,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 28 January 2014

PRK DUN KAJANG: LAKONAN MENGAMUK NASRUDDIN TANTAWI



PELAKON PR
Jom kita baca apa yang ditulis oleh Nasruddin Tantawi apabila nama Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon PKR untuk DUN Kajang setelah penyandangnya melepaskan jawatan serta-merta semalam menerusi satu pertemuan empat mata dengan Anwar Ibrahim.

e-mel: 

Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat? Nak bazirkan masa rakyat? Nak sia-siakan tenaga rakyat?

Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang-barang yang melambung, tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan?

Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil... ini tidak bagus! Ini melampau!

PAS itu PAS ini, apa? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah haram? Tak runding sikit pun? Politik apa nin? Cara dan skil mana digunakan?

Lepas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan-rakan pimpinan lain turun berkempen? Kan elok-elok menang. Letak jawatan, kenapa?

Kerana ada yang nak jadi MB? MB dah ada, kan? Jalanlah dulu. Itu persetujuan daripada 3 parti. Kenapa tak sabar-sabar nak jatuhkanMB tu? Dah habis pelan tindakan? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan? Entahkan menang entahkan kalah.

KEGILAAN APAKAH INI? SAWAN POLITIK?

Nasruddin Tantawi
DULU KES LAHAD DATU

Tian Chua Tuduh Insiden Pencerobohan Lahad Datu Adalah Konspirasi, Wayang UMNO

KUALA LUMPUR March 1, 2013– Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.(www.keadilandaily.com)
AMUKANMELAYU - Lakonan MP Malaysia ni semakin menjadi-jadi.