,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 21 January 2014

PENDERHAKA - CINA SUDAH MULA MENYANGGAH TITAH TUANKU, APA TINDAKAN KDN?


19 Rabiul awal 1435=21hb. Jan.214, Olak Lempit - Penulis sudah membayangkan yang PERINTAH TUANKU SULTAN ABD, HALIM akan di sanggah. Tepat sekali, hari ini Para Blogger mula menyiarkan beberapa DUKUMEN yang di kira satu PENDERHAKAAN kepada Perintah DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuang Agung. Soalnya sekarang, APA TINDAKAN KERJAAN? Jika perkara ini terus di beri TOLAK-ANSUR dan semestinyalah kita di TOLAK ansur-ansur.

KDN - Tegakkanlah Keadilan "CARA KITA"
Pada pendapat penulis sebagai Orang yang bertanggung jawab memberikan KERAKYATAN kepada PELARIAN EKONOMI atau Pendatang ini adalah DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuang Agung, dan sudah sampai masanya dan AMAT PERLU menarik balik KERAKYATAN yang di beri kepada mereka ini. Ini kerana amat JELAS dalam Perjanjian sosial ianya berkaitan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dengan PEMBERIAN TARAF KERAKYATAN pada pendatang. Jika satu darinya di batal atau di sanggah maka Taraf Kerakyatan juga BOLEH di BATAL dan di SANGGAH.

Sudah sampai masanya masa bertolak ansur dengan mereka yang suka menimbulkan KEBIMBANGAN awam ini di berikan TINDAKAN yang keras supaya KEHORMONIAN semua dapat di pelihara, Ini kerana mereka ini adalah gulungan MINORITI dan sering membuat MASYARAKAT GELISAH dan MENJADI TEGANG.


DI MANO HANG AWANG
Awang.....semalam Ayah berminpi
Maso tu hang kecik lagi
Di Cerok Sembok kita sekali
Berhuma...menanam jagung, labu, timun dan padi
Bukit Berut dah pernah kita daki
Cari rote manong dan rote seni
Masuk kot Hemok kekadang keluo ikut Bukit Sapi.

Awang...di mano Hang Awang.
Semalam Ayah bermimpi lagi
Duk mengajo Hang mengena diri sendiri
Kita ni Melayu sejak azali
Dari Keturah Bonda di Kemayat Negeri
Nabi Ibrahim dengan Bani Tha Mim
Di beri nombo 3,5,7,dan 9 akhir sekali
Dah reti ke Awang bilo nak jale jauh nanti

3 itu adat perlu di warisi
Adat Rajo kena ketahui
Jange orang kato ni jahey
Duk tepuk dada Aku Anok Melayu ni
Tapi adakah adat itu kita gheti?
Adat Temenggung yang keduanya dih
Kena tahu bila berbicara
Denge siapa kita bersemuko
Bio tidak di kato kito anak kure ajo

Adat hamba sebagai rakyatnyo
Habih dah tigo baru sepurno
Jange dok gi kemano-mano
Ado lagi Ayah nak kabo

Awang.....dah pahe kita di mano?

Awang....Hang di mano
Semalam Ayah bermipi lagi
Yong Hamid dengan Cik Karim datang kemari
Di marohnya Ayah....
Watpo yang 5 belum di beri...
Ayah lupo Awang.

5 tu hulubalang, Orang tau belako
anak jate perlu penuh ilmu di dado
5 kunci dah ado di dale
tapi tak pernah nak di keluo ke
5 buah kene di dale gelangge
Tak buleh di beri sebarange
5 kunci pun ada di dale
Peturun buah jugak di gelangge
Dah tamat....baru jadi anak jate.

Awang...Hang gi kemano,
Ado dua lagi yang belumAwang pahe
Satu tu tujuh kene  khate....
Mukhaddam dan Qur'e satu jeeer..
Ibadat dah kiro dua
Munakahad dah tigo
Jenayat doh pat...
Hok limo dah tetulah Thorikat
Hakikatnya yang ke ene
Makrifat dah tujuh.....

Awang....Hang gi kemano,
Ado lagi yang tak habih...
Yang teakhir ado semile...
Ayah pun tak pahe sangat ni...
Awang yang semile tu ilmu segalo.

Kalu dah pahe 3,5,7 bulehlah bejale
Cari Kawe buat teme
Sipe elok-elok sisip di pinggang
Kalu biasa sebelah kiri dan kalu mengiri sebelah kane
Senang cabut jika dah takdak rundinge
Cari pamornya yang sepade
Jange melangkah ke belake
Kita anok jate, Isle di ubunge, bangsa di bahu kane
Tanah Air jange di tinggal

Awang...Hang gi kemano....
Jange di bio gelangge semok dah ni
Ugama di maing-maing
Bangsa di ricik-ricik
Tanah air mace dah tak betue
Maruah di injak-injak
Raja dan Sulte di buang ketepi

Awag....bilo lagi
Langkah demo semuanyo sumbang
Nampok mace jate tapi sambang
Nak kato jange pun demo bimbang
Duk takut jadi jemalang
Hakikat dan Makrifat demo dah  buang.
Awang....Hang kene keliklah sekarang
Di muka Ayah, Temenggung dan Sulte dah banyak arang.

Awang.....Hang kelik la dih.


Nukilan Tok Aki Aji
Block 15 Concode Inn
Projek KLIA 26hb. Jun 1997

 

Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia

23 September 2010 SEORANG pemimpin veteran negara jiran baru-baru ini mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak adil serta menyisihkan kaum lain. Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu temu bual dengan akhbar New York Times pada 1 September lalu turut mengkritik sistem yang diamalkan di negara ini.

Sambil membayangkan Malaysia mungkin menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura, Kuan Yew turut mendakwa kononnya republik itu pada hari ini sudah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan antara kaum.

Kenyataan Kuan Yew yang menyentuh hubungan antara kaum di negara ini umpama mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain pemimpin asing, di dalam negara juga terdapat pihak yang membangkitkan soal hak dan kedudukan orang Melayu.

Ahli Parlimen Pembangkang, Nurul Izzah Anwar dilaporkan mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Sementara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mendedahkan tentang usaha mewujudkan 'perlembagaan baru' oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang mempunyai bukti mengenainya mendakwa, perlembagaan baru itu menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam Perlembagaan yang sedia ada.

Pakar sains politik, Dr. Chandra Muzaffar ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya minggu lalu menyifatkan Perlembagaan Negara bertujuan mengatasi masalah ketidaksamarataan antara pelbagai kaum.

Menurut Chandra, salah satu fakta sejarah yang sering dilupakan ialah hak kerakyatan untuk masyarakat bukan Melayu di negara ini yang diberikan oleh raja-raja Melayu dan golongan elit UMNO.

''Bukan pihak British yang memberikan kerakyatan kepada kaum bukan Melayu tetapi orang Melayu. Sementara Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bahawa semua warganegara mempunyai hak yang sama rata di sisi undang-undang.

''Jika anda fahami dengan betul, motif Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah mengelakkan situasi tidak sama rata. Kedudukan istimewa orang Melayu (seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan) mempunyai kaitan dengan kesamarataan.

"Ini kerana, ketika negara mencapai kemerdekaan, begitu ramai masyarakat Melayu hidup dalam kemiskinan," jelas Chandra.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penglibatan beliau sebagai salah seorang ahli panel dalam persidangan The Gathering of Great Minds yang akan diadakan pada 24 September ini.

Tambah Chandra, keadaan tidak sama rata timbul apabila pemimpin Melayu membuka pintu dengan memberikan kerakyatan segera kepada masyarakat bukan Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.

''Sekelip mata saja golongan bukan Melayu diberikan kerakyatan. Ini merubah peta demografi. Jadi, masyarakat Melayu sebagai tuan rumah yang membuka pintu kerakyatan negara kepada kaum bukan Melayu mahu memelihara kedudukan dan kepentingan mereka terutamanya dari segi pendidikan, pekerjaan dan pemilikan harta.

''Ini bagi memastikan orang Melayu tidak kehilangan atau kerugian apabila bersikap pemurah dengan pemberian kerakyatan berkenaan. Terma warganegara yang diberikan di Malaysia juga agak luar biasa," jelas beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just).

Dalam memahami realiti ini, menurut Chandra, perlu ada proses penerimaan oleh masyarakat dan pemimpin Melayu sebagai pihak yang membuka pintu kerakyatan dan proses menyesuaikan diri oleh pihak yang diberikan kerakyatan.

''Di negara lain seperti Perancis, Jerman atau Kanada, syarat dikenakan untuk menjadi warganegara.

Namun di Malaysia, syarat-syarat sedemikian diketepikan. Oleh itu, kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan bertujuan memastikan orang Melayu sebagai golongan yang memberikan kerakyatan kekal sama rata dengan golongan lain.

''Beberapa aspek hak dan kedudukan istimewa tersebut perlulah dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut perubahan masa. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengubah kuota etnik bagi pengambilan pelajar universiti dan hanya mengekalkannya untuk fakulti tertentu sahaja," katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Chandra, membuat satu lagi perubahan dengan mengumumkan dasar liberalisasi dalam 27 sub-sektor perkhidmatan dan sektor kewangan.

''Jadi, Perkara 153 bukanlah satu klausa yang bertujuan memberikan kelebihan kepada satu komuniti atau menjadikan mana-mana kaum lebih dominan.

"Perlembagaan negara lain yang agak mirip kepada Perlembagaan Persekutuan ialah Perlembagaan India yang memberikan hak yang sama rata kepada semua warganegara.

''Perlembagaan tersebut bagaimanapun memberikan peruntukan khas kepada kasta-kasta yang disenaraikan," jelasnya.

Chandra menambah, Perlembagaan Persekutuan merupakan satu perlembagaan yang lengkap dan menyeluruh kerana ia mengutamakan keseimbangan.

''Ia merujuk kepada Bahasa Kebangsaan dan lain-lain bahasa, agama rasmi dan agama-agama lain serta kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain.

"Pada pandangan saya, perlu dipastikan kita tidak lari daripada kerangka Perlembagaan tersebut dalam memelihara keseimbangan antara kaum.

''Jika kita mengetepikan Perlembagaan ini dan cuba mencari panduan lain, saya rasa kita bakal berhadapan dengan masalah besar. Satu-satunya, panduan yang perlu dijadikan rujukan ialah Perlembagaan Persekutuan," katanya. 
KONTRAK SOSIAL. 
Benar kontrak sosial ini bukan dokumen bertulis secara formal tetapi semangatnya ada dlm Perlembagaan Persekutuan dlm Perkara 3, 152 dan 153. Kontrak sosial ini merupakan perjanjian yg dibuat antara para pemimpin Melayu dengan pemimpin kaum bukan Melayu semasa perundingan kemerdekaan negara.

"JUS SOLI" AGUNG BERKUASA PENUH

Melalui perjanjian ini, mereka sepakat bahawa: 


DYMM YANG DI PERTUAN AGUNG MENGETUAI ORANG MELAYU BERSETUJU DENGAN SYARAT PEMBERIAN TARAF KEWARGANEGARAAN KEPADA KAUM BUKAN MELAYU MELALUI PRINSIP "JUS SOLI". DENGAN TERLEBIH DAHULU KAUM PENDATANG MEMAHAMI BUDAYA TEMPATAN, MENUMPAHKAN TAAT SETIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA - RAJA MELAYU DAN JANGAN MEMPERTIKAI DI KEMUDIAN HARI HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU YANG DI LINDUNGI SEBAGAI PENDUDUK PERIBUMI NEGARA INI. DENGAN KATA LAIN JIKA PERKARA INI DI BANGKITKAN SECARA AUTOMATIK KERAKYATAN YANG DI BERI DI TARIK BALIK DAN TERBATAL.

PERHATIAN - MEMBERI KERAKYATAN DAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DI BACA SERENTAK. JIKA HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DI MANSUH, KERAKYATAN PENDATANG JUGA MANSUH DAN TEBATAL
 

 Itulah yg dipersetujui oleh pemimpin masa lalu. Dengan persefahaman itulah negara ini dapat mencapai kemerdekaan tanpa peristiwa berdarah. Melalui perjanjian tersebut juga seramai 1 juta kaum bukan Melayu mendapat kerakyatan selepas setahun negara merdeka. Dengan mendapat kerakyatan, secara automatik mereka mendapat hak berpolitik dan memiliki harta.


Tetapi kini perjanjian tersebut cuba dikhianati oleh puak komunis-zionis. Mereka sudah lupa dengan tolak ansur og Melayu dalam memberi keturunan mereka kehidupn baru di sini. Cuba beritahu di mana dalam dunia ini sebuah negara yg kaum peribuminya sanggup memberi kerakyatan secara besar-besaran kpd kaum pendatang. Jawapannya cuma Malaysia. Org Melayu tidak suka bergaduh. Demi hidup aman, mereka sanggup mmeberi peluang kpd kaum bukan Melayu untuk sama2 membina hidup di sini. Sikap tolak ansur terpuji itu dibentuk dari ajaran Islam.

Jika puak komunis-zionis terus mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu, apa kata kita persoalkan taraf kerakyatan mereka pulak. Sebenarnya puak-puak ini bodoh. Mereka memang buta sejarah. Mereka tidak sedar apa yg mereka perjuangkan. Perkara yg mereka perjuangkn itu sebenarnya memerangkap diri mereka.

Apabila ada yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu secara automatiknya mereka turut mempersoalkan taraf kewarganegaraan mereka. Kerana taraf kewarganegaraan mereka diperolehi apabila mereka bersetuju mengiktiraf hak keistimewaan Melayu. Jadi kalau tiada hak keistimewaan Melayu, maka taraf kewarganegaraan mereka perlu ditarik balik dan TERBATAL

Pada pandangan Penulis sudah sampai masanya kita hapuskan sahaja hak istimewa Melayu seperti yang di MINTA oleh mereka. Di sebabkan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dan MEMBERI KERAKYATAN kepada PENDATANG oleh DYMM Yang Di PERTUAN AGUNG di baca serentak maka dalam masa yang sama taraf kewarganegaraan keturunan pendatang ini juga ditarik balik dan TERBATAL.  
Ini adalah keadilannya. Adalah di ingatkan jika nak jadi ahli politik pastikan tahu apa yg nak diperjuangkan dan yang paling penting kena FAHAM dulu sejarah negara sebelum MEMAHAMI Perlembagaan Persekutuan dari PERSPEKTIF memahami Budaya Tempatan.

Bermula dari hari ini, Orang Melayu jangan bimbang jika puak komunis-zionis ni mengancam hak kita kerana apa yg mereka laung-laungkan itu juga merupakan senjata yg boleh kita gunakan untuk menutup mulut mereka semula.  Melainkan KITA SENDIRI yang suka dan MENYOKONG mereka kerana kita sudah LUPA UNTUK MENJADI ISLAMELAYU.

Kalimah Allah Hak Eksklusif Umat Islam

agong kedah
20hb. Jan 2014 - Alor Setar: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.
Baginda bertitah ketetapan yang dipersetujui itu dihormati semua pihak, terutama berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain. 
Ketetapan sudah jelas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986, bahawa beberapa istilah dan kalimah yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama, khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati... kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. 

Amalan masyarakat majmuk
Inilah resmi dan amalan seluruh masyarakat majmuk selama ini, yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian seluruh rakyat, titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Ke-86 di Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Tunku Annuar kemudian menyempurnakan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran kepada semua penerima diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sultan Abdul Halim turut menasihatkan umat Islam agar menolak fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, misalnya fahaman Syiah, agar kepentingan mereka terpelihara.

Dalam konteks Kedah, baginda bangga kerana kecekapan pentadbiran kerajaan negeri melalui dasar konkrit yang kondusif membolehkan banyak agenda pembangunan fizikal dan kerohanian dapat digerakkan seiring.

Baginda yakin pendekatan perancangan pembangunan menyeluruh yang disertai pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mapan mampu mentransformasikan Kedah menjadi negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

GILA - PEGUAM INI SEDANG MENGUJUDKAN KERAJAAN DALAM KERAJAAN

Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata peguam


Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.
Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.

“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) & Kes Lain.

Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam.

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.
“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.

“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”
Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen.
“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati.
“Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen.
Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman.
Semua pihak berkepentingan harus membuang prejudis dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini, kata peguam tersebut.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari juga berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri.

“Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.
Kenyataan Sultan semalam dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Alla oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri menegaskan pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10 perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.

Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengatakan Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport masuk ke dalam negara. – 20hb.Januari, 2014.


AMUKANMELAYU - KONTRAK SOSIAL, Pemberian KERAKYATAN oleh DYMM Baginda Yang Di Pertuan Agung adalah berkaitan. Oleh itu PENARIKAN KERAKYATAN sudah BOLEH di laksanakan kepada MEREKA yang MENDERHAKAI Perintah DYMM Baginda Yang Di Pertuang Agung. Zahid.....jangan duk pusing lagi dengan PERDERHAKAAN ini.