Kenaikkan Harga Barang - Khalifah Saidina Usman Al Khatab r.a ada jalan penyelesaiannya secara Islam.
Harga Tahun 2013 selepas kenaikan harga minyak |
Kenaikkan petrol, diesel, tarif elektrik, tol dan selari dengan kenaikan gaji kakitangan awam dan swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberikan ruang dan peluang untuk para peniaga terutamanya pihak pengedar dan orang tengah mengambil kesempatan.
Tambahan pula kebanyakkan dari mereka ini adalah peniaga2 Cina yang hanya mementingkan kenuntungan semata2 disamping bertindak mengikut keadaan politik semasa.
Menaikkan harga barang akan menyebabkan kerajaan BN/Umno akan dibenci oleh rakyaat di samping dapat membuat keuntungan berlipat kali ganda seumpama serampang dua mata buat mereka.
Perkara seumpama ini telah berlaku di zaman Islam di Madinah. Jalan penyelesaian tetap ada. Tujuannya tetap sama walau pun peristiwa ini telah berlaku ribuan tahun dahulu.
Kerjaaan Islamelayu Najib tiada pilihan kecuali mengambil tindakan drastik dengan mengikut apa yang telah dilakukan oleh Khalifah Saidina Usman Al Khatab r.a. ketika pihak pengedar/orang tengah membuat kepungan ekonomi terhadap Kota Madinah yg mengakibatkan sehingga harga barangan keperluan naik sehingga 7 X ganda. Apa yg dilakukan oleh Saidina Usman adalah dengan membeli barangan keperluan dari luar dan membawa dan mengagih2 kan sendiri kepada penduduk2 Madinah, melepasi kepung ekonomi kabilah2 perdangangan di luar kota walaupun telah ditawarkan keuntungan sehingga 7 kali ganda.
Menurut Saidina Usman beliau hanya akan menjualkan barangan tersebut kepada sesiapa yang boleh menawarkan sehingga 700 kali ganda. Iaitu selari dengan ayat Al Quran
Al-Baqarah ayat 261 mathumnya, " Perumpamaan orang yang menginfakkan
hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan
Allah Maha Luas (Karunia-Nya) lagi maha mengetahui".
Kerjaan bukan sahaja perlu memperbanyakkan kedai 1 Malaysia untuk mengawal kenaikan harga barang, Kerajaan juga amat perlu MENAIKTARAFKAN peruncit kampung di jadikan KEDAI 1 Malaysia dan kerajaan juga perlu merampas lesen peniaga2 yang sewenang2nya meningkatkan harga barangan terutamanya barangan keperluan.
Kerajaan juga perlu MENGUJUDKAN PEMBORONG KEDAI 1 MALAYSIA di setiap DAERAH dengan 1 Daerah I PEMBORONG. Dengan barang yang masih murah di Negara Jiran Indonesia dan dengan PELABUHAN Jeti Kuala Kedah, Pulau Pinang, Lumut, Kelang, Melaka dan Johor......urusan Pemborong Kedai 1 Malaysia akan dapat bekalan barang mentah dengan cepat untuk sampai kepada peruncit. Ini adalah penyelesaian mengikut PLAN yang telah di sediakan oleh Khalifah Saidina Usman Al Khatab r.a.
Apa yang berlaku sekarang harga hanya diturunkan ketika pak2 menteri dan pegawai2 penguatkuasa membuat rondaan tetapi harga akan dinaikkan semula apabila mereka ini telah beredar.
Apa kata DS Najib, Pak2 Menteri dan penasihat2 dalam Pemandu? NAJIB.....hanya Islam sahaja yang ada PENYELESAI keatas apa juga masaalah selagi ISLAM itu di letakkan di tempatnya dan bukannya di POLITIKKAN.
Syarat-syarat membuka kedai 1 Malaysia
DEFINISI
Konsep KR1M adalah untuk menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barang sama yang berjenama,
namun kualiti tetap diutamakan.
Tanda niaga‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ serta jenama produk‘1 Malaysia Kedai Rakyat’ telah didaftarkan sebagai hak milik Kerajaan.
SYARAT PENYERTAAN
Mana-mana syarikat / koperasi / individu yang ingin menjalankan operasi KR1M adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:
Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan perlu didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pemilikan Perniagaan
- Syarikat / Koperasi / Enterpris adalah 100% ekuiti / saham /milik warga negara Malaysia.
Modal
Keperluan modal minima adalah dalam bentuk tunai atau bank guarantee atau debentur atau lain-lain instrumen kewangan seperti berikut:
Saiz Premis
(kaki persegi)
|
Modal
(RM)
|
1,500
|
460,000
|
3,500
|
650,000
|
Penentuan Lokasi
Penentuan lokasi serta keluasan premis KR1M akan dimuktamadkan oleh Kerajaan.
SYARAT OPERASI
1. Pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi perniagaan termasuk menanggung segala kos/caj berkaitan pengendalian KR1M
seperti bayaran utiliti, cukai, lesen, gaji pekerja, sewa kedai dan lain-lain.
2. Perlu menjual kesemua produk 1Malaysia Kedai Rakyat pada setiap masa beserta dengan barang keperluan harian yang ditetapkan.
3. Harga jualan produk di KR1M mengikut harga yang ditetapkan.
4. Menggunakan sistem Point Of Sale (POS) yang ditetapkan.
5. Mempunyai talian internet untuk pengendalian P.O.S.
6. Susunatur (layout & planogram) mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti di Lampiran 1.
7. Mempamerkan papan tanda mengikut spesifikasi KR1M seperti di Lampiran 2.
8. Menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
9. Waktu operasi perniagaan adalah bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.
10. Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
11. Kesediaan untuk beroperasi di mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan.
TATACARA PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya, Pejabat PDNKK Negeri dan Cawangan atau dimuat turun dari laman
sesawang Kementerian di www.kpdnkk.gov.my (Garis Panduan Pembukaan Dan Operasi, Borang Permohonan)
Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya / Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan atau secara online.
Alamat Ibu Pejabat KPDNKK adalah seperti berikut:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
Delivery Management Office (DMO)
Aras 5, Blok Menara, No.13, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya.
Tel : 603-8882 6948/6253/6940
Faks : 603-8882 6227
Email : kr1m@kpdnkk.gov.my
Alamat Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan boleh didapati daripada laman sesawang www.kpdnkk.gov.my
PERTIMBANGAN PERMOHONAN
Pertimbangan Jawatankuasa adalah berdasarkan kepada senarai semak dan kelayakan pemohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
(Senarai semak adalah seperti di Lampiran 4);
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Surat makluman keputusan kepada pemohon akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa.
Pemohon yang berjaya akan diberi taklimat mengenai syarat-syarat operasi dan perlu menandatangani Surat Akujanji / Perjanjian.
AMUKANMELAYU - Ikutlah apa yang telah di buat oleh Khalifah Saidina Usman Al Khatab r.a.