Kata Pepatah Orang Puteh:
"Jika kita boleh menang dengan musuh kita akan terus BERLAWAN, jika kita rasa kita boleh kalah musuh kita buat KAWAN".
Penulis amat tertarik dengan Anwar yang menawarkan "Permufakatan Nasional", bagi membendung gejala yang boleh menjurus kepada kehancuran negara.
Perbalahan antara umat islam dan penganut kristian berkaitan dengan
penggunaan kalimah Allah, desakan pelampau melayu Perkasa, selain ugutan
kononnya ada usaha menukar agama persekutuan daripada islam kepada
agama lain; antara faktor yang dilihat Ketua Pembangkang itu untuk
mengwujudkan permaufakatan nasional.
Sejak Anwar melontar pelawaan itu dua hari lalu, hanya seorang pemimpin
Bn atau Umno yang memberi kenyataan bersetuju dengan pelawaan itu.
Pemimpin Bn atau Umno itu adalah Dato Zahid Hamidi yang juga menteri
dalam negeri dan mempunyai kedudukan Naib Presiden Umno.
Zahid memang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, semasa Anwar masih dalam Umno.
AYT masih muskil, mengapa hanya Zahid yang memberi reaksi positif
terhadap pelawaan Anwar itu? Apa kah pemimpin lain, masih meragui
pelawaan itu? kerana latar belakang Anwar, walaupun perjuangannya jelas,
namun banyak keraguan atau tidak ikhlas.
Para pemimpin Umno yang ada sekarang pernah berkhidmat semasa Anwar
menjadi Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Perdana Menteri, kecuali
pemimpin muda seperti Dato Rahman Dahalan, Dato Razali Ibrahim atau
Khairy Jamaluddin.
Sejak Anwar melontar idea itu, tiada seorangpun pemimpin daripada
Pakatan Rakyat sendiri memberi kenyataan menyokong atau menolak,
sebaliknya semua berdiam diri; sama halnya dengan pemimpin BN.
Atau ramai yang menganggap bahawa pelawaan Anwar itu dianggap sebagai
gimik politik oleh setengah pihak; kerana Anwar mahu menuntup aibnya
sendiri ekoran larangan kerajaan Jepun memasuki negara itu, sehingga
aibnya yang dipenjarakan pada tahun 1999 dikorek semula.
Atau para pemimpin lain merasa bahawa pelawaan Anwar itu mendahului
pemikiran mereka, sehingga mereka menganggap pelawaan itu tidak perlu
dilayan, kerana ianya memberi merit positif kepada Anwar?
AYT melihat, jika pelawaan Anwar itu disambut baik oleh BN atau pemimpin
PR, maka akan menjadi catatan sejarah bahawa punca huruhara politik
yang berlaku di negara ini sejak tahun 1998 yang disebabkan oleh Anwar,
maka mengembalikan keadaan aman damai dalam negara juga disebabkan oleh
Anwar sendiri.
Di sini lah akan terlihat ego masing-masing pemimpin dalam negara ini;
apa kah mereka akan mengorbankan ego mereka demi kemakmuran, keamanan
negara yang didiami berbilang kaum dan agama atau RAKYAT mulai sedar yang hanya ada seorang banduan yang di beri keistimewaan melampau sehingga menjurus Negara kepada PERANG SAUDARA. Lihat semula dari belakang, siapakah yang memulakannya?
AMUKANMELAYU - Mandela di penjara kerana DASAR APARTED, berbeza....berbeza....Anwar di penjara kerana KESALAHANNYA di bawah Undang-undang Malaysia. Jika undang-undang HUDUD rasanya sudah tiada lagi orang kena halau di Airport.