Isu kalimah Allah
ULAMAK POLITIK TERTIPU - Penggunaan kalimah Allah ada arahan dari Vatican yang tidak dapat di cium oleh ULAMAK
Ini adalah PERMULAAN kepada ISSU KALIMAH ALLAH |
Isu kos sara hidup naik lebih penting daripada isu kalimah Allah-Presiden PAS
Walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu jelas menunjukkan kemerosotan sokongan Melayu terhadap parti yang kononnya memperjuangkan Islam, nampak gayanya PAS tidak mengambil ikhtbar daripada pengajaran yang diterima.
Orang Melayu tidak menyokong PAS kerana merasakan PAS tidak lagi membela Melayu Islam dan hanya berdiam diri apabila pemimpin rakan pakatan mereka terutamanya DAP memperlekeh Islam dan orang Melayu.
Sikap pemimpin-pemimpin mereka juga tidak lagi mencerminkan sebagai seorang Islam dan sering mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain. Dalam isu penggunaan kalimah Allah, sebagai parti Islam seharusnya PAS lebih kehadapan berdepan dengan isu ini.
Sebaliknya, Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan provokasi pihak-pihak tertentu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebaliknya kembali fokus kepada isu kenaikkan kos sara hidup.
Menurut Abdul Hadi, PAS mengambil perhatian serius terhadap cadangan sesetengah pihak yang mahu berdemonstrasi di hadapan gereja tertentu di Selangor pada Ahad 5 Januari.
“PAS mengingatkan umat Islam supaya ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat adalah perlu menjadi keutamaan terutamanya dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini.
“PAS juga merasa sangat dukacita sekiranya isu ini diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan, Sabtu.
Maka tidak peliklah Abdul Hadi hanya mendiamkan diri apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) atau Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.
Apa akan jadi terhadap nasib masyarakat Melayu Islam sekiranya cadangan pindaan itu dibawa dan diluluskan dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang?
Adakah umat Islam terjamin bebas daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam?
Menurut ahli Parlimen Marang itu, isu penggunaan kalimah Allah ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang–undang yang dipaksakan semata–mata.
“Pendekatan berhujah dengan ilmu perlu lebih diutamakan dalam memberikan kefahaman kepada anggota masyarakat, terutamanya kepada masyarakat yang bukan beragama Islam,” ujarnya.-bnbbc.my
Isma bidas Mujahid PAS yang bersekongkol dengan evangelista
Menjawab pemikiran Mujahid Rawa
.
Oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah
Ketua Penerangan Isma
.
Tulisan ini merupakan jawapan kepada tulisan Mujahid Yusuf Rawa dalam artikelnya yang bertajuk ‘Kalimah Allah: Episod Penggulungan Hujah’.
Tulisan ini merupakan jawapan kepada tulisan Mujahid Yusuf Rawa dalam artikelnya yang bertajuk ‘Kalimah Allah: Episod Penggulungan Hujah’.
(Rujuk: http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/kalimah-allah-episod-penggulungan-hujah-1.213541)
Terdapat 4 asas penting yang perlu difahami dalam menilai pemikiran Mujahid Rawa :
1. Ayat “La ikraha fi Ad-Deen” (Tiada paksaan dalam agama), sering disalahtafsirkan, lalu memberi kesan negatif kepada pemikiran dan tindakan.
.
Ramai cuba menggunakan ayat ini utk menunjukkan agama tak boleh dipaksa-paksa, tetapi lupa di sana ada ayat lain berbunyi “Wa qotiluhum hatta la takuna fitnah. Wa yakun Ad-Deen kulluhu liLlah” (Perangilah mereka, sehingga tiada lagi fitnah dan semua agama untuk Allah (Islam)” yang mengarahkan paksa dan perangi.
Ramai cuba menggunakan ayat ini utk menunjukkan agama tak boleh dipaksa-paksa, tetapi lupa di sana ada ayat lain berbunyi “Wa qotiluhum hatta la takuna fitnah. Wa yakun Ad-Deen kulluhu liLlah” (Perangilah mereka, sehingga tiada lagi fitnah dan semua agama untuk Allah (Islam)” yang mengarahkan paksa dan perangi.
Sebenarnya “Ad-Deen” dalam ayat pertama bermaksud
agama/aqidah Islam. Aqidah, keyakinan dan cinta terletak di hati. Ia
tidak boleh dipaksa-paksa.
