,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 3 January 2014

PAKAIAN MELAYU 1


Rahsia Antara Baju Melayu Dan Sunnah Rasulullah saw Dan Seluar Barat

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله و من واله، وبعد:
Baju Melayu, disebut juga Cara Melayu atau Baju Cara Melayu pada zaman ini kita saksikan penuh berwarna warni, ditambah dengan berbagai corak kain samping, ada yang songket dan ada kain pelikat. Dihiasi pula dengan songkok hitam, butang baju yang menarik dan Kasut Hitam yang bergaya, ianya memang sangat menarik.
Padahal dulu, apabila kita lihat gambar-gambar lama atau filem lama, baju Melayu hanya merupakan pakaian harian biasa saja. Dengan melihat gambar-gambar lama juga, Kita boleh lihat cara pakaian mereka satu persatu, dengan songkok atau Destar atau Dastar atau tengkoloknya, iaitu kain yang diikat di kepala. Kain samping yang panjang hingga ke pertengahan betis. Baju yang dikeluarkan hingga menutupi sebahgian kain samping,




Berbagai gambar dan cerita boleh kita lihat dan dengar mengenai sejarah baju Melayu ini. Begitu juga dengan sejarah hiasan samping, destar, Fashion telok belanga, Fashion Cekak Musang. Klik Sejarah Baju Melayu

Baju Teluk Belanga

Baju Melayu Cekak Musang
Namun apa-apa juapun, jika di kaji betul-betul, baju Melayu adalah lebih mirip dengan Pakaian Rasulullah saw.
Lihat baju yang Rasulullah saw pakai ini. Ianya seperti Baju Melayu Teluk Belanga. Cuma di Bahgian Leher belum lagi dibuka.



Lihat Tengkolok atau Serban Baginda Rasulullah saw. Bukankah ia seperti Destar atau Dastar yang dipakai oleh raja-raja Melayu di adat Istiadat kebesaran raja-raja dewasa ini.
Kain Dan Seluar Rasulullah Saw
Kain yang Baginda saw pakai pula, dalam Hadis Baginda saw menyebutkan, baginda melarang kain yang mencecah buku lali. Sebaik-baik kain yang dipakai ialah kain yang mencecah pertengahan betis sahaja.
Selain itu Baginda saw juga diriwayatkan memakai seluar di samping kain baginda yang baginda saw pakai. Namun seluar itu hanya sekali-sekala dapat dilihat oleh para sahabat apabila baginda menyelak kain baginda.
Cara baginda saw ini sama seperti baju Melayu orang-orang dulu, yang memakai kain sampai ke bahagian betis dan seluar pula pendek sampai kebahagian betis sahaja.

Serban Rasulullah saw
Baginda juga memakai serban dan kupiah bulat yang tinggi.

Lihat Tengkolok atau Serban Baginda Rasulullah saw. Bukankah ia seperti Destar atau Dastar yang dipakai oleh raja-raja Melayu di adat Istiadat kebesaran raja-raja dewasa ini.
Selain itu, baginda juga ada diriwayatkan memakai duri untuk bahagian atas baju baginda apabila baginda tidak memakai kain penutup baju bahagian atas. Mungkin digunakan sebagai butang baju. Cara seperti ini agak sama seperti cara butang baju Melayu sekarang yang boleh dilepaskan daripada bajunya.
Seluar
Rasulullah saw pernah bersabda,
Sesiapa yang tidak mempunyai kain boleh memakai seluar.
Ertinya untuk orang miskin atau untuk orang yang tertinggal kainnya di rumah, maka ia boleh memakai seluar sahaja. Samada waktu solat atau waktu yang lain-lain.
Namun perlu kita ketahui juga kenapa Rasulullah saw menyatakan sedemikian. Dan kita perlu mengkajinya. Agar kita lebih menambah keyakinan kita kepada Rasulullah saw. Dan Agar kita dapat mengambil manfaat yang lebih baik lagi apabila kita memahaminya.
Jadi adakah memakai kain lebih baik dari seluar?.
Bukankah kain susah untuk dipakai bebanding seluar?.
Bukankah selalunya seluar lebih mahal dan sukar untuk dijahit?
Bukankah Sabda Rasulullah saw itu perlu digunakan dan dikiuti sehingga pada zaman kita ini sebagaimana hadis-hadis yang lain, apabila baginda tidak mengkhususkan pemakaian hadis itu untuk zaman itu dan apabila tidak ada dalil yang menunjukkan pengkhususan pada zaman itu sahaja.
Jadi Kenapa?
Semua orang tahu bahawa pemakaian seluar adalah cara yang digunakan oleh orang barat, sejak dulu lagi. Namun kita tidak tahu bila ia bermula. Mungkin zaman setelah Nabi atau Zaman sebelumnya.
Menurut ulama-ulama Islam dari india, cara berseluar ini adalah cara orang-orang homosex berpakaian. Betulkah dakwaan mereka? Namun demikian, kita fahami bahawa kerana itulah orang-orang India memakai pakaian yang labuh sampai kelutut.
Namun jika kita fahami betul-betul dari dalam, kenapa ulama Islam india itu berkata sedemikian, ianya boleh kita lihat dari pemakaian seluar itu sendiri.
Seluar yang ketat tentu akan Nampak dua ketul daging punggung seperti roti burger di belakang dan juga tentu akan menampakkan bentuk menonjol yang lebih keterdepan sedikit di bahagian kemaluan lelaki, angry bird, samada dari tepi ataupun depan. Perkara ini tentunya akan memberikan femomena yang dahsyat bagi lelaki yang pemalu, lebih-lebih lagi pemimpin atau juru cakap yang berdiri di hadapan pentas.
Lihat lakaran ini:
Bila seluarnya longgar
Ia akan menunjukkan bentuk angry bird apabila duduk di atas kursi. Dan menunjukkan bentuk dua biji roti burger bila menunduk semasa solat iaitu semasa rukuk dan sujud. Kadang-kadang ada yang sehingga nampak belahan punggung yang terdedah dari dalam seluar akibat bajunya tidak cukup panjang dan seluarnya pula tertarik kebawah sedikit apabila ia sujud.
Seorang yang berfikiran normal dan mudah terbayang pada sesuatu tetapi jarang terdedah kepada perkara-perkara maksiat, akan mudah terbayang perkara yang tidak baik semasa melihat fenomena seluar semasa solat di masjid. Perkara ini cukup menganggunya untuk khusuk semasa solat. Mereka boleh saja terbayang orang yang solat di hadapan itu adalah perempuan, sebab bentuknya lebih kurang sama.
Jadi sebagai umat Islam, adalah lebih baik kita menutup punggung kita dan juga di bahagian hadapan kita itu baik semasa waktu biasa lebih-lebih lagi semasa solat. Sebaiknya ialah sebagaimana cara yang Rasulullah saw buat, iaitu dengan memakai kain dan mengeluarkan baju di atas kain dan seluar di dalam. Sama seperti baju teluk belanga ala Sultan Johor. Lihat bajunya di atas. Kerana kalau kita tahu gangguan yang boleh berlaku semasa solat ini, lalu kita senghajakan untuk melakukannya, maka kita telah berdosa kerana menganggu orang solat.
Adakah anda setuju kenapa ulama India mengatakan seluar itu adalah pakaian orang homoseks? Mungkin anda berpendapat ianya berlebihan, namun jika anda menyedari ianya boleh membangkitkan syahwat golongan tertentu, tentu anda setuju dengan pendapat itu.
Adakah anda setuju bahawa sebab Rasulullah saw menyuruh umatnya memakai seluar saja jika mereka tidak ada kain adalah agar orang ramai tidak terganggu semasa solat mereka?
Semoga bermanfaat.
Segala yang baik dalam tulisan ini adalah dari Allah swt. jadi jika ia baik menurut pendapat anda, maka pujilah Allah swt saja dengna menyebut al-Hamdulillah. Jika ia kurang baik atau tidak baik, maka ia adalah dari saya sendiri, jadi ampunkan dan maafkanlah saya. Saya tiada tujuan lain melainkan menyedarkan saja dan berkongsi ilmu saja. Was-Salam.