,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 1 January 2014

TERGULING SEBELUM SEMPAT MENGGULINGKAN KERAJAAN



KELETIHAN - TERGULING sebelum sempat MENGGULINGKAN KERAJAAN



وعن أمِّ المؤمِنينَ أمِّ عبدِ اللهِ عائشةَ رضي الله عنها ، قالت : قالَ رسول الله  : (( يغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ فإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنَ الأَرضِ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وآخِرِهِمْ )) . قَالَتْ : قلتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ،كَيْفَ يُخْسَفُ بأوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ وَفِيهمْ أسْوَاقُهُمْ وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ ؟! قَالَ : (( يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيّاتِهمْ )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

Dari Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada satu pasukan menyerbu ka’bah, tatkala mereka berada di tanah yang lapang mereka dibenamkan (kedalam perut bumi) dari awal pasukan hingga yang paling akhir dari mereka.” Dia (Aisyah) berkata: “Saya bertanya: “Ya Rasulullah bagaimana dibenamkan dari awal hingga paling akhir dari mereka, padahal di dalamnya ada orang-orang pasar (orang awam) dan ada yang bukan dari mereka?” Beliau menjawab “Dibenamkan dari awal hingga akhir mereka kemudian mereka dibangkitkan berdasarkan niat-niat mereka.” (Muttafaq alaihi –disepakati keshahihannya oleh Al Bukhari dan Muslim)
Faedah hadits:
  1. Anjuran supaya menjauh dari orang-orang dzalim dan  peringatan supaya tidak bersama mereka atau majelis-majelis lain yang buruk supaya tidak ikut tertimpa hukuman bersama mereka. (1)
  2. Barang siapa banyak bergaul dengan orang yang buruk dengan kemaksiatan secara sengaja, maka sesungguhnya dosa dan hukuman itu bisa menimpanya.
  3. Amal perbuatan dinilai berdasarkan niat amalnya.

Olak Lempit - Rabu 28 Safaar 1435, bersamaan dengan 1hb. Januari 2014. Semalam riuh di seantiro dunia, Kerajaan Najib akan di gulingkan. Sehingga keluar berbagai kenyataan bodoh dan amat menghairankan. Bagaimana semakin bersekolah tinggi dan Ilmu semakin tinggi boleh buat kenyataan-kenyataan bodoh seperti Mantan MB Perak ini. 

 

Pada 29 Dis. Dalam utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.
Amar Singh berkata demikiaan ketika diminta mengulas tindakan saman RM100 juta terhadap beliau yang bakal dilakukan oleh oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Turut menyatakan akan mengambil tindakan saman ialah Jingga 13.

Semalam dalam sidang akhbarnya, selain SAMM dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut didedahkan Amar Singh sebagai empat NGO yang menjadi dalang utama perhimpunan Selasa ini.

Dalam pada itu Amar menjelaskan, beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi risiko itu mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.
"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan itu dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Amar Singh.
Menurutnya, kenyataan Amar Singh semalam adalah amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan SAMM dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Amirzudin Ahmat pula berkata, pihaknya telah melantik peguam dan tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap PDRM dan beberapa media lain.
"Jingga 13 menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Amar Singh bahawa kami akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di perhimpunan itu," katanya - © Utusan Melayu (M) Bhd
Apa yang di cari?

Himpunan blackout 505 menjadi bukti para anjing pakatan cukup mudah dipergunakan.. kebodohan dan kebebalan puak ini tidak berhenti disitu saja.. Nafsu mereka cukup besar untuk gulingkan kerajaan.. Namun mereka tidak boleh lawan kehendak tuhan yang mahukan BN kekal menjadi pemerintah.. Para ulama khawarij dengan KO berjemaah puluhan ribu tetapi Doa itu berbalik kepada mereka sendiri..

Himpunan anarki menghalalkan cara semua orang tahu didalangi oleh PKR dan PAS.. DAP hanya duduk memerhatikan Budak-budak (Melayu) mereka melakankan arahan.. Himpunan rusuhan ini dibiayai sepenuhnya oleh  Puak Anti Sunnah.. baju sponser dan wang diberikan..

20140101-032922.jpg


20140101-033145.jpg
Bendera PAS dikibarkan di atas pentas .. menjadi bukti PAS dan PKR menjadi suruhan..

 Guling
memang ada niat nak cetuskan huru hara dalam himpunan malam tadi. Tapi apakan daya.

Semua hajat dan PERANCANGAN tak kesampaian, sesungguhnya PERANCANGAN ALLAH itu Maha hebatnya. Hasrat diorang nak buat kecoh hanya menemui jalan buntu. Maka sebab itulah diorang terpaksa buat kecoh depan pentas dan "MENAWAN PENTAS". Kerana GAGAL untuk menarik "RAKYAT" turun merusuh bagi memudahkan MENGGULINGKAN KERAJAAN LEMAH NAJIB dan  MENAWAN PUTRAJAYA, mereka akhirnya KELETIHAN sendirian dan "TERGULING" di Jalan Raya sebelum sempat "MENGGULINGKAN" Kerajaan Najib.
Parang dan Pisau yang ditemui
Penyudahnya, diorang sendiri jugak yang hilang akal. Disebabkan Polis tak de buat sebarang halangan, maka diorang sendiri mula terpinga - pinga tak tau nak buat apa. Dari kena tangkap dengan senjata pada badan, terpaksa la diorang buang dulu semua tu sebelum memasuki Dataran!!!
 Pada malam ambang 2014 Polis pula menemui empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan pihak tertentu mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan di ibu negara malam ini.
 Difahamkan, senjata tersebut ditemui oleh pihak polis di laluan pejalan kaki di belakang Kompleks Daya Bumi, Jalan Sultan Hishamuddin.

 Sementara itu, pasukan polis telah digerakkan untuk mengawal keselamatan orang awam di ibu negara malam ini. Difahamkan, bagi menjamin keselamatan orang awam yang ingin menyaksikan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, kira-kira 300 anggota polis telah dikerahkan berkawal.

Ini aku sokong

TAK BERUBAH - Sejak zaman "U" hinggalah ke sekarang

PENGHINAAN - Pakcik ini hanya pengikut yang gagal berfungsi AKALNYA

NIAT YANG TERSURAT
Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.

Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.


Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Ketika berita ini ditulis pukul 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.

Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif.

Apakah ini perhimpunan amam?

 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad serta beberapa lagi pegawai polis dilihat berada di Dataran Merdeka untuk mengawal keselamatan orang ramai. Anggota polis tiba di beberapa lokasi perhimpunan kira-kira pukul 8 malam. Orang ramai mula membanjiri lokasi seawal pukul 7 malam.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan hasrat mereka untuk berkumpul di Dataran Merdeka sebagai membantah kenaikan harga.

Polis membentuk satu barisan untuk mengasingkan penunjuk perasaan dengan orang ramai yang hadir menyaksikan konsert.

Antara yang terlibat adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia dan sayap pemuda Pakatan Rakyat. Polis berkata penganjur perhimpunan itu merancang untuk ‘menggulingkan kerajaan’.

11.35 malam: Beberapa penunjuk perasaan berjaya masuk ke dalam padang. Segelintir daripada mereka dilihat membaling botol ke arah pentas persembahan. Konsert dihentikan dan polis berada di atas pentas.

11.30 malam: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama. 
11.15 malam: Beberapa penunjuk perasaan mengebu majlis sambutan ambang Tahun Baharu.
11.oo malam: Penunjuk perasaan merempuh sekatan polis dan memasuki Dataran Merdeka. Kehadiran penunjuk perasaan dekat pentas konsert tidak mengganggu majlis sambutan Tahun Baharu.
10.50 malam: Polis mengawal keadaan, majlis sambutan Tahun Baharu berjalan lancar. Penunjuk perasaan dianggarkan seramai 5,000 orang.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Afzanizam Hashim berkata kira-kira 200 ahli pertubuhan itu akan tiba di lokasi perhimpunan kira-kira pukul 9 malam.


Inilah PERHIMPUNAN AMAN yang di war-warkan. DARAH.....jelas pemimpin-pemimpin ANTI SUNAH ini  gilakan DARAH. 

Seperti biasalah, keganasan memang tak dapat dielakan apabila penyokong Anti Sunnah mengadakan perhimpunan yang kononnya dijanjikan aman.

Keganasan dan pembangkang memang tidak boleh dielakan. Rakyat dah naik muak dengan kerenah yang dibawa oleh mereka yang terlalu taksub kepada peliwat yang menjadi agen yahudi di negara ini.

Rakyat boleh nilai sendiri apa yang pembangkang buat dan bayangkan pula jika puak ini diangkat menjadi pemimpin di negara ini...Pada hakikatnya masih ramai rakyat dari 26 juta Warga Negara Malaysia yang rindukan dengan KEAMANAN dan KEDAMAIAN. Bagi penulis, apa yang berlaku semalam adalah BAYANGAN KEHANCURAN NEGARA MALAYSIA bila kita mempunyai PEMIMPIN yang LEMBIK dan LEMAH dan yang TERASA kegagalan yang amat sangat adalah MEREKA yang TERGILAGILAKAN PUTRAJAYA.

Sedangkan kaum Cina lebih selesa lepak depan TV dan melihat anak-anak Melayu yang tidak menggunakan akalnya untuk berfikir dan sanggup di perkudakan oleh Tuan mereka. Manakala Pemimpin mereka BERSELINDUNG di bawah Ketiak Isteri melayan MIMPI Indah tahun baru dengan tidur di bilik ber aircond 6 kuasa kuda. Aduh dingin amat.......

Guling Kerajaan: Penyedia Skrip Gagal

PENYEDIA SKRIP GULING KERAJAAN memang mengetahui- Tindakan mereka tidak akan mendapat sambutan orang ramai; Mereka mengetahui jumlah mereka sedikit; Untuk itu, mereka mengambil peluang kehadiran orang ramai, seolah-olah mereka mendapat sokongan. Gambar orang ramai itu, mereka muat turun di berbagai saluran, termasuk youtube, tujuannya untuk mengabui pandangan masyarakat dunia.

Sesuai dengan skrip, ada dikalangan penyokong mereka membuat tindakan agresif termasuk merosak harta benda, merempuh astaka persembahan, membaling berbagai benda ke atas pentas termasuk botol-botol, dan semua ini dirakam, dengan footnote: rakyat marah kerajaan, inilah buktinya. Selain itu, tindakan itu, agar pihak polis bertindak, dan semuanya akan dirakam, dengan footnote: Polis negara zalim; menindas rakyat yang tidak bersenjata.

Sebenarnya, kehadiran kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat itu, adalah topeng kepada penyedia skrip, yang mahu merampas kuasa dalam negara bukan melalui demokrasi. Mereka mahu berlaku, sepertimana yang berlaku di Mesir mahupun Thailand, di mana sistem demokrasi diperlekeh.

Malangnya, penyedia skrip gagal membaca fikiran dan hati rakyat negara ini, di mana bukan sahaja majoriti rakyat menyokong keamanan, menyokong sistem bernegara negara, malah menolak secara total, rancangan jijik pihak-pihak tertentu ini.

Penyedia skrip sebenarnya mempunyai dua pelan untuk mendapatkan kuasa. Pelan A mereka adalah melalui pilihanraya, pelan B mereka melalui kemarahan rakyat. Antara elemen dalam pelan B mereka itu, adalah menaikan harga barangan secara sistematik, kerana sebahagian besar rangkaian perdagangan dalam negara dikuasai oleh penyokong atau simpatisan mereka. Faktanya, pusat perdagangan dalam negara tertumpu di bandar-bandar besar utama, dan semua kawasan ini adalah wilayah pembangkang, kecuali Kangar, Putrajaya dan Johor Baharu.

Penyedia skrip, akan melakukan postmortem terhadap kegagalan mereka; dan akan melakukan tindakan untuk menghalalkan cara mereka. Pihak kerajaan, tidak boleh berpeluk tubuh dengan pendektan yang sama; kerajaan perlu bertindak "beyond" pemikiran pihak-pihak tertentu ini.



AMUKANMELAYUSebelum 2008, Amukanmelayu suka dengan "GELAGAT" budak-budak muda yang datang menyambut Tahun Baru denagn pakaian yang pelik-pelik dan melucukan walau pun banyak yang NEGATIFnya....tapi tiadalah sampai nak guling Kerajaan dan mencederakan atau mengancam NYAWA orang lain