,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 19 January 2014

HAI .. UNITED STATES, HAS OLD MALAY HOLD KEY TO WORLD PEACE, that's why MALAY forget TERNOLOGI armor


Istinggar, Terakol, Pemuras & Senjata Tempur Alam Melayu

Pahlawan Melayu bersama senjata moden ketika itu.

Satu aksi dari filem Thailand "Queen of Langkasuka"

Semasa penulis berusia 9 atau 10 tahun dahulu, Almarhum ayahanda penulis telah menceritakan bahawa pejuang Melayu zaman dahulu kala berperang menentang penjajahan menggunakan senjata api, bedil, katanya. Penulis berasa sangsi dengan cerita ayahanda itu, sehinggalah suatu hari penulis ke sebuah perpustakaan yang menceritakan hal ‘petunang peluru’ yang berkaitan penggunaan senjata api oleh orang Melayu zaman dahulu. Namun beberapa tahun selepas itu barulah penulis betul-betul yakin bahawa dunia alam Melayu telah mengenali senjata api semenjak zaman kerajaan Parsi lagi. Kerajaan Patani pada mulanya menggunakan teknologi senjata api dari Parsi sebelum beberapa ratus tahun kemudiannya  beralih kepada China dalam pembuatan meriam. Maka fahamlah penulis bahawa Perang Champa menentang Vietnam pada tahun 1390, di mana Raja Champa bernama Che Bo Nga (Sultan Zainal Abidin, 1360 – 1390) telah terkorban setelah terkena tembakan oleh tentera Vietnam. Jelaslah seawal abad ke-14, dunia Melayu telah berperang menggunakan senjata api dan bukan hanya menggunakan keris dan tombak semata-mata seperti dakwaan penjajah Inggeris.
Kali ini penulis begitu tertarik dengan penyampaian seorang blogger bernama Benign Nor Hafeez, iaitu pemilik blog Susor Galor Alam Melayu di:
Berikut adalah kandungan yang penulis salin semula dari blog beliau….

1- Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api?  Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?

2- Blogger Al Semantani telah pun membuat kupasan yang panjang lebar tentang senjata-senjata api orang Melayu purba seperti Meriam, Istinggar dan Terakol didalam blognya, LokalGenius. Begitu juga dengan Sabri Zain didalam Laman webnya Sabrizain.org. Melalui beberapa sumber bacaan tambahan dari beberapa buah buku, saya juga akan cuba memberi fakta-fakta tambahan mengenai senjata-senjata tempur orang Melayu. Ya, orang-orang Melayu tidak asing dengan teknologi senjata api.
Lela Rentaka Ukiran Naga

3- Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither, penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:

The malay weapons consist of the celebrated kris with its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament, the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of cane.

4- Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs?


Istinggar Melayu
Istinggar Melayu


Dua Matchlocks di atas itu adalah Istinggar Melayu dari kurun ke 18

5- Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.

6-Didalam buku Political and Statistical Account of  the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:

Their matchlocks, of which the Satengar, or Istengara Menangkabowe, is most esteemed, are long heavy unwieldy pieces: the barrels are formed by twisting a flat bar, of tough beaten iron, round a rod of the same, and beating it into a consistent hollow cylinder. The stocks of these pieces are not adapted for the shoulder, nor for taking an accurate and speedy aim, and a rest is absolutely necessary, from the great weight and length of the barrel. The Malays, in fact, scarcely ever fire without resting the muzzle, lowering, instead of raising it to their object, nor do they apply the butt to the shoulder. The locks for holding the Tunam, or match of coir rope, are generally of brass or copper, finely worked and ornamented. The European pieces, with locks, are most preferred, and now commonly used instead of the matchlocks.

Pemuras
7- Newbold seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut enapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau ular. Newbold seterusnya menyambung seperti berikut:
Muskets, blunderbusses (Pemuras), and rifles are not uncommonly found in their hands. The barrels of the blunderbusses are frequently made by themselves, with muzzles in various fantastic forms, such as the mouth of a tiger or snake, and mounted with European locks. When going to war, a Malay considers himself completely armed with a kris, a golok, a badik (sort of knife), a chenankas, or pedang (sword), a musket and cartridges, or the tombak (spear), and a quiver of ranjows, or caltrops, at his back.

Rentaka / Lentaka
8- Meriam-meriam lela pula sememangnya tidak asing lagi malah kepulauan Melayu pada ketika itu sudah pun mempunyai kilang-kilang membuat senapang dan meriam yang terkenal dirantau Asia Tenggara. Sebagai contoh, di Terengganu di Semenanjung, Grisek di Jawa dan Minangkabau di Sumatra. Newbold juga mencatatkan bahawa kilang senapang pernah wujud di Aceh. Antara nama-nama gelaran bagi meriam-meriam melayu ini adalah Rantaka, Ekor Lotong, Jala Rambang dan Lela

They manufacture ordnance at Tringanu on the Peninsula; Gressik in Java; at Menangkabowe in Sumatra, and formerly there was a foundry at Achin. The following five descriptions of guns are most in use, viz. the Mariam, capable of carrying a six lb. shot; the iron Rantaka; the Jala Rambang, with a muzzle about as large as that of the blunderbuss; the Ekor Lotong, a small gun, to which is attached a long curved appendage, resembling the tail of the monkey Lotong, set on at the button of the breech ; and the Lelah, whose ordinary range is about 400 yards; some will carry 1000 yards, in an elevation. Lelahs are often loaded with leaden or tin slugs, called " dadu dadu," and placed on swivels in outposts, at an angle of their stockades, so as to command two faces ; the Lelah is generally made of brass, with a caliber varying from one to three inches.
Meriam Turki Uthmaniah dan Meriam-Meriam Aceh yang dirampas Belanda. Lihat saiznya

9- Mengikut kajian para sarjana lagi, penggunaan meriam adalah salah satu daripada ciri-ciri tempur melayu pada zaman dahulu, lebih awal daripada kedatangan orang-orang Eropah ke Asia Tenggara. Setelah pelaut Portugis, Vasco da Gama membina Kota Calicut (Calcutta) di pesisir Malabar, India pada 1489, orang-orang Portugis mula mengalih kan pandangan ke arah Asia Tenggara untuk meluaskan empayar mereka dan sasaran utama pada waktu itu adalah sebuah kota perlabuhan yang begitu pesat sehinggakan Duerte Barbosa, seorang penulis dan pegawai Portugis pada masa itu mencatatkan bahawa siapa yang menguasai kota ini, Venice akan tunduk kepadanya. Melaka.

Who ever is lord in Malacca has his hands on the throat of Venice.

10- Semasa angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka pada 1511, orang-orang Melayu Melaka telah menggunakan meriam-meriam untuk mempertahankan Perlabuhan Melaka dan dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 3000 senjata api berjaya dirampas oleh Portugis selepas orang-orang Melayu berundur. Ada pula yang mengatakan angka yang tepat adalah 8000. Namun bukan isu angka yang menarik perhatian saya tetapi fakta yang mengatakan orang-orang Melayu telah pun menggunakan senjata api seawal kurun ke 15 di Melaka

11. Selain daripada beribu-ribu meriam dan senapang yang dijumpai di Melaka selepas ditawan oleh Portugis, Albuquerque juga menjumpai satu meriam yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada meriam-meriam Portugis pada masa itu yang mana meriam ini telah dihantar oleh Albuquerque ke Kota Calicut sebagai hadiah kepada seteru Portugis di India iaitu puak-puak Zamorin.  Fakta ini telah direkodkan oleh  De Burros seperti mana yang dipetik oleh John Crawfurd didalam kamusnya A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, sebagai berkata
But besides the arms thus enumerated, the Portuguese and Spaniards, when they first arrived, found the most advanced of the Malayan nations in possession of firearms. This is De Burros' account of the artillery captured by Alboquerque in Malacca. "And of artillery," says he, "we found no more than 3000 out of 8000 pieces, which Ruy de 'Arajo (a prisoner of Sequiera's fleet) had stated to be in the city. Amons; those taken were many of great size (muy grossas),and one very beantiful piece which the King of Calicut had lately sent.

12- Mengikut para sarjana, jenis meriam yang digunakan orang-orang Melayu tidaklah diketahui namun mereka berpendapat bahawa tidak lama selepas teknologi senjata api diperkenalkan oleh bangsa arab kepada dunia, orang-orang melayu sudah mula membuat senjata api sendiri. Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.

13- Setelah menawan Melaka, Alfonso de Albuquerque telah meneliti gudang-gudang senjata yang ditinggalkan di Melaka dan telah mengatakan bahawa senapang-senapang di Melaka mempunyai kualiti yang sama hebat dengan senapang-senapang buatan German pada masa itu, malah tidak mampu ditandingi oleh Portugis, namun senapang yang paling berkualiti pada masa itu datang daripada hasil buatan Kerajaan Turki Uthmaniah. Albuquerque didalam komentarnya Comentários do Grande Afonso de Albuquerque yang diterbitkan pada 1557 menyatakan seperti berikut.

There were captured, 3000 pieces, of which 2000 were of brass, and the rest of iron. Among them there was one large piece sent by the King of Calicut to the King of Malacca. All the artillery with its appurtenances was of such workmanship that it could not be excelled, even in Portugal. There were found also match-locks (espingardao), blowpipes for shooting poisoned arrows, bows and arrows, lances of Java, and divers other arms, all which created surprise in those that captured them.

14- Perbandingan senjata-senjata Melayu dengan senjata api buatan German klasik, ini turut disokong oleh Nicholas Tarling. Didalam buku The Cambridge History of Southeast Asia: from early times to C. 1800c yang dikumpul dan ditulis oleh Nicholas Tarling ada menyebut bahawa senapang-senapang Melayu purba senang dibandingkan dengan senapang-senapang buatan German klasik (mungkin pra Prussia) yang pada masa itu merupakan nama yang terkemuka didalam bidang pengeluaran senjata api pada kurun ke 15. Tarling juga memetik tentang seorang pencatat bangsa Itali yang ada menyebut tentang kehadiran meriam-meriam gergasi di Melaka. Tarling dipetik sebagai berkata seperti berikut:

However, Malay gunfounders were compared favourably with those of Germany who were then the acknowledge leaders in the manufacture of firearms and the malay gun carrieges were described as unrivalled by any other land including portugal. an italian participant in the attack mentioned in the presence of heavy cannon in Melaka which caused considerable loss of portuguese livies. Though the malays were eventually defeated they were described as the most valiant, well trained in war and copiously supplied with every type of very good weapon.
Meriam Brunei yang dipanggil Bedil

15- Senjata-senjata yang di keluarkan oleh Kerajaan-Kerajaan Melayu lama mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Selalunya yang terbaik dan yang paling kuat akan dibuat oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang paling kaya. Meriam-meriam Melayu yang terbaik tidak mempunyai sebarang masalah menghancurkan kapal-kapal Eropah. Sebagai contoh, Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oost-Indische Compagnie/ Dutch East India Company) telah kehilangan sebuah kapal perang semasa mereka menyerang Makassar pada 1667 dan sebuah lagi ssemasa mereka menyerang kubu kuat orang-orang Bugis di Bentan pada kurun ke 18. Malah orang-orang Belanda sendiri membeli senapang-senapang buatan Makassar.
Meriam Seri Patani

16- Antara meriam-meriam yang paling terkenal di kepulauan Melayu sudah pastinya Meriam-Meriam Pattani yang di buat dan dikeluarkan pada kurun ke 15, yang dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela. Meriam-meriam ini mempunyai saiz yang sangat besar dan memainkan peranan yang penting didalam menangkis serangan-serangan Siam sepanjang 200 tahun sehingga tahun 1786 dimana Patani akhirnya dapat dikalahkan oleh Siam. Siam seterusnya merampas meriam-meriam ini dan dibawa ke Bangkok. Malangnya Seri Negeri telah terjatuh kedalam laut manakala Seri Patani masih lagi ada sehingga ke hari ini dimana ia dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand. Meriam Mahalela yang bersaiz sedikit kecil dari Sri Patani dan Seri Negeri tidak dapat dikesan.

17- Kerajaan Melayu Singgora juga didapati telah mula menghasilkan meriam pada sekitar kurun ke 16. Meriam-meriam ini digunakan didalam perang menentang Siam pada sekitar abad yang sama. Apabila Siam berjaya menakluk Singgora pada 1987, meriam-meriam Singgora ini pula digunakan oleh Siam untuk menangkis serangan-serangan Annam dan Burma. Pada tahun 1766, Burma berjaya melanggar Ayuthiya, dan membawa meriam-meriam Singgora ini ke Burma dan digunakan untuk melawan British. Pada 1887, British akhirnya berjaya menewaskan Burma dan membawa meriam Singgora ini ke London.

18- Saya meneruskan pembacaan lagi. Terdapat pembaca yang mencadangkan agar saya lebih banyak merujuk kepada sumber-sumber tempatan. Jadi saya terus menyusur alam maya ini untuk mencari sumber-sumber tempatan yang boleh digunakan sebagai rujukan. Pencarian saya terjawab dengan terjumpanya sebuah buku bertajuk Peluru Petunang hasil tulisan A Samad Ahmad. Kitab Peluru Petunang ini merupakan sebuah manuskrip tulisan tangan berbahasa melayu berkenaan cara penggunaan dan pengendalian senjata api melayu termasuk amalan-amalan yang diamalkan oleh orang-orang melayu dahulu kala berkenaan dengan senjata api.

19- Bukan sekadar itu sahaja, selain daripada mengandungi manual lengkap cara menggunakan senjata api, kitab ini juga turut menyelitkan bacaan doa-doa untuk disisipkan sebagai amalan ketika menggunakan senjata api. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan semula buku ini pada tahun 1983. Yang menariknya, Kitab ini sebenarnya ditulis berdasarkan dua buah manuskrip tulisan jawi yang berusia lebih lama. Salah satu dari dua manuskrip lama itu, yang dipercayai bertajuk Perkara Tembak Tarkul atau Senapang adalah bertarikh 28 Jamadil Akhir 1280 Hijriah bersamaan dengan 9 disember 1863.


20- Izinkan saya memetik sedikit daripada pengantar tulisan A Samad Ahmad didalam kitab Peluru Petunang ini: 
 Segala jenis bedil atau senjata api yang ada pada zaman itu, tentulah dari jenis kuno dan tidak lagi diketahui ramai akan bentuk dan rupanya; kerana tiada siapa pun yang menyimpannya. Kalau pun ada hanyalah di muzium-muzium sahaja. Namun begitu, nama­nama beberapa jenis bedil kuno itu masih terdapat dalam buku-buku yang berunsur sejarah bangsa Melayu. Di antara bedil-bedil kuno dari jenis senapang, ialah: istinggar, tarkul dan pemuras; sementara ­dari jenis meriam, yang lebih terkenal pada zaman dahulu dengan sebutan "lela", terdapat jenis lela rambang, lela rentaka, tahan turut dan sebagainya.

Bedil-bedil jenis kuno yang digunakan pada zaman itu, dan cara-cara menggunakannya, sudah tentulah setimbal dengan pering­kat pencapaian pengetahuan manusia sezamannya. Alat-alat pe­sawat yang disebut pejera, penggalak. sumbu dan sebagainya, tentu­lah asing kepada orang sekarang. Pesawat pejera, yakni alat pem­bidik bagi menentukan kesasarannya boleh pula dikisar ubah mengi­kut pengagakan si penembak. Lebih aneh lagi, ramuan ubat bedil serta pelurunya, dibubuh sendiri ke dalam bedil dan dilantak, yakni diasak padat-padat. 
 
AMUKANMELAYU - Anak-anak Bani Tha Mim, Bangun....jangan tidur terlalu lama, nanti GELANGGANG menjadi milik orang......Bonda Keturah dah lama berlalu mencari Shuib Bin Salleh dari Negeri di Seberang Sungai.