,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 23 January 2014

Tian Chua Masih Berdepan Kes Jenayah Hasutan Di Mahkamah Sesyen KL SEMENTARA DUA LAGI SEPERTI TUDUHAN ZAHID MASIH LAGI BEBAS


Adakah ini lakonan

ZAHID : TIGA DALANG UTAMA TRAGEDI BERDARAH LAHAD DATU TIDAK DIDEDAHKAN....


Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. - Bernama

Tian Chua Terperangkap Dan Bakal Didakwa Atas Pengakuan Sendiri Buat Hasutan Dan Dua Lagi Masih Bebas

  Dalang Lahad Datu diketahui tetapi tidak akan didedahkan

  by sadhor - 21 May 2013
  • Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka
  • Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
  • Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
  • “Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… " kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • "Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya.

SAYU - Tiada langsung simpati dari Bangsa in
EKORAN polimek UMNO tarik balik saman Tian Chua isu Lahad Datu, DS Tengku Adnan jelaskan Naib Presiden PKR itu tawar penyelesaian bukan UMNO-Agendanews

UPDATE-Ku Nan kata sekalipun dgn UMNO selesai, Tian Chua masih berdepan kes jenayah hasutan itu di Mahkamah Sesyen KL ekoran laporan rakyat-Agendanews

House PK: Apa pengajaran yang kuta dapat dari isu UMNO dan Tian Chua setel luar mahkamah ni? Cuba kamu semua bagi pandangan sikit. Ada berani?


Baru baru ini panas dengan isu pihak peguam Umno dengan Datuk Raof setiausaha kerja Umno telah menarik balik saman fitnah terhadap Tian Chua. Dalam isu ini sudah pasti ramai pihak tidak berpuas hati apabila Tian Chua dilepaskan begitu saja.Apatah lagi Umno begitu teruk difitnah dan diadu dombakan oleh Tian Chua bersama haprak pakatan yang lain diseluruh negara.
Apa sebenarnya yang berlaku?kenapa sebegitu mudah Umno menerima permohonan kekesalan atas perbuatan Tian Chua memfitnah Umno?

Apabila melihat kenyataan yang direkodkan oleh Tian Chua menyatakan kekesalan ini bererti beliau mengakui beliau amat kesal atas perbuatan beliau memfitnah Umno malah dalam masa yang sama Tian Chua dan Keadilan Daily turut menghasut rakyat Malaysia pada ketika itu sebelum PRU13.

Kes saman fitnah yang difailkan Umno terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua individu lagi berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah hari ini selesai di luar mahkamah.Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penghakiman persetujuan di dalam kamar selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu pemberita bahawa berikutan persetujuan itu, UMNO menarik balik saman itu dan hakim merekodkannya tanpa menetapkan sebarang kos.
Di luar mahkamah, Tian Chua berkata pihaknya kesal dengan penyiaran artikel bertajuk ‘Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO – Tian’ dan ia (artikel itu) bukan berniat untuk membabitkan UMNO.

Pada 11 April lalu, Ab Rauf memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua, Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas.
Selain itu, hakim turut merekodkan persetujuan Fazallah dan Aisha untuk menarik balik artikel berkenaan daripada laman web mereka. – Awani
Takrifan “kesal” didalam kamus dewan bahasa .

1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi:
Ini bermakna Tian Chua memang tidak meminta maaf,sebaliknya berasa kesal  dan mengaku diatas perbuatan fitnahnya terhadap Umno.  Beliau sedar tidak ada peluang untuk menang didalam kes saman fitnah terhadap Umno dengan harapan dapat melepaskan diri.Sebaliknya kenyataan beliau direkodkan oleh pihak mahkamah,Di sini Pisau berasakan Tian Chua ternyata sudah terperangkap dalam fitnah terhadap Umno.Pisau beranggapan Datuk Hasfarizam  tahu dengan permohonan maaf Tian Chua pasti akan memudahkan kerja beliau, kerana saman fitnah berapa lah sangat jika didenda kerana puak ini cukup banyak wang .. walhal matlamatnya untuk memberi pengajaran kepada politic animal seperti Tian Chua dan kuncu kuncunya agar jangan terus terusan memfitnah Umno.Tak apalah you dah mengaku kesal sebab perbuatan fitnah dan direkodkan dalam mahkamah..


Untuk pengetahuan korang.. Tian Chua tidak terlepas dengan dakwaan fitnah terhadap Umno kerana dalam kes yang sama beliau juga menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah berikutan beribu laporan polis yang dibuat oleh rakyat. Sekarang kerja pendakwaraya cukup mudah mensabitkan kerja jahat Tian Chua kerana beliau sendiri telah mengaku atas perbuatannya apatah lagi telah direkodkan oleh pihak mahkamah..
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan dua hari bermula 16 Oktober untuk perbicaraan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang didakwa kerana menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya, dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri dan peguam Latheefa Koya, yang mewakili Tian Chua.
Latheefa ketika ditemui pemberita, berkata mahkamah menetapkan 16 dan 17 Oktober untuk perbicaraan, sementara menunggu keputusan berhubung permohonan Tian Chua bagi membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 September.
 Pada 14 Mac lalu, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut, termasuk menyatakan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, didakwa melakukan kesalahan itu di No 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada 11 pagi, 1 Mac lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
- BERNAMA

Memang dia tak minta maaf ..tapi Tweet Tian Chua yang masih nak spin dan menipu walhal beliau sendiri mengaku berasa kesal atas perbuatannya..bukti dimahkamah direkodkan dah ada..doa hati rakyat Malaysia yang terluka dan waris perajurit yang terkorban bakal termakbul tak lama lagi..

tian-chua-spin




AMUKANMELAYU - Sampai hatikah UMNO untuk MENGHILANGKAN MP Batu "Api" dari Parliment? UMNOkan PEMAAF tahap dewa.....