RUMAH MELAYU PERAK
Semasa dlm perjalanan dari Ipoh ke Teluk Intan 2
minggu yang lalu, saje teman ikut jalan melalui Kampung Gajah. Tiba di
Bota, banyak tempat yg teman fikir menarik untuk dirakam dan di
antaranya makam Sultan Perak ke 10 dan ke 13. Di Bota pada masa lampau
adalah pusat pentadbiran dan aktiviti ekonomi di mana Sultan bersemayam
di sini. Sehingga kini terdapat banyak rumah2 Melayu Perak yg masih
cantik. Sesetengahnya sudah tiada penghuni. Berikut adalah salah satu
rumah Melayu Perak yg senibinanya amat menarik utk dirakam.
Lihatlah ciri-ciri rumah kutai yang terdapat Perak terutamanya di Sayung, Talang dan Kotala Kiri dan Kanan
Almari Antik Tempat Menyimpan Barang Perhiasan dan Pinggan Mangkuk |
Seni ukiran kayu di bahagian atas tingkat bermotifkan bunga-bungaan dan corak geometri. Berfungsi sebagai lubang udara dan kemasukan cahaya matahari |
Seni ukiran di bahagian atas dinding antara ruang tamu dan bilik |
Seni ukiran di bahagian atas dinding dan pembahagi ruang. Kelihatan kayu yang diukir dengan corak geometri dan dipaku secara selang seli |
Almari antik lama yang berusia lebih 70 tahun yang diperbuat daripada kayu cengal. Berfungsi sebagai tempat menyimpan barang seperti pinggan mangkuk, periuk dan keperluan harian. |
Almari antik lama |
Kelihatan setiap ruang bahagian rumah di pisahkan dengan pintu gerbang yang diukir dengan indah |
Kelihatan selak pintu yang hanya dapat dibuka oleh penghuninya sahaja dari dalam |
Seni ukiran kayu yang terdapat di bahagian tepi pintu gerbang yang memisahkan setiap bahagian rumah |
Kelihatan bahagian dinding dan tiang rumah yang juga memiliki seni ukiran yang halus. Pada masa dahulu, penghuni rumah sering menggunakan bahagian dinding rumah untuk menggantung koleksi foto mereka |
Almari yang digunakan untuk menyimpan tudung saji daripada saiz kecil hingga saiz besar |
Katil antik keluaran British yang berusia lebih 70 tahun. Diperbuat daripada kombinasi besi dan tembaga |
Peti besi buatan British yang digunakan oleh masyarakat zaman tradisional untuk menyimpan wang, barangan berharga serta geran tanah. Dianggarkan berusia melebihi 80 tahun. |
Almari menyimpan pinggan mangkuk dan pelbagai barangan memasak |
Ciri istimewa yang masih kekal dalam rumah Kutai ini ialah tempat menyimpan tikar atau permaidani yang diperbuat daripada buluh betong. Terletak di atas loteng bumbung. Berusia lebih 80 tahun. |
Pemandangan dari bahagian kedua rumah menghala ke ruang tamu utama. Kelihatan daun tingkat yang cukup unik seni binanya |
Bahagian dapur rumah Kutai |
Kukur kelapa yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional |
Almari antik yang digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barangan |
Bahagian dapur rumah Kutai |
Bahagian sisi rumah Kutai |
Bahagian sisi hadapan termasuk anjung rumah Kutai yang masih dalam proses pemuliharaan |
Bahagian hadapan rumah Kutai |
Pemandangan rumah Kutai dan halaman bahagian hadapan rumah |
Pandangan rumah Kutai dari jauh |
Seni ukiran di bahagian anjung luar rumah Kutai |
Pandangan sisi rumah Kutai |