,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 16 January 2014

MALAM JUMAAT 14 Rabiulawal 1435 Hijrah - MENGENANG MALAM KEJATUHAN MELAKA 1


Sejarah Melayu Melaka Satu Realiti

Gambar kenit bagi versi pada 14:31, 3 Julai 2007
Parameswara
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.

Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.

Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah.

Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.

Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.

Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.

Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.

Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian.
Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Untold History : Apa Jadi Pada Malam Kejatuhan Melaka?

KOTA MELAKA 1511

1/3 sejarah melayu ditulis pada zaman kesultana melaka, 1/3 lagi masa di Johor lama and 1/3 lagi mase zaman Tun Seri Lanang.. 100 tahun selepas kejatuhan Melaka.

ada 3 rekod yg diketahui mengisahkan kejatuhan melaka:

1. Official rekod dari portuguese : Jatuh lepas berperang 15 hari 14 malam
2. Sejarah Melayu : Jatuh lepas berperang 3 hari and 2 malam
3. *Unknown chronicler : Jatuh lepas beperang 3 hari and 2 malam (similar dgn sejarah melayu)

*dikesan di library portugal, ditulis pada 1518, 7 tahun lepas kejatuhan melaka.. mungkin ditulis oleh askar portugis.. and translation dia oleh Royal Asiatic Society tahun 1902, reprinted 1911.:





Istinggar, Terakol, Pemuras & Senjata Tempur Pahlawan Melayu
Page ni plak mengisahkan.. kapal portugis cuba mendarat.. tapi.. tak boleh sebab askar melayu pakai meriam/senapang..

last2 dAlbuquerque berjaya mendarat > orang melayu mengamuk >Raja Alaudin charging dia punya gajah > 60 orang portugis mati >defense melayu bocor > portugis mara ke Masjid dipuncak bukit (St. Paul Church sekarang adalah bekas masjid) dan Istana raja Melaka >orang2 Melayu serang balik > portugis berundur ke kapal mereka, and banyak mati (Hari Pertama)
Tentera Bergajah Sultan Alauddin

(Hari Kedua) Portugis mendarat semula, tetapi dihalang 700 askar Melayu dibawah Raja Alaudin,.. ramai Portugis mati > tapi askar Melayu berundur ke tapak2 kedai yg terbakar dikota melaka > Raja Alaudin menyerang lagi > Kemudian berundur semula

Laksamana Hang Nadim menyerang melalui sungai dari arah belakang tentera portugis > and portugis berundur semula ke kapal mereka

(Hari ketiga) ni yang pelik sikit ni


Portugis mendarat lagi skali... tapi pelik.. semua tentera sultan tiada..

now.. lihat catatan2 ni:

- portugis gagal mendarat, and gagal secure holding position.. semua retreat balik pegi kapal mereka
- portugis berjaya membakar masjid dan istana.. tapi gagal mendudukinya
- portugis hanya berjaya maju dikawasan bandar dan perlabuhan melaka.. tidak sampai ke bukit cina
- askar melayu menang perang.. tapi mereka berundur??????

kenapa??? ape yang sebenarnya terjadi pada malam itu?



AMUKANMELAYU - Dunia Melayu itu penuh RAHSIA dan tersimpan kemas di peti masa......dimana kuncinya? Tiada siapa yang dapat merungkainya kecuali mereka yang memahami dan mengenali dirinya sendiri.....Bani Tha Mim.