Oppp...MAHARAJA LAWAK 2014 |
Olak Lempit, Rabu 27 Rabiul Awal 1435 - Rasanya tidak jauh bezanya antara semua calon-calon Maharaja Lawak 2013 yang di bawa ke 2014. Cuma di saat-saat akhir ni ada penambahan calon walau pun ada penyingkiran. Beberapa hari sudah Al-Tantawi mendapat pencalonan dari Pihak Juri untuk di masukkan ke peserta terakhir, hari ini pula YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH, ADUN BUKIT PAYONG oooiiiiii Ustaz lagi bro di calonkan memasuki peringkat akhir Maharaja Lawak ..... lawak...lawak... inilah taraf Wakil Rakyat yang kita pilih untuk menjaga kebajikan dan kemajuan rakyat.....nasiblah Orang Islam Malaysia ni....cantik lakonan U bro....
Sedangkan Anwar sedang RUNSING dengan Hubungan Luarnya sekiranya dapat menawan Putrajaya, Izah Nak bercerai, Kes Azmin dan Khalid, Kes Mahkamah Liwat Dua dan KADAR KAYATNYA dah 68 Tahun, sedangkan Rasullullah berkata Umatnya Hanya berusia antara 60 ke 70 Tahun...... itu sebabnya Anwar begitu beria-ia sangat untuk berbaik-baik dengan Putrajaya dan Jalan yang terbaik waktu ini adalah dengan menjawat Jawatan MB.
Sementara PAS pula di kencing bertali-arus oleh PKR. Kesian PAS....jadi mangsa PKR dan DAP dan yang menumpang semangkok di kencing adalah kita.....lihatlah kejadian Benner Isa Anak Allah di Penang......ini semua adalah kerana PAS bukan lagi yang dulu.......
Sawan Konsensus Nasional Anwar
Kalangan orang PKR sendiri berasa pelik, hairan, ajaib, takjub dengan jalan politik terbaru yang sedang Anwar usahakan. Lebih ajaib, kerana jalan konsensus ini tidak dibincangkan di peringkat lebih tinggi. Kira ini macam gerakan solo politik Anwar.Apa ke halnya? Tiba-tiba melonjak sawan bercakap tentang konsensus nasional? Mimpi apa malam sebelumnya?
Di kalangan pimpinan tertinggi PKR sendiri pun curiga dengan permainan politik Anwar ini. Ada yang ingatkan, bahawa ini strategi politik Anwar nak kurangkan beban yang sedang melanda Izzah. Jika sapaan konsensus ini berjawab baik, Izzah akan dikehadapankan sebagai pemain baru politik PKR.
Soalnya, apakah ini adil kepada pejuang-pejuang lama PKR? Tidakkah ada yang berasa hati? Tidakkah ini nampak macam cubaan nak menyelamatkan anak sendiri. Malahan, ada kalangan pimpinan tertinggi menjangkakan, Izzah dan Rafizi mahu dijadikan sebagai sandaran kerjasama politik. Dua menteri PKR – sebagai jalan untuk mendapat sinar politik.
17. We must turn the corner from the path of increasing polarization to the path of greater integration. We must stop the race-baiting, put an end to this disease of incitement to religious intolerance and hatred and join our hands in unity and togetherness.
18. Leaders from both sides of the political divide must put aside all partisan concerns and show real leadership in easing the tension and work towards ameliorating the situation.
27. It is morally incumbent on us, particularly those of us who have been elected by the people to represent them, to go beyond partisan lines and come to a national consensus on how to move the nation forward.
Dengar khabar Anwar tidak demand Kementerian strategik pun. Rafizi di KPDNKK. Izzah di Jabatan Perdana Menteri. Dua sahaja.
Soalnya, DAP dan PAS ok ka?
Ini suara solo Anwar; atau ada unsur-unsur perpecahan dalam PR. Cuba beritahu sikit.
PERLUKAH MEREKA INI MENERUSKAN KERJAYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT SEDANGKAN MEREKA SANGAT BAGUS DALAM BIDANG LAKONAN?
PELAKON PR |
e-mel:
Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat? Nak bazirkan masa rakyat? Nak sia-siakan tenaga rakyat?
Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang-barang yang melambung, tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan?
Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil... ini tidak bagus! Ini melampau!
PAS itu PAS ini, apa? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah haram? Tak runding sikit pun? Politik apa nin? Cara dan skil mana digunakan?
Lepas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan-rakan pimpinan lain turun berkempen? Kan elok-elok menang. Letak jawatan, kenapa?
Kerana ada yang nak jadi MB? MB dah ada, kan? Jalanlah dulu. Itu persetujuan daripada 3 parti. Kenapa tak sabar-sabar nak jatuhkanMB tu? Dah habis pelan tindakan? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan? Entahkan menang entahkan kalah.
KEGILAAN APAKAH INI? SAWAN POLITIK?
Nasruddin Tantawi
Ini pula Adun Bukit Payong punya LAWAK
.
.
Berikut adalah kenyataan YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH, ADUN
BUKIT PAYONG berkenaan hajat PKR meletak Anwar Ibrahim sebagai calon
pakatan rakyat di DUN Kajang:
Suka saya mencatatkan beberapa pandangan peribadi
sebagai seorang ahli Pas dan penyokong PR lanjutan daripada beberapa isu
dalaman PKR yg membawa kepada perletakan jawatan ADUN Kajang.
Kemungkinan pandangan ini tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan
anggapan 'jangan ganggu masalah dalaman parti lain', 'bukan tugas awak'
, 'awak siapa nok kritik PKR', dan seumpamanya tapi saya yakin seluruh
ahli pas dan penyokong PR seia dan sekata dengan saya dalam nasihat dan
pesanan ini.
1- Masalah PKR mula melibatkan rakan PR, apabila
perletakan ADUN Kajang dan usaha untuk menukar MB Selangor kerana
kemenangan ADUN Kajang bukan dengan sebab undi ahli dan pimpinan PKR
sahaja tapi dengan usaha jentera PAS dan DAP dan undi penyokong PAS dan
DAP. Tetapi pimpinan PKR telah mengkhianati mandat dan sokongan rakyat.
Pimpinan PKR seolah2 mahu mempermainkan undi rakyat. Di samping
menyumbang pembaziran wang rakyat dan sumbangan duit dan tenaga
penyokong PR dalam perbelanjaan pilihanraya umum dan pilihan keciL
dalam suasana kita berusaha mendesak kerajaan BN supaya berjimat cermat
dan menurunkan kos sara hidup rakyat.
Bahkan pengkhianatan ini juga berlaku pada rakan PR, perletakan ADUN Kajang tanpa perbincangan dan persetujuan bersama dalam pakatan rakyat. PENGKHIANATAN ini tidak boleh dibela dan dipertahankan kerana Rasulullah bersabda : "tanda seorang munafiq tiga perkara : apabila bercakap dia berbohong, apa diberi amanah dia menglhianatinya dan apabila berjanji dia mungkir janji."
2- sikap tidak jujur dan telus dalam usaha untuk menukar
MB selangor juga mengundang kecurigaan dan kecemburuan oleh rakan PR.
Kerusii the MB Bukan milik mutlak PKR tapi ia milik bersama. OLeh itu,
perlantikan dan pertukaran MB Selangor mesti diputuskan dan dibincang
dalam mesyuarat majlis Presiden. Bahkan tidak salah PAS mengemukakan
Nama MB Selangor kerana dua faktor :
a) Kemenangan Kerusi PAS melebihi kerusi PKR.
'b) untuk memberi pilihan kepada TUanku Sultan , jika tidak berkenan dengan calon yg dikemukakan oleh PKR.
a) Kemenangan Kerusi PAS melebihi kerusi PKR.
'b) untuk memberi pilihan kepada TUanku Sultan , jika tidak berkenan dengan calon yg dikemukakan oleh PKR.
3- PKR sepatutnya tidak mengkhianati rakan PR dalam
menentukan apa-apa keputusan. Oleh itu, wajar pimpinan mengemukakan
pandangan untuk mengkaji semula persepakatan dengan PKR, apabila DS
ANUAR IBRAHIM mula mencetuskan idea permuafakatan nasional dengan BN
tanpa persetujuan dan perbincangan yg lumat dengan PAS dan DAP.
Kebimbangan dan kecemburuan ini tidak boleh dimarahi okeh pimpinan PKR
kerana mereka tidak bersikap jujur dan menghormati rakan2 dalam PR.
4- Persoalan mula timbul, Apakah wajar seluruh ahli PAS
membiarkan PRK Kajang kepada pimpinan PKR sahaja untuk mengurus calon
mereka di Kajang kerana PKR begitu angkuh dengan kemenangan dan
menganggap kemenangan hanya dengan sebab sokongan dan kekuatan PKR
sahaja. Kita menghargai dan menghormati pimpinan PKR dengan membiar
mereka bersendirian dalam pilihanraya kecil kali ini. Di samping itu,
apa salahnya kita mengemukakan calon PAS Untuk pilihan rakyatt dalam
sistem demokrasi yang bebas ini. PKR tidak berhak memarahi kita
sebagaimanA Mereka tidak pernah mengira kemarahan PAS dalam perletakan
jawatan ADUN Kajang.
5- BN tidak berhak untuk campurtangan isu dalaman PR
untuk melaga-lagakan dan memecah belahkan pakatan ini. JIKA BN cuba
mengambil peluang di air yg keruh, PKR perlu dipersalahkan kerana
pimpinan mereka telah mengeruhkan pakatan ini. Tapi saya yakin rakyat
akan terus bersama dengan PR, khususnya PAS yang konsisten dengan
pendirian dan jujur dalam persepakatannya.
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
ADUN BUKIT PAYONG
ADUN BUKIT PAYONG
AMUKANMELAYU - Ceramah PAS dah menjadi Panggung Maharaja Lawak pada penyokong-penyokongnya.