Manakala “Ad-Deen” dalam ayat kedua bermaksud
Sistem/Undang-undang/Penguatkuasaan yang terletak di luar hati. Ia
adalah perilaku, hubungan manusia sesama manusia dan negara. Ia boleh
dikuatkuasakan walau tanpa kerelaan, demi maslahah umat.
Sekadar sebagai perbandingan, ibu bapa tidak boleh memaksa
anak mereka untuk mencintai pelajaran dan guru, kerana cinta itu
letaknya di dalam hati. Sebaliknya ibu bapa boleh memaksa anaknya pergi
ke sekolah, demi maslahah (kepentingan) anak tersebut, samada dia redha
atau tidak ke sekolah.
“Dikatakan orang-orang Ansar (di Madinah) berkata, “Dulu
kami memilih Yahudi sebagai agama anak-anak kami kerana kami melihat ia
lebih baik daripada agama kami. Apabila Allah mendatangkan Islam, maka
kami memaksa mereka masuk Islam. Apabila turun ayat ini (“Tiada paksaan
dalam agama), Nabi saw memberi pilihan kepada anak-anak kami tanpa
memaksa mereka masuk Islam.” (Zubdah At-Tafsir, ms.53)
Khalifah Umar Al-Khattab ra mengarahkan panglima-panglima
yang dihantar berjihad ke negara-negara jiran agar mengajak semua
penduduknya menganut (agama) Islam. Jika enggan, maka mereka dimestikan
membayar Jizyah (tunduk kpd Sistem Islam). Jika enggan, maka mereka
diperangi. Jelas kisah Umar di atas menunjukkan agama/aqidah Islam tidak
boleh dipaksa, tetapi peraturan dan sistem Islam boleh dipaksa. Firman
Allah bermaksud, “Adakah kamu memaksa manusia hingga mereka menjadi
orang-orang beriman?” (Al-Quran)
Oleh itu jika Islam memerintah sesebuah negara, Kerajaan
Islam tidak boleh memaksa semua rakyatnya memeluk agama/aqidah Islam,
tetapi ia boleh menguatkuasa/paksakan Syariatnya yang sejahtera demi
maslahat orang ramai seperti melarang pelacuran, liwat, telanjang atau
bercumbuan di khalayak ramai dan sebagainya walaupun agama atau adat
mereka membenarkannya.
Hakikat ini sangat jelas dalam kesemua kitab Fiqh Islam dan sejarah Islam sepanjang zaman. Hanya
golongan Liberal, golongan yang tidak mendalami hakikat Syariat Islam
atau golongan berkepentingan sahaja yang menyalahtafsir ayat “Tiada
paksaan dalam agama”.
Mujahid Rawa mungkin terkeliru di antara akidah dan sistem
lalu menganggap “… ketetapan (Mahkamah) melarang (melalui
undang-undang), itu sudah masuk dalam daerah memaksa (aqidah/jiwa/hati)
yang ditegah oleh prinsip “Tiada paksaan dlm Agama”. Di sini kita
melihat, prinsip “Tiada paksaan masuk agama Islam” cuba beliau luas
ertikan sehingga orang-orang kafir bebas menamakan sembahan mereka
dengan nama “Allah” yang suci, biarpun itu boleh mengeliru atau
menyinggung perasaan orang lain, dan Mujahid Rawa menghadkan reaksi
Negara Islam hanyalah kepada dialog dan mestilah tidak lebih dari
sempadan dialog itu (seperti membuat penguatkuasaan dsb).
Apabila Mujahid Rawa tidak dapat membezakan antara kedua
aspek asasi di atas, seterusnya menjadikan tafsirannya sendiri terhadap
ayat “Tiada paksaan dalam agama” sebagai “prinsip-prinsip Islam”,
kesannya kita dapati “Formula Pendekatan”, “Prinsip Kedamaian”, “Premis
Perundangan” dan “pendekatan dialog” yang beliau hasilkan menjadi
keliru.
Jauh dari itu beliau mula menuduh pihak-pihak yang
mempertahankan kalimah “Allah” (tidak boleh disandarkan kepada Jesus,
Messiah, Holy Ghost, Elywh dan sebagainya) sebagai “golongan sempit”,
“kelompok ekstrim kanan” terdiri daripada gerakan-gerakan Islam
tertentu, Majlis-majlis Fatwa, Majlis-majlis Syura dan lain-lain.
2. “Premis Teologi/Agama” pada Mujahid Rawa hanya berkisar kepada benar dan salah, tetapi tidak boleh sampai ke tahap mengadakan perundangan dan penguatkuasaan. Ini benar pada banyak agama termasuk Kristian, tetapi tidak pada Islam. Islam yang didatangkan Allah adalah sempurna dan syumul (menyeluruh) mencakupi Aqidah dan Sistem.
.
Sebenarnya, Islam menubuhkan Negara Islam bertujuan *Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah* (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah). Negara boleh, bahkan mesti berbuat sesuatu demi menjaga nama suci Allah daripada dinodai atau mengelak kekeliruan dalam masyarakat.
Sebenarnya, Islam menubuhkan Negara Islam bertujuan *Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah* (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah). Negara boleh, bahkan mesti berbuat sesuatu demi menjaga nama suci Allah daripada dinodai atau mengelak kekeliruan dalam masyarakat.
Sosiologi Islam, bahkan sosiologi bukan-Islam menyebut,
“Inna Al-Haq labudda min Quwwah tahmihi” (Kebenaran itu mesti ada
Kekuatan yang menjaganya). Kekuatan adalah kerajaan, penggubalan
undang-undang dan penguatkuasaannya.
Sayyidina Uthman bin Affan berkata, “Inna Allah yazighu bi
As-Sultan, mala yazighu bi Al-Quran” (Allah selesaikan urusanNya dengan
Kekuasaan (undang-undang, perintah dsb), apa yg tidak boleh diselesaikan
dengan Al-Quran (didikan, penerangan, dialog dan sebagainya).
3. Artikel 3(1) menegaskan “Islam is the religion of the Federation” (Islam adalah agama Persekutuan – maknanya Malaysia). Ia bukan seperti yang cuba disempitkan sebagai hanya agama resmi (official religion) seperti tuduhan sesetengah pihak.
.
Oleh itu, tidak ada masalah sama sekali nyanyian lagu sesetengah negeri yang ada sebutan “Allah (SWT)” dinyanyikan atau lambang/tulisan “Allah (SWT)” dalam emblem pada uniform penjawat rasmi kerajaan di Malaysia asalkan ia membawa maksud Allah SWT.
Oleh itu, tidak ada masalah sama sekali nyanyian lagu sesetengah negeri yang ada sebutan “Allah (SWT)” dinyanyikan atau lambang/tulisan “Allah (SWT)” dalam emblem pada uniform penjawat rasmi kerajaan di Malaysia asalkan ia membawa maksud Allah SWT.
Jauh dari itu, kita mengalu-alukan seluruh rakyat jelata
mengangkat mengibar bendera tertulis padanya kalimat “Allah (SWT),
menggambarkan Malaysia adalah tanahair dan negara Islam yang berdaulat.
Sesungguhnya sebuah Negara Islam memang menaungi semua agama dan bangsa.
Contoh Negara Islam yang dibina Nabi saw di Madinah adalah jelas.
Namun, isu nyanyian lagu dan pakaian di atas bukanlah Mahal
An-Nizak (Premis Perbincangan) yang sedang dibicarakan oleh
Majlis-majlis Fatwa/Syura, Mahkamah dan kita di sini.
Premis Perbincangan adalah menulis atau mencetak nama atau
doktrin yang salah dengan menamakan makhluk-makhluk sembahan selain
Allah SWT dengan nama “Allah” oleh akhbar/portal Herald untuk diedar
atau ditatapi oleh orang ramai, Islam dan bukan-Islam.
Mujahid Rawa menyangkal telah adanya bukti masyarakat
keliru jika dibenarkan penggunaan nama “Allah” pada sembahan-sembahan
selainNya, lalu beliau mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan lebih didasari
oleh “desakan dan sikap emosional”, “kebimbangan yang tidak berasas”,
“sensasi media dan tekanan golongan ekstrim kanan” dan sebagainya.
Kita tegaskan bahawa Syariat Islam tidak semestinya
menghukum berdasarkan kes yang telah berlaku semata-mata. Sebaliknya
Syariat Islam juga boleh menghukum berdasarkan Ghalib Az-Dzan
(kemungkinan besar akan berlaku) seperti aspek pencegahan dan langkah
waspada.
Apatah lagi dalam isu kalimah “Allah” sendiri, memang
berlaku rasa tersinggung atau kekeliruan dalam masyarakat Islam jika
perkataan “Allah” digunakan bagi nama sembahan-sembahan selainNya.
Rujuk “Isu kalimah Allah – Anwar Ibrahim” on YouTube. Beliau berpendapat
bahawa, “We must remember that the god we worship is in fact *the same
god*, the creator and sustainer of the universe” (Kita mesti ingat
bahawa tuhan yang kita sembah adalah sebenarnya *tuhan yang sama*,
pencipta dan pentadbir alam ini), sedangkan Allah SWT berfirman
bermaksud, “Katakan Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak sembah apa yang
kamu sembah. Kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Aku bukan
penyembah apa yang kamu sembah. Kamu bukan penyembah apa yang aku
sembah. Bagi kamu agama kamu. Bagiku agamaku” (Al-Kafirun).
Jika kekeliruan boleh berlaku pada seorang tokoh seperti di
atas, apatah lagi pada golongan masyarakat yang dhaif, jahil atau yang
berkepentingan.
[Klik untuk tonton ... "Tuhan yang sama, iaitu Allah"]
4. Dalam mengeluarkan sesuatu hukum, perkara pertama yang ditentukan oleh Fiqh Islam adalah Mahal An-Nizak (premis perbincangan). Hari ini premis perbincangan adalah *Herald/pihak Kristian hendak tukar kalimat “God” kepada “Allah”*.
.
Contohnya, jika terjemahan ini dibenarkan maka ucapan Pope Francis I seperti, ” .. God is certainly in the past because *we can see the footprints* ..”, akan diterjemahkan kepada “Allah itu pastinya (wujud) dimasa lampau sebab kita boleh lihat kesan/cap tapak kaki(Nya) …”. (Rujuk : An exclusive interview with Pope Francis - http://www.heraldmalaysia.com/news/An-exclusive-interview-with-Pope-Francis-17458-2-1.html)
Contohnya, jika terjemahan ini dibenarkan maka ucapan Pope Francis I seperti, ” .. God is certainly in the past because *we can see the footprints* ..”, akan diterjemahkan kepada “Allah itu pastinya (wujud) dimasa lampau sebab kita boleh lihat kesan/cap tapak kaki(Nya) …”. (Rujuk : An exclusive interview with Pope Francis - http://www.heraldmalaysia.com/news/An-exclusive-interview-with-Pope-Francis-17458-2-1.html)
Dalam hal di atas, Negara Islam boleh menghalang “God”
diterjemah sebagai “Allah” di dalam edaran atau tatapan orang ramai,
kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai cap tapak kakiNya boleh
dilihat oleh kita. Jika tidak, kekeliruan akan timbul, bahkan sifat
Allah dinodai dan boleh menyinggung perasaan Umat Islam.
Ada pihak yang membenarkan Kristian menggunakan kalimah
“Allah” sebagai nama sembahan-sembahan mereka dengan syarat ia tidak
disalahgunakan. Dalam contoh di atas, tidakkah salahguna telah pun
berlaku. Kita sangat percaya jika pintu-pintu syubhat dibiarkan terbuka
luas, lebih banyak salahguna akan berlaku.
Di atas tadi adalah petikan kata-kata Pope Francis I yang
telah disiarkan oleh Herald untuk bacaan rakyat Malaysia. Bagaimana pula
kata-kata beliau yang lain seumpama itu, di portal-portal lain, tahun
demi tahun, jika disiar atau dipaut(link)kan oleh portal Herald.
Tidakkah nanti boleh mengeliru masyarakat atau mempersendakan Allah di
hadapan masyarakat Islam?
Inilah Mahal An-Nizak nya.
Malangnya dalam isu yang mudah ini kita dapati, sebilangan
penceramah, pemikir atau penulis cuba mengalih-alihkan Mahal An-Nizak
(premis/konteks perbincangan) kepada yang lain seperti :
- “Allah bukan milik eksklusif umat Islam …”,
- “Allah untuk semua”
- Nyanyian lagu negeri ada sebutan kalimah “Allah”
- Emblem di baju polis dan askar ada tertulis kalimat “Allah”.
- Perbualan atau ucap selamat orang kafir kepada kawannya.
- “Allah untuk semua”
- Nyanyian lagu negeri ada sebutan kalimah “Allah”
- Emblem di baju polis dan askar ada tertulis kalimat “Allah”.
- Perbualan atau ucap selamat orang kafir kepada kawannya.
Ini boleh menyebabkan :
- Di kalangan Ulamak,
perbincangan tidak berkesudahan atau tidak mencapai suatu keputusan yang
amali, kerana Premis-premis Perbincangan berbagai-bagai.
- Masyarakat Awam menjadi keliru. Ada yang bersetuju Allah untuk semua manusia tetapi tidak sedar bahawa larangan ini adalah mengenai suatu hal khusus yang lain. Kesannya mereka mencemuh Majlis Fatwa, Majlis Syura, Hakim-hakim Mahkamah Agung, tokoh-tokoh Ulamak dan lain-lain tanpa menggarap premis perbincangan sebenar.
- Masyarakat Awam menjadi keliru. Ada yang bersetuju Allah untuk semua manusia tetapi tidak sedar bahawa larangan ini adalah mengenai suatu hal khusus yang lain. Kesannya mereka mencemuh Majlis Fatwa, Majlis Syura, Hakim-hakim Mahkamah Agung, tokoh-tokoh Ulamak dan lain-lain tanpa menggarap premis perbincangan sebenar.
Dalam hal ini kita mengajak semua pihak agar amanah
terhadap ilmu-ilmu Islam yang telah dipelajari dan amanah terhadap
kepercayaan masyarakat yang telah diperolehi, bukan kita turut
mengusutkan lagi suasana.
“Allah for all” – The Herald
5. Perjuangan menyempurnakan undang-undang.
Di zaman dahulu hakim memutuskan hukuman dalam sesuatu mahkamah
berdasarkan ilmunya tentang Fiqh Islam dan keterangan dalam perbicaraan.
Adapun di zaman kini, hakim memutuskan berdasarkan
Undang-undang yang diwartakan di Parlimen oleh Ahli-ahli Parlimen atau
DUN oleh ADUN-ADUN dan keterangan-keterangan dalam perbicaraan.
Yang boleh menyatukan umat Islam adalah Ketua Negara
sebagai simbol perpaduan dan kekuatan, serta Majlis-majlis Ulamak/Syura
yang mempunyai mekanisma dan disiplin dalam mengeluarkan fatwa-fatwa.
Oleh itu seharusnya, apa yang diputus oleh Majlis-majlis
Ulamak, Fatwa, Syura dan seumpamanya diusahakan pula melalui kesepakatan
Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN khususnya mereka yang beragama Islam
dari pelbagai parti utk dijadikan Undang-undang di dalam dewan-dewan
perundangan masing-masing tanpa berlengah.
Jika tidak, undang-undang akan terus kekal dalam keadaan
kurang sempurna dan hakim terpaksa banyak bergantung kpd ruh kenegaraan
iaitu “Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah” (menjaga Agama dan menyebarkan
Dakwah), pengalaman diri serta firasat hatinya.
Ulamak terdahulu mengatakan, “Inna Al-Adla fil nafs
Al-Qadhi, la fi nusus Al-Qanun …”. (Sesungguhnya Keadilan itu terletak
dalam jiwa Hakim, bukan pada ayat-ayat dalam undang-undang. Adakalanya
undang-undang itu tertulis lengkap, tetapi jiwa hakimnya zalim, lalu
keputusannya zalim. Adakalanya undang-undang tidak lengkap, tetapi jiwa
hakimnya adil, lalu dia menghukum dengan tepat dan adil).
Dalam isu Kalimah “Allah” Majlis-majlis Fatwa di bawah
Ketua Negara telah lama berfatwa mengenainya, namun wakil-wakil rakyat
tidak menggubalkannya dalam Dewan-dewan Perundangan dengan sebaiknya,
sehingga ada ruang-ruang yang bolos (loop holes) untuk pihak-pihak
tertentu cuba mengambil kesempatan daripada kealpaan kita.
Namun kita bersyukur, walaupun dengan kekurangan
undang-undang sedia ada, keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan pada
14/10/2013 lalu adalah tepat dan adil, mengambilkira Malaysia sebuah
Negara Islam, menafsirkan “Hak Kebebasan Beragama” dan “Hak Kebebasan
Bersuara” dengan jiwa yang adil melihat realiti setempat, berbeza dari
tafsiran Hakim Lau Bee Lan dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi pada
31/12/2009.
Kita jangan lupa pengajaran dari kes mahkamah Ooi-Siow yang
bercumbuan di khalayak ramai melawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (yang
membuat tangkapan) atas premis “Hak Kebebasan Individu” hingga kes
diheret ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini tidak lain selain ada
loop holes di dalam undang-undang sivil. Akhirnya DBKL menang kes antara
lain kerana jiwa hakim yang adil dan mengambilkira realiti masyarakat
setempat. (Rujuk : The Malaysian Bar – Grounds of Judgment on DBKL’s
“Hugging & Kissing” case: Ooi Kean Thong & Siow Ai Wei v DPP
2006 [FC] -http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/grounds_of_judgment_on_dbkls_hugging_kissing_case_ooi_kean_thong_siow_ai_wei_v_dpp_2006_fc.html ).
Kita melihat Mujahid Rawa mungkin terlepas pandang
prinsip-prinsip Islam yang sebenar, serta status Malaysia sebagai sebuah
Negara Islam, sebaliknya beliau mendakwa “… Mahkamah Rayuan (yang)
terlepas pandang (terhadap) kerangka negara yg sedang dibina.”
Perlu disebut di sini bahawa, walaupun Islam mewajibkan
umatnya menggubal peraturan dan menjalankan penguatkuasaan demi menjaga
Agama, ini tidak bermakna Islam menolak dialog, debat yang baik dan
seumpamanya. Sebaliknya Islam mengalu-alukan forum dialog di kalangan
para cendikiawan dari berbagai pihak seperti debat-debat Ahmad Deedat
dengan cendikiawan Kristian yang kita telah sedia maklum.
Ini adalah kerana peraturan hanya mengawal tindakan,
sedangkan dialog, meyakinkan pemikiran dan menambat hati akan membuka
hati dan jiwa mereka kepada menerima Aqidah Islam.
Firman Allah bermaksud, “Tiada paksaan dalam Agama. Sungguh telah jelas mana itu Petunjuk dan mana itu Kesesatan…” (Al-Quran).
Mujahid PAS selar Isma sebagai pelampau agama
“In a statement released on Thursday,
Mujahid Yusof Rawa, a senior member of the opposition Islamic Party,
said the raid in Selangor had ‘tarnished’ the image of religious freedom
in Malaysia.”
‘Pembina jambatan’
Portal berita pro-Kristian The Malaysian Insider menganggap Muhajid sebagai orang Malaysia yang paling banyak menyumbangkan ilham sepanjang tahun 2013.Mujahid: “Jais patut berasa malu”
.Petikan [TMI, 2 Jan 2014]
“Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit
Buntar, menyeru Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan
agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan
menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim,
sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan
antara agama di negara ini. [...]
“Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist
Damansara Utama (DUMC) menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam,
tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya. Kali ini, apa pula tuduhan
mereka terhadap Kristian? Jais patut berasa malu,” kata Mujahid, yang
aktif melibatkan diri dalam dialog Muslim-Kristian di negara ini. [...]
“… proses perundangan berkenaan isu Allah
masih belum selesai,” tambahnya. “Justeru, kerajaan perlu menanganinya
dengan cara bijak dan bertamadun.” — The Malaysian Insider, ‘Mujahid seru Putrajaya halang badan Islam keruhkan hubungan antara agama’
Mujahid: “Serbuan ini melambangkan kebodohan”
.Petikan [TMI, 4 Jan 2014]
“Bagi pemimpin PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar), tindakan Jais ketika membuat serbuan itu merosakkan nama baik Islam di kalangan bukan Islam.
“Melainkan Jais memberikan bukti yang
jelas bahawa agama Kristian telah disebarkan kepada umat Islam,
keseluruhan serbuan ini melambangkan kebodohan dan tidak tahu apa-apa.
Dan daripada membuat promosi tentang Islam yang sebenar, pihak berkuasa
yang sepatutnya mengawal kepercayaan, telah menyebabkan kekeliruan lebih
besar di kalangan umat Islam sendiri. Bila berlaku salah faham, pihak
pelampau akan mengambil kesempatan,” kata Mujahid yang juga ahli
parlimen Parit Buntar itu.
Ketika komuniti Kristian terkejut, umat
Islam seperti Azmi, Mujahid dan pendakwah terkenal Dr Mohd Asri
menggelengkan kepala mereka kerana tidak percaya perkara ini boleh
berlaku.
Pihak yang gembira dengan semua episod ini
adalah kumpulan pelampau kanan kata Mujahid yang berselindung di
belakang Perkasa, Isma, Jati dan lain-lain pihak dalam Umno.
Walaupun kumpulan ini bertegas tindakan
menghalang penggunaan nama Allah adalah untuk melindungi akidah, Mujahid
berhujah tindakan itu lebih kepada menjaga kepentingan politik.” —- The Malaysian Insider, ‘Jika Jais terus diam, hubungan Muslim-Kristian terjejas, pelampau gembira‘