Perarakan Christopher Street Day // Apa tu?
Hari sabtu yang lepas, seperti biasa
adalah hari untuk “shopping”. Maklum saja lah kerana hari Ahad semua
kedai tutup, jadi hari sabtu sungguh ramai “shoppers” berkeliaran di
bandar Frankfurt yang kecil ini. Hari sabtu adalah hari kebiasaan saya
membeli barangan dapur seperti sayur, ikan, daging rempah ratus, roti,
susu, telur dan sebagainya.
Bandar Frankfurt sesak – salah satu
sebabnya adalah kerana kebiasaan sabtu (yang lain) adalah hari
berdemostrasi, hari menunjuk perasaan, hari berarak membawa sepanduk
oleh pelbagai golongan dan kumpulan bagi meluahkan perasaan
ketidakpuasan hati atau menuntut kerajaan membawa perubahan dan juga
berarak untuk berpesta dan sebagainya – termasuklah Christopher Street
Day (CSD) Parade.
Apa itu CSD?
CSD ialah acara tahunan yang disambut
oleh golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) di seluruh
bandar utama di Eropah bagi menuntut hak kesamarataan tanpa diskriminasi
terhadap golongan mereka. Acara ini juga disebut sebagai Gay Pride atau
Pride Parade di Switzerland dan Austria pula memanggilnya sebagai
Rainbow Parade. Antara bandar utama yang menyaksikan perarakan terbesar
golongan ini adalah di Cologne dan Berlin, Germany serta di Zurich,
Switzerland.
Bagi
memperingati peristiwa yang dipanggil Stonewall Riot dimana mereka
telah di”serang” oleh polis di sebuah bar yang bernama Stonewall Inn
yang terletak di Christopher Street di bandaraya New York.
Cantiknya bendera....warna pelangi tu... |
Kenapa dipanggil CSD
Ianya adalah sambutan ulang tahun bagi
memperingati peristiwa perjuangan dan kebangkitan LGBT iaitu melalui
peristiwa yang dipanggil Stonewall Riot dimana mereka telah di”serang”
oleh polis di sebuah bar yang bernama Stonewall Inn yang terletak di
Christopher Street di bandaraya New York.
Perarakan CSD terbesar adalah pada tahun
2002 di Cologne apabila ia berjaya menarik pengunjung seramai 1.2 juta
orang bagi turut serta meraikan acara ini.
Saya pasti ramai golongan ini di Malaysia yang kini semakin lantang memperjuangkan hak merekaseteah mendapat sokongan dari orang politik. Saya sertakan gambar-gambar manusia LGBT yang sempat saya rakamkan disini untuk pengertian WARNA PELANGI
LGBT di Malaysia?
Saya pasti ramai golongan ini di Malaysia yang kini semakin lantang memperjuangkan hak mereka setelah mendapat sokongan dari orang politik. Harap-harap, jangan ada perarakan seperti ini di Malaysia.
Hmmmm..Entahlah, I Dont Know, I just dont want to talk politics here.
JAMBU adalah BUAH-BUAHAN tempatan
Cantiknya payung....warna pelangi lagi.... |
Awwwwww............ |
Belum selesai |
Senyuman yang menawan |
AMUKANMELAYU - Jangan di imbau kenangan lalu,nanti merosak jiwa nyahhhh....