 87, maka jumlah keseluruhan kerusi Parlimen
akan menjadi 309 kerusi.
PRU12, kerusi BN hanyalah berjumlah 140.
Jika Pakatan Rakyat bergabung bersama Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau
lebih mudah saya jelaskan disini Malaysia bersatu bersama Singapura maka
secara purata jumlah kerusi parlimen sudah menjadi dominan 163.Jumlah
ini cukup lengkap untuk menghapuskan BN dimana UMNO menjadi tunjangnya
pada hari ini.
Kerusi Parlimen BN hanyalah sebanyak 140 jika kita ambil pada PRU 12 yang lalu.
Jadi secara tak langsung Pembentukan Malaysia &
Singapura ini amat berjaya menghapuskan UMNO/BN & kuasa Melayu sama sekali.
Perancangan ini antara perancangan rapi yang telah pun
disusun bertahun-tahun lagi dalam menghapuskan kuasa Melayu didalam UMNO.
lihat apa yang telah saya tulis dan dedahkan sebelum ini didalam blog ini :
Apakah perkara ini bakal menjadi kenyataan??
Parlimen Singapura 87 kerusi
Parlimen Malaysia 222 kerusi
Hakikat Tun M mengatakan bahawa jika PR memerintah negara ini,
kuasa pemerintahan penuh akan diambil alih oleh Cina akan menjadi
kenyataan
kerana jumlah penduduk Cina Singapura yang seramai 76 % ditambah dengan
penduduk bukan Melayu di Malaysia berjumlah 46.7% dimana kaum cina 26%
yang menjadikan jumlah penduduk cina bakal meningkat sekaligus mengatasi
penduduk Melayu dalam negara yang berjumlah 53.3%.Secara tak langsung
Melayu bakal menjadi
minority ditambah penguasaan kerusi Parlimen bukan Melayu ketika ini.
Di dalam insiden BERSIH dimana kita lihat bendera Malaysia dikibarkan seperti bendera Singapura.
Lihat semula tulisan saya disini:
Jadi soalnya disini Singapura merupakan negara Republik tetapi Malaysia
pula masih mempunyai sistem beraja, jadi bagaimana kuasa Raja ini bakal
terhapus?? Sedarkah anda jika Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini
majoritynya dikuasai oleh bukan Melayu, sedangkan Raja-Raja ini adalah
dari orang Melayu, jadi secara tak langsung agenda Malaysian Malaysia
& hak samarata akan berjaya kerana Raja-raja tidak lagi terbela
& mendapat perlindungan serta sokongan dari Melayu yang pada hari
itu bukan lagi menguasai Parlimen.Jadi segala apa yang diusulkan akan
memihak kepada bukan Melayu.
Jika sekarang ini pun DAP berani meminta agar Kerajaan Pusat membenarkan Kalimah Allah diguna oleh Kristian, apatah lagi jika mereka memerintah?? Mungkin lebih daripada itu akan diminta.
Jika sekarang ini pun DAP berani meminta agar Kerajaan Pusat membenarkan Kalimah Allah diguna oleh Kristian, apatah lagi jika mereka memerintah?? Mungkin lebih daripada itu akan diminta.
Tak mustahil perkara ini bakal berlaku & agenda inilah yang akan
memusnahkan sama sekali sistem Raja Berpelembagaan di negara ini di
tambah dengan slogan KETUANAN RAKYAT yang mula menggantikan KETUANAN
MELAYU.. Jika Ketuanan Rakyat itu diangkat-angkat, maknyanya sudah tiada
lagi keistimewaan Melayu kerana sesiapa sahaja yang menjadi Rakyat
dinegara ini termasuk Cina & India berhak menjadi Tuan bukan??
Kemungkinan besar dalam tempoh jangkamasa yang panjang, Agama Kristian bakal menjadi Agama Rasmi di negara ini kerana sokongan masyarakat Singapura yang beragama Kristian ditambah penguasaan ahli-ahli DAP yang beragama Kristian.
Kemungkinan besar dalam tempoh jangkamasa yang panjang, Agama Kristian bakal menjadi Agama Rasmi di negara ini kerana sokongan masyarakat Singapura yang beragama Kristian ditambah penguasaan ahli-ahli DAP yang beragama Kristian.
Belajarlah sejarah bagaimana sistem beraja ini berjaya dihapuskann sama
sekali dengan menukar pemerintah. Inilah yang diingini oleh musuh-musuh
kita diluar sana lebih-lebih lagi Raja-Raja Melayu yang masih
mengamalkan Agama Islam & dijadikan Agama Rasmi dalam negara ini.
Ketua Pembangkang (bakal PM dari Pakatan Rakyat) yang melaungkan Ketuanan Rakyat!
Tak mustahil jika PR berjaya memerintah, dengan menggunakan penggabungan
Malaysia & Singapura ini, kuasa Raja bakal terhapus sama sekali.
Didalam penjelasan di bawah Perkara 159 menyatakan bagaimana perlembagaan Malaysia dipinda.
Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak bagaimana perlembagaan Malaysia dipinda. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-undang (ahli parlimen) membuat pindaan perlembagaan.
Menukar pemerintah bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main kerana ianya melibatkan soal masa depan sesebuah negara
Ingatlah, apa yang anda lakukan hari ini bakal menentukan masa depan
generasi akan datang. Hargailah pengorbanan orang-orang terdahulu kerana
merekalah kita berkeadaan selesa seperti sekarang
# Atikal ini di tulis sehari sebelum pembuangan undi PRU ke 13
AMUKANMELAYU - MENAKUTKAN......bila Melayu kehilangan KUASA dan SEJARAHnya.