Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka
Assalaaaamun alaikum w.b.t……. Masih lagi dalam tajuk berkenaan Dajjal,
dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang
membuat kerja untuk Dajjal pula. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti
agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui
segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk
berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya.
Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan
saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti
kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita
sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal,
dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai.
Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak
secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada
simbol-simbol ini.
Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang
boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di
bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak
ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang
menceritakan perihal Freemasons
seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan
beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang
diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati.
Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak
juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya
sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen,
American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The
Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.
Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai
asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian
atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di
tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di
kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan
biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba
ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian
saya.
Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘.
Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi
asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons
dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka
kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat
Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia
ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.
Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan
antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja
mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan
bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula
untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam
pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan
jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu
wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah
menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.
Sepintas lalu berkenaan Freemasons
Freemasons atau Freemasonry
adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara
akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada
merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar
480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang
di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja
yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’.
Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di
sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau
‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang
seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka
antaranya seperti di bawah;
Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati
telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi.
Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat
dengan kumpulan Freemasons
ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga
merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari
Illuminati itu.
Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang
tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri
dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi
amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk
menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati
ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam
kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.
Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai
billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang
memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang
ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.
Antara kegiatan-kegiatan mereka
Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto
Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan
dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial)
umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau
perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam
(friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan
ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama
(freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film),
menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap
mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa
aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.),
menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.
Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati
Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu
Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana
sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan
pemujaan syaitan lain antaranya
Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati
mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung
hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh
mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol
segitiga dan bintang.
Church of Satan
Church
of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April
1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar
gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah
menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang
kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.
Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan
dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah
yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini,
munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama
Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam
anti-christ.
Bohemian Club
Bohemian
Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco,
California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari
artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan
global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang
menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan
mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada
sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.
Skull and Bones
Hanya
golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya
dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and
Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah
pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka
adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan
anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia
termasuklah beberapa Orang Presiden Amerika Syarikat.
Bendera Israel
Bendera
Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya
terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil
‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua
segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui
ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu
melambangkan lelaki.
Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7,
iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud
pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan
alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7
hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7
malaikat utama dan sebagainya.
Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya
simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini,
perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan
dengan Star of David.
Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah
Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan
puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas.
Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;
Pentagram kuno – bintang terbalik
Pentagram moden – bintang tak terbalik
Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati
dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh
diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.
Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah
gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu
seperti di bawah;
Menjadi
Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga
Menjadi
Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.
Apa kaitannya dengan Dajjal?
Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’
atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk
memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat
melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata
satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi
Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian
tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah
memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan
mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh
seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya)
sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.
Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal
yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi
amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang
mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita
bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.
Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16
dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad
S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai
watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu
tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi
simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan
akan munculnya Dajjal
bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan
sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka
mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah
anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan
mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada
kristianiti.
Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalah The Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati.
Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya
dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia
sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu
sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah
Dajjal laknatullahu alaih.
Mereka menunjukkan syurga dunia
kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan
dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu
diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi
mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak
seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.
Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal.
Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia
membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan
syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang
disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada
Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya
itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi
sejuk.”
Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal
1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.
‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)
2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,
اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri
wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil
masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup
dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”
Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan
doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi
Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari
fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam