POPE EMERITUS BENEDICT TIDAK JUJUR DAN MENGKHIANATI NABI ISA |
POPE EMERITUS BENEDICT MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN KITAB-KITAB UMAT DAHULU (BAH. 2)
Saringan Buah Pena Al-Ustadz Dr Ali Jumaat (Mufti Negara Mesir)
Al-Ustadz Dr Ali Jumaat (Mufti Negara Mesir) |
Khabar-khabar Gembira Tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Baru.
Kitab Perjanjian Baru merupakan baki kitab suci bagi umat Nasrani
(Kristian), ia adalah bahagian yang terpenting di sisi mereka. Ia
dipanggil dengan nama Injil kerana ia disandarkan kepada Nabi Isa as.
Tidak beriman dengan Kitab Perjanjian Baru ini seorang pun di kalangan
Bangsa Israel melainkan dari kaum Nasrani. Golongan Nasrani membahagikan
Kitab Suci itu dua bahagian, Perjanjingan Lama seperti yang telah lalu
dan Perjanjian Baru.
Kitab Injil Perjanjian Baru |
Injil atau Perjanjian Baru atau juga dikenali dengan himpunan risalah
–risalah ini merupakan bahagian yang baru di dalam kitab suci di mana
golongan Nasrani menamakan catatan-catatan sebelum zaman kebangkitan
Nabi Isa as dengan panggilan Perjanjian lama dan selepas zaman
kebangkitannya dengan panggilan Perjanjian Baru. Ia mengandungi 27 kitab
yang mana empat kitab pertama daripadanya dipanggil kitab-kitab Injil
secara rambang iaitu Matta, Marqus, luqa dan Yuhana. Andaian yang dapat
kita buat berdasarkan nama-namanya jelas bahawa kitab-kitab itu ditulis
oleh pengikut-pengikut setia Nabi Isa as.
Kitab Injil Perjanjian Lama |
Ianya
merupakan himpunan sepuluh kitab-kitab lain yang tersebar pada
awal-awal tahun masihi yang kemudiannya dibatalkan oleh perhimpunan
Ugama Kristian kali pertama yang terkenal, diadakan di Nicea (Izniq
sekarang) di Asia Kecil pada tahun 325 Masihi di bawah kelolaan Maharaja
Kaisar Rom yang bernama Qastantien yang agung di mana telah diputuskan
bahawa hanya empat buah kitab ini sahaja yang dibenarkan sebagai
sandaran dan selain daripadanya diperintahkan supaya dibakar. Oleh yang
demikian ianya terkenal dengan nama Injil-injil Induk atau Injil-injil
di sisi undang-undang.
Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran adalah lain daripada
Injil-injil terbabit, tetapi yang dimaksudkan dengan Injil di dalam
Al-Quran adalah wahyu asal yang diturunkan secara langsung kepada Nabi
Isa as yang dikenali di kalangan orang-orang yang sezaman dengannya
dengan nama di dalam bahasa Yunani sebagai “Evangelion” yang bermaksud
“Khabar Gembira”.
Himpunan kitab-kitab Perjanjian Baru adalah seperti berikut:
|
Tidaklah
dapat disangkalkan apabila Nabi saw disebut di dalam Kitab Perjanjian
Lama yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung
ia juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana mereka
juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci
mereka. Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran
tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Lama telah cukup untuk menjadi
hujah ke atas Yahudi dan Nasrani dengan serentak kerana mereka semua
mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali mereka
berusaha memalingkan maksudnya kepada sebaliknya.
Adapun perkhabaran-perkhabaran dan isyarat-isyarat mengenai Nabi saw di
dalam Kitab Perjanjian Baru amatlah banyak. Sesungguhnya Nabi Isa as
banyak membawa berita gembira mengenainya kerana tidak terdapat di
antara Beliau dengan Nabi saw oleh nabi yang lain. Disebabkan demikian
berita-berita mengenainya amat banyak sehinggakan juga terdapat di dalam
Kitab-kitab Injil yang sudah diubah. Di antaranya seperti berikut:
1. Di dalam Yuhana (16/7) Isa Al-Masih berkata: “Adalah
suatu yang baik bagi kamu bahawa aku akan meninggalkan sekalian kamu
jauh, kerana sekiranya tidak aku pergi sesungguhnya orang yang membawa
hidayat itu tidak akan mendatangi kamu, tetapi bahawasanya apabila
telahku pergi, akanku utuskan beliau kepada kamu”
2. Kemudian Isa Al-Masih menerangkan sifat pembawa hidayat itu dengan katanya: “Sesungguhnya
dia tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan daripada dirinya sendiri,
tetapi dia akan berkata-kata mengikut apa yang dia dengari daripada
wahyu”. (Yuhana 16/3)
Ini adalah suatu yang disifatkan oleh Allah swt mengenai Nabi saw di dalam Al-Quran di mana firmanNya bermaksud:
Tidaklah ia melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya. (An-Najm;4)
3. Di dalam Yuhana (14/16) berkata Isa Al-Masih: “Akan
daku memohon daripada Bapa, dia akan mengurniakan kepada kamu semua
Paracietus yang lain yang akan bersama kamu selama-lamanya”.
Perkataan
Paracletus dari segi lafaznya bererti Ahmad (Yang Terpuji). Inilah
adalah berbetulan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang
bermaksud:
Daku (Isa Al-Masih) membawa khabar gembira berkenaan rasul yang akan datang selepasku bernama Ahmad (As-Shaf:5)
4. Di dalam Matta (11/14) berkata Isa Al-Masih: “Sekiranya
kamu mahu menerima, maka inilah di Iliya yang teguh keazamannya, nanti
akan tiba kedatangannya, sesiapa yang mempunyai dua telinga hendaklah
dia dengar.”
Kiraan daripada jumlah huruf perkataan Iliya sama dengan kiraan jumlah perkataan Ahmad.
5. Di dalam Matta (17/11) berkata Isa Al-Masih: “Sesungguhnya Iliya akan tiba pertama kalinya dan dia akan mendatangi segala sesuatu.”
6.
Di dalam Matta (21/32) Selepas Isa Al-Masih membuat perumpaan seorang
tuan rumah yang menanam anggur dan menyerahkannya kepada penanam-penanam
anggur, Isa Al-Masih seterusnya berkata: “Adakah
tidak kamu baca di dalam kitab-kitab, sesungguhnya batu yang telah
dipinggirkan oleh pembina-pembina binaan telah menjadi tapak kepada
dinding-dinding bangunan daripada pihak tuhan. Ini merupakan suatu
perkara yang pelik dan pelik pada mata-mata kita. Kerana demikian daku
menegaskan kepada kamu, sesungguhnya kerajaan Allah akan dicabut
daripada kamu dan akan diberikan kepada umat yang mengusahakan
buah-buahnya. Barangsiapa jatuh ke atas batu tersebut dia akan hancur
dan barangsiapa yang ditimpa batu itu dia akan binasa”.
Batu
yand dimaksudkan oleh Isa Al-Masih itu merujuk kepada Nabi Ismail as
yang telah dipinggirkan bersama-sama ibunya oleh Sarah (Isteri Nabi
Ibrahim as). Adalah suatu perkara yang pelik di sisi BaniIsrael bahawa
kerajaan Allah akan dicabut dan diberikan kepada keturunan
saudara-saudara mereka iaitu bangsa Arab, sebagaimana juga merupakan
perkara pelik bagi mereka bahawa Hajar (Ibu Nabi Ismail as) bukanlah
seorang yang merdeka pada mula-mulanya, dia hanyalah hamba kepada Sarah.
Nabi saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as itulah yang
dimaksudkan dengan batu yang menjadi tapak binaan yang Allah swt reda
terhadap sesiapa yang mengikutinya dan membinasakan sesiapa yang ingkar
terhadapnya di dunia dan di akhirat.
7. Di dalam Yuhana (4/19,20,21) perbualan seorang perempuan dengan Isa Al-Masih di mana perempuan itu berkata kepada Al-Masih: “Wahai
penghuluku, aku meyakini bahawa engkau seorang nabi. Sesungguhnya datuk
moyang kami telah bersujud (sembahyang) pada bukit ini, dan engkau
sentiasa berkata: Sesungguhnya pada Urasyalem merupakan tempat yang
mesti dilakukan sujud padanya”. Lalu Al-Masih berkata kepadanya:
“Wahai
perempuan, percayalah kepadaku sesungguhnya akan tiba suatu masa yang
mana kamu tidak lagi bersujud padanya, tidak pada bukit ini dan tidak
pada Urasyalem”.
Ini
merupakan isyarat Nabi Isa as berkenaan pemalingan kiblat dan ianya
bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang berbunyi:
Akan berkata orang-orang bodoh dari kalangan manusia apakah yang memalingkan mereka (orang-orang yang beriman) daripada kiblat yang telah mereka berhadap ke arahnya (al-Baqarah;142)
hingga firmanNya berbunyi:
Sesungguhnya kerap kali kami telah melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang mengadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaa’bah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka-muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberikan Kitab (Yahudi dan Nasrani) megetahui bahawa ia adalah perintah benar dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang mereka lakukan (Al-Baqarah;144)
8. Di dalam Yuhana (15/26) berkata Isa Al-Masih mengenai Nabi saw, ujarnya: “Sekiranya datang ‘Munhamana’ dialah orang yang Allah swt utuskan kepada sekalian kamu.”
Perkataan
‘Munhamana’ yang merupakan bahasa Siryani secara lafaznya bererti
‘Muhammad’. Perlu diambil perhatian bahawanya perkhabaran Nabi Isa as
ini telah digugurkan daripada cetakan-cetakan baru bagi kitab Injil,
tetapi ianya masih terdapat di dalam cetakan-cetakan yang lama bagi
Kitab Injil.
9. Di dalam Yuhana (16/13) berbunyi: “Apabila
tibanya ruh kebenaran itu, maka dia akan memimpin kamu kepada seluruh
kebenaran kerana dia tidak mengeluarkan perkataan daripada dirinya
sendiri, bahkan dia berkata-kata mengenai apa yang dia dengari dan dia
akan memberitahu kamu tentang perkara-perkara yang akan berlaku.”
Perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnabas
Apa yang telah lalu merupakan isyarat-isyarat dan
perkhabaran-perkhabaran yang terdapat di dalam 4 buah kitab Injil yang
rasmi dan diakui di sisi kebanyakkan golongan-golongan Nasrani
(Kristian). Kita tidak terdedah sehingga sekarang kepada Injil-injil
yang tidak diakui oleh pihak gereja yang mana bilangannya lebih banyak,
di antaranya adalah Kitab ‘Injil Barhaba’ yang terdapat di dalamnya
khabar-khabar gembira mengenai Nabi Muhammad saw secara terang dan
jelas.
Di
dalamnya juga terdapat penegasan bahasa Isa Al-Masih adalah seorang
hamba Allah. Di sana terdapat kitab-kitab Injil yang lain yang wujud
pada kurun pertama dan ke-dua Masihi tetapi kemudiannya dibatalkan oleh
pihak gereja selain Injil Barnaba.
Di antara Injil-injil tersebut:
- Injil Abyon – Injil Tujuh Puluh
- Injil Yaakub – Injil Dua Belas
- Injil Thomas – Injil Peringatan
- Injil Nicodem – Injil Ibrani
- Injil Petros – Injil Mesir
- Injil Yason – Injil Many
- Injil Marqiune. –Injil Kehidupan
Yang
menguatkan kewujudan Injil Barnaba dalam usia yang lama bahawa di sana
terdapat catatan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua
Gereja Rom yang pertama iaitu Pope Glacius, telah menduduki kerusi Ketua
Gereja pada tahun 492 Masihi iaitu 79 tahun sebelum kelahiran Nabi
saw., di mana Baginda dilahirkan pada 571 Masihi. Pope berkenaan telah
menyenaraikan kitab-kitab Injil yang diharamkan membacanya, di antaranya
ialah kitab yang dipanggil Injil Barnaba.
Satu-satunya
naskhah yang tekenal sekarang adalah naskah Itali yang terapat di dalam
perpustakaan Di Raja Viena. Ia dianggap kesan sejarah yang paling
berharga di mana naskhah ini mempunyai 225 muka surat yang tebal
daripada kertas yang dibuat daripada kapas dan dijilid dengan kertas
yang kukuk serta dibalut dengan kulit. Orang pertama yang menjumpai
naskhah ini adalah Kremer, Menteri Raja Prusia sewaktu beliau menetap di
Amsterdam. Beliau meminjam naskhah berkenaan pada tahun 1709 Masihi
daripada perpustakaan salah seorang orang-orang kenamaan di Amsterdam.
Selepas empat tahun kemudian pembesar Holand ini telah menghadiahkan
naskhah terbabit kepada Prince Jugend Savoy yang berminat terhadap
kesan-kesan sejarah. Naskhah ini kemudiannya berpindah bersama
bahan-bahan perpustakaan Prince berkenaan ke perpustakaan di Raja Nemsa.
Klik imej untuk pembesaran. Manuskrip Injil Barnabas dalam bahasa Urdu yang menerangkan tentang Nabi Muhammad dan Islam. Lihat tanda-tanda merah dan hijau dalam manuskrip. Sumber: 4shared Document |
Sesungguhnya
telah didapati naskhah yang lain di Spanyol pada awal kurun ke-18 di
dalam 220 muka surat yang mengandungi 222 fasal. Naskhah ini telah
sampai ke tangan seorang orientalis bernama Sale, kemudiannya berpindah
ke tangan Doktor Mancius yang merupakan salah seorang anggota sebuah
fakulti di Oxford. Beliau lalu menterjemahkannya ke bahasa Inggeris.
Perkhabaran-perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba yang menyebut tentang Nabi saw adalah seperti berikut:
- Di dalam Barnabas (17/22-23) Isa Al-Masih berkata: “Akan datang selepasku kemegahan sekelian nabi-nabi dan wali-wali, dia akan keluar sebagai cahaya yang menerangi kegelapan-kegelapan yang menyulubungi perkataan para anbiya’, kerana dia adalah Rasulullah (utusan Allah).
- Di dalam Barnabas (36/6) Isa Al-Masih berkata: “Sesungguhnya telah datang segala anbiya’ kecuali Rasulullah yang akan datang selepasku, kerana bahawasanya Allah mengkehendaki berlakunya demikian sehinggalah aku yang akan menyediakan jalannya.”
- Di dalam Barnaba (42/13) ketika Isa Al-Masih di tanya adakah beliau rasul yang ditunggu-tunggukan itu? Beliau menjawab dengan katanya: “Sesunguhnya mukjizat-mukjizat yang Allah lakukan ke atas dua tanganku menunjukkan bahawa aku berkata-kata mengikut apa yang dikehendaki Allah. Tidaklah sekali-kali aku mengira diriku sebanding dengan orang yang kamu tanya mengenainya, kerana bahawasanya aku tidak layak untuk menghurai ikatan-ikatan kasut atau tali-tali sepatu Rasulullah yang kamu namakannya sebagai Mesiyyah (Utusan) itu. Dia dicipta sebelumku dan akan datang selepasku, dia akan membawa kata-kata kebenaran dan tidak ada bagi ugamanya itu kesudahan.”
Kebanyakan
teks-teks di atas dan juga kesemua teks-teks Injil Barnabas menerangkan
bahawa nabi yang ditunggu itu adalah Nabi Muhammad saw yang lahir
daripada keturunan Nabi Ismail as dan ugamanya akan tersebar luas lagi
diikuti, sedangkan kita tidak pernah mendengar tentang ugama yang
tersebar serata dunia setelah Nabi Isa as melainkan ugama Islam.
Perkhabaran-perkhabaran Di dalam Kitab-kitab Lain.
Bukanlah
kitab-kitab umat dahulu kala hanya terbatas kepada kitab-kitab suci
yang diturunkan daripada langit sahaja, bahkan termasuk di dalamnya
kitab-kitab yang menjangkau usia yang lama. Diantaranya ialah
kitab-kitab suci Ugama Hindu dan bilangannya amat banyak, tetapi secara
umumnya ia terbahagi kepada empat bahagian:
- Kitab Veda, yang bererti: Pengetahuan
- Upanisyad
- Purana, yang bererti : Usia Lampau
- Brahmana Granat
Sesungguhnya
kitab-kitab suci ini ditulis di dalam bahasa Sanskrit yang merupakan
bahasa India Kuno. Tidak mengetahui bahasa ini sekarang melainkan hanya
sami-sami Hindu.
Kitab Veda
adalah dianggap sebagai kitab yang paling suci di antara segala kitab
dan ia juga dikira sebagai kitab yang tertua di mana para ahli
cendiakawan mereka berselisih pendapat mengenai tarikh penulisannya.
Kebanyakan pendapat rata-rata mengatakan ianya ditulis sekitar 2000 atau
3000 tahun sebelum Masihi. Kitab Veda terbahagi kepada empat iaitu: Rig
Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.
Kitab Regweda dalam aksara Dewanagari dari abad ke-19 |
Di dalam Sama Veda (2:6,8) terdapat sebutan mengenai Nabi saw secara terang-terangan di mana teks itu berbunyi: “Telah
menerima Ahmad syariat ugamanya daripada tuhannya. Syariat ini
keseluruhannya adalah hikmat. Sesungguhnya aku akan menerima daripadanya
cahaya seperti cahaya matahari yang sempurna”.
Adapun Kitab Purana
yang boleh kita terjemahkannya sebagai “Kitab-kitab Orang Dahulu Kala”
disebabkan ertinya adalah “Usia Lampau”, ia merupakan kitab yang paling
banyak tersebar di antara kitab-kitab suci lain. Ia membicarakan tentang
cerita-cerita dongeng yang berkaitan dengan permulaan kejadian makhluk,
kehidupan dewa-dewa dan raja-raja. Ia merupakan kitab yang paling
banyak bilangannya, hampir empat puluh kitab semuanya.
Salah satu ilustrasi dalam kitab WarahaPurana - |
Di
antaranya himpunan kitab yang dinamakan “Maha Purana” yang bererti
Kitab Purana yang terbesar di mana ia terdiri daripada lapan belas buah
kitab. Di antaranya lagi himpunan kitab yang dinamakan Upa Purana iaitu
Kitab Purana tambahan atau yang kedua dan ia terdiri daripada 18 buah
kitab juga. Di sana terdapat empat buah kitab yang lain, salah satu
daripadanya yang akan kita perkatakan mengenainya iaitu Kitab Pahaveshia
Purana yang bererti “Purana Masa Hadapan”. Kitab ini menyebut tentang
Nabi Adam as dan Hawa dengan panggilan Adaman dan Haryavati dan juga
tentang keturunan mereka.
Kitab
ini juga menyebut tentang Nabi Isa as dengan panggilan “Anak Tuhan” dan
turut menyebut tentang Nabi Muhammad saw. Golongan Hindu menganggap
bahawa teks-teks tersebut suatu pembohongan yang diadakan dan dimasukkan
pada zaman Raja India bernama Akbar yang berusaha untuk menyatukan
semua ugama, tetapi mereka tidak mempunyai bukti terhadap perkara itu,
hanya dakwaan semata-mata. Sedangkan teks tersebut masih wujud sehingga
hari ini.
Berikut
adalah teks mengenai perkhabaran yang menyebut nama Nabi saw di dalam
kitab Pahaveshia Purana (Barti Saraj Barap ke-3: 303 ayat yang ke-5)
berbunyi:
Akan muncul Malitsyaha (seorang asing yang bukan berbangsa Hindi) sebagai guru rohani bersama pengikut-pengikutnya. Beliau dikenali dengan nama Muhammad Raja, setelah dianugerahkan Mahadeva berbangsa Arab ini pembasuhan di dalam Panjajavia dan air Janaj (penyucian daripada dosa). Sesungguhnya orang yang mempersembahkan hadiah-hadiah kepadanya menguatkan lagi kebenaran, dan aku melihatnya dengan penuh penghormatan sambil berkata:
“Aku jadikan bagi engkau segala kemuliaan, wahai kemegahan padang pasir! Wahai yang mendiami bumi Arab! Demi sesungguhnya engkau telah menghimpun kekuatan yang besar untuk memerangi syaitan dan engkau adalah terpelihara daripada musuh-musuh dari golongan Malitsyaha (orang-orang asing yang bukan berbangsa Hindi, yang dimaksudkan ialah golongan kafir Quraish). Wahai gambaran tuhan yang tertinggi dan tuhan yang terbesar! Aku adalah hamba kepadamu, pimpinlah daku seperti seorang yang tercampak diantara dua kakimu.
Sesungguhnya golongan Malitsyaha telah mengusir syaitan yang sesat (Abrahah berbangsa Habsyi) yang telahku bunuh dan akan muncul pada kali yang lain seorang yang diutuskan daripada musuh yang kuat supaya mereka dapat melihat jalan yang lurus dan supaya diberikan mereka hidayat yang diketahui melalui Muhammad yang aku berikan kepadanya gelaran Brahma. Dia seorang yang bertungkus lumus menarik golongan Bhesaji kepada jalan kebenaran.
Wahai Raja! Tidak perlu engkau pergi kepada bumi golongan Bhesaji yang jahil itu bahkan engkau menjadi sebagai seorang yang menyucikan dengan anugerahku di mana sahaja engkau berada”. Pada suatu malam dengan peraturan daripada langit akan adanya seorang lelaki yang bersangatan kuat. Di dalam rupa seorang Bhesaji dia berkata kepada Raja Yahuja: “Wahai Raja! Sesunggunya Aryadaharmak telah dicipta untuk menguasai seluruh ugama, tetapi sebagai menepati wasiat-wasiat Asywar Barmatama maka sesungguhnya aku akan menguatkan akidah yang teguh bagi golongan yang memakan daging. Sesungguhnya orang yang mengikutiku akan menjadi seorang lelaki yang berkhatan, tidak mempunyai ekor rambut (iaitu rambut yang dibuat oleh sami-sami di bahagian belakang seperti ekor) yang melepaskan janggut, lagi melakukan kebangkitan, yang melaungkan seruan kepada sembahyang dan dia akan menjadi seorang yang memakan yang halal, ia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak mencari kesucian pada tempat-tempat suci tetapi mereka menyucikan diri melalui peperangan dengan memerangi umat-umat yang tidak berugama. Sesungguhnya mereka dipanggil sebagai golongan Muslimani dan aku akan menjadi sebagai penegak kepada ugama ini yang merupakan ugama bagi umat yang memakan daging.
Telah benar Allah Yang Maha Agung di mana dia berfirman:
Sesungguhnya demikian itu ada tersebut di dalam kitab-kitab orang yang dahulu kala. (As-syu’ara : 196).
Seorang
pendita hindu bernama Propesor Pandit Vedaprakash Upadhyay telah
mengarang sebuah buku yang diberi tajuk: ‘Penjelmaan Kalki’ dan beliau
menyebut di dalamnya bahawa kitab-kitab suci mereka menyebut bahawa nama
bapa “Kalki” ialah “Bhagath Vishnu” yang bermaksud: “Hamba tuhan” di
mana Vishnu bererti “tuhan” dan Bhagath bererti ‘hamba’. Ini menepati
nama bapa Nabi saw iaitu Abdullah (Hamba Allah), sebagaimana nama ibu
Kalki pula ialah Sumanib yang bermaksud: Ketenangan, kesejahteraan atau
keamanan. Ini menepati nama ibu Nabi saw iaiti Aminah. Di antara
sifat-sifat Kalki ialah beliau mempunyai kuda yang boleh terbang ke
permukaan langit dan ini menepati binatang Buraq, sebagaimana Kalki
adalah dilahirkan dikepulauan pada hari yang ke-12. Sesungguhnya Nabi
saw juga lahir pada kepulauan Arab pada hari yang kedua belas Rabiul
Awal. Disebut juga bahawa makanan Kalki adalah buah tamar dan zaitun dan
beliau adalah manusia yang paling benar, paling beramanah dan beliau
sentiasa membawa pedang.
Sememangnya
penganut-penganut Hindu menyandarkan di dalam kitab-kitab mereka
kepercayaan terhadap dewa-dewa dan kepercayaan-kepercayaan karut, mereka
juga mempercayai bahawa Kalki itu adalah jelmaan dewa-dewa, dia adalah
yang awal dan yang akhir di mana dia adalah dewa yang sangat berkuasa,
di lahirkan dari keluarga Hindu.
Tulisan
ini merupakan tinjauan terhadap perkhabaran-perkhabaran gembira yang
terdapat di dalam kitab-kitab suci di sisi umat-umat yang terdahulu.
Semoga Allah memberi hidayat dengannya kepada mereka yang masih tidak
beriman dengan Nabi kesudahan yang dijanjikan iaitu Muhammad saw dan
Semoga Allah menambahkan keyakinan kepada orang-orang yang mengikutinya
terhadap ugama mereka sehingga mereka akan mewarisi bumi keseluruhannya,
menepati firman Allah yang berbunyi:
Supaya menjadi yakin oleh mereka yang diberikan kitab dan bertambah keimanan orang-orang yang telah beriman dan supaya tidak merasa ragu oleh orang-orang yang diberikan kitab dan orang-orang yang beriman. (Al-Mudassir : 31)
DARIPADA MAJALAH “AN-NUR AL-MUHAMMADI” Bilangan ke-4,2007M/1428H)
Keluaran : Maktabah Darul Jawamiul Kalim
Penterjemah:
Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim
Jun 2009M / Jumada Akhir 1430H