AJAIB - Selepas Kangkung, JAMBU Pula Naik Harga
Apa maksud Perkataan kangkung oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan dalam masa yang sama juga tiba-tiba membuat pengakuan bahawa dirinya JAMBU! Macam mana ni? Apakah selama ini Rafizi perasan dan akur kepada gelaran JAMBU.
Dalam status Twitternya, tanpa apa-apa provokasi, tetiba pulak muncul perkataan JAMBU...
KETUA PENGAWAS - Memecat PENGAWAS Perpustakaan?
January 17, 2014PERGADUHAN - Ketua Pengawas memecat Pengawas Perpustakaan |
Macam budak kecil yang
memalukan ibubapanya di khalayak umum. Itu saja ayat yang terlintas di
fikiran saya tentang pergaduhan yang semakin sengit di antara MB
Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
Rasa macam nak ketawa pun ada…
Terkini, Anwar menegaskan bahawa tindakan
menggugurkan “kekasih”nya dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS
baru-baru ini adalah tidak sah. Katanya, pengurus besar PKNS tidak punya
kuasa untuk menggugurkan jawatan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Kuasa tersebut berada di tangan Kerajaan Negeri.
Kata Anwar, dia akan “bercakap” dengan
Khalid dalam masa terdekat mengenai kedudukan Azmin yang berada di
belakang Ketua Umum PKR itu ketika bercakap dengan media.
Dalam perkembangan yang sama, Azmin turut
mengutuk Khalid Ibrahim di Twitter, mengatakan MB Selangor itu
mengeluarkan “kenyataan kangkung”.
Malah ADUN Selangor itu juga turut
menggelar MB Selangor itu sebagai “Mr U-Turn”, mungkin gelaran itu
diberikan atas alasan Khalid membuat pusingan U bekerjasama dengan
Kerajaan Pusat untuk membina loji Langat 2 baru-baru ini.
Selain itu, Faekah memarakkan lagi api
pergaduhan dengan sindiran pedas terhadap “kem” Azmin. Ungkapan seperti
“hero persis badut” dan “tersalah salak pokok” selamba diluahkan di
Twitter. Tweet Faekah itu dibidas pula “anak ikan” dari kem “Azmin”,
Rafizi Ramli yang menyifatkan tweet dari Faekah itu “persis racun”!
Tak macam budak-budak? Hanya kerana
sebuah JAWATAN, pemimpin-pemimpin “pembela rakyat” itu bergaduh macam
budak sekolah tak dapat jadi ketua darjah 5 anggur? Sampai perlu mengadu
pada “mak bapak”? Dan kemudian ibu bapanya buat siadang akhbar berikrar
akan bertemu Guru Besar tentang kedudukan anaknya?
Selepas itu, konco-konco budak yang
berebutkan jawatan ketua darjah itu bergaduh, lawan kutuk mengutuk di
papan hitam. Seluruh murid dalam kelas berkenaan sudah tentu pening dan
menyampah melihat dua orang budak bodoh yang berebutkan jawatan, kan?
Sebab itulah saya katakan pemimpin Pakatan Haram di Selangor macam budak-budak!
Padahal, Selangor kini sedang menghadapi
pelbagai masalah yang di antaranya sangat serius, sensitif dan
meresahkan rakyat di negeri termaju itu. Isu kalimah “Allah” dan
rampasan bible berlaku di Selangor. Malah paderi Andrew Lawrence yang
kurang ajar itu juga bertegas mahu terus gunakan kalimah “Allah” di
seluruh negeri Selangor. Isu itu lebih penting!
Tapi yang disebokkan Azmin, Khalid,
Anwar, Faekah dan Rafizi ialah soal JAWATAN! Isu aqidah umat Islam itu
seolah-olah langsung tidak menarik minat mereka untuk diselesaikan
segera.
Isu keputusan Khalid menutup Pusat Giat
Mara misalnya, juga perlukan penyelesaian segera. Pusat yang menjadi
harapan bangsa Melayu untuk melatih kemahiran anak-anak muda seperti itu
perlu dikekalkan, tapi Khalid nak tutup pula. Anwar tak mahu “bercakap”
dengan Khalid tentang kedudukan Pusat Giat Mara di Selayang Utama itu,
kah?
Sebetulnya, pemimpin-pemimpin Pakatan
Haram Selangor itu telah lari dari memikul tanggungjawab yang
diamanahkan rakyat. Lain yang rakyat suruh mereka buat, lain yang mereka
lakukan. Lain yang rakyat harap, lain yang mereka laksanakan. Lain yang
rakyat mahu, lain pula yang mereka berikan. Macam itu rupanya “pembela
rakyat ala Pakatan Haram”?
Gila jawatan betul! Sikap itu saling
tidak tumpah seperti Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan Kerajaan. Mulanya
dia hanya ketua pelajar, dia mahu jadi Timbalan Menteri. Kemudian dia
mahu jadi Menteri dan kemudian merengek nak jadi Timbalan Perdana
Menteri. Bila gopoh sangat “gilakan” jawatan Perdana Menteri, sebab
itulah dia kena “lempang”, kot? Melampau!
Hodoh betul akhlak mereka. Kalau nak
bergaduh, bergaduhlah “diam-diam”. Kalau nak bergaduh pun, bergaduhlah
demi sesuatu yang lebih berfaedah dan membawa manfaat. Mujurlah mereka
tidak bergaduh kerana berebutkan Faekah. Kalau bergaduh berebutkan
Faekah, memang parah..!!!
Anwar Ibrahim : Pengguguran Jawatan Azmin Tidak Sah
KUALA LUMPUR 16 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kedudukan jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah dalam PKNS yang dilaporkan dilucutkan baru-baru ini.
Penasihat ekonomi negeri Selangor itu berkata, pengguguran jawatan Azmin adalah tidak sah kerana mengikut undang-undang, perkara itu hanya boleh berlaku sekiranya ia dibuat sendiri menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor.
"Mengikut undang-undang perkara itu tidak boleh berlaku kerana perlucutan itu hanya dengan kuasa Menteri Besar atas kelulusan Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, jadi saya lihat surat yang dihantar oleh pihak PKNS itu, urusannya telah pun dibuat.
"Sekarang, ia dipertikaikan pula. Saya ingin beri nasihat kepada MB Selangor bahawa kedudukan Azmin kekal berikutan beberapa proses peraturan tidak dipatuhi," kata Anwar dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya di sini hari ini.
Dalam hujahnnya membela Azmin, Anwar menegaskan bahawa tiada sebab yang munasabah untuk pihak PKNS menggugurkan beliau dari jawatan yang disandang kerana berdasarkan rekod yang baik.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR enggan mengulas lebih lanjut ketika diminta untuk memberi komen oleh pemberita berkenaan isu pelucutan jawatan dari PKNS.
"Saya rasa penjelasan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah memadai pada ketika ini dan saya tidak ada ulasan lanjut daripada apa yang telah diterangkan.
"Saya ingat perkara itu sudah jelas. Kita selesai perkara ini dengan cara baik dan saya percaya perkara ini boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya yang turut hadir dalam sidang media pagi tadi.
AMUKANMELAYU - Allah selamatkan Tanah Melayu ini dan Orang Islam yang tinggal di atas muka buminya dan KEMBALIKAN KAFIRUN kepada TALI ALLAH dan jadikanlah mereka MUKMIN yang Engkau redhai. Engkau KEMBALIKAN PEMIMPIN yang MELAMPAU mendurhakai PERINTAH MU, Menyesatkan, Menjual Ugama Mu dan Mengkhianati Amanah RAKYAT supaya kembali kepada Mu ya Allah..........amin