Kata Anwar: Jana Perubahan dan Kepedulian Rakyat
Keputusan ADUN Kajang meletakkan jawatan dan seterusnya memberikan
laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di bawah kerusi yang
dikosongkan mengejutkan ramai pihak termasuk dalam kalangan penyokong
dan pemimpin Pakatan sendiri. Beberapa pemimpin Pakatan terutama dari
PAS Selangor begitu lantang mempersoalkan tindakan PKR itu.
Ramai yang merasakan tindakan yang dilakukan PKR ini adalah satu
pembaziran nyata wang rakyat. PKR dilihat hipokrit apabila bertindak
bertentangan dengan prinsip 'penjimatan' duit rakyat yang kononnya
diperjuangkan selama ini. Adakah tindakan mengadakan semula pilihanraