,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 26 January 2014

JESUS ANAK ALLAH - PUAS HATI HAMPA SEMUA YANG DUK NAK BAGI DEPA GUNA KALIMAH ALLAH?


Banner Kontroversi "Jesus Is The Son Of Allah" di P.Pinang ?

Telah timbul provokasi melampau dengan menggantung banner tertera kalimah Allah disamping ayat " Jesus Is The Son Of Allah " yang mana dilihat telah menyalahgunakan kalimah Allah dengan meletakkan Jesus@Nabi Isa sebagai anak Allah di P. Pinang.
Adakah ini satu lagi cabaran terbuka kumpulan paderi dan penganut Kristian terhadap umat islam dan undang-undang negara ??
 
Ini satu PENHINAAN atau MEMULIAKAN?
Majlis Fatwa Negeri P.Pinang sendiri telah menetapkan kalimah Allah adalah termasuk dalam "fatwa mengenai kalimah-kalimah suci yang khusus bagi agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama bukan Islam" rujuk sini KP mohon agar KDN ,Polis dan Jabatan Agama Islam P.Pinang dapat mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang cuba membakar sentimen ini kerana dikhuatiri akan membuahkan persengketaan antara agama.
 Antara gereja yang ditemui di Pulau Pinang menaikkan banner tersebut ialah : Gereja Assumptions Conception Lebuh Farquhar , Gereja St John Britto Sg Pinang Gereja Immaculate Conception Lorong Maktab.- sumber
 
 
AMUKANMELAYU - Nak tanya KHALID SAMAD dengan MUJAHID YUSUF....apa hampa nak buat dengan perkara seperti ini? Jangan duk cari alasan pulak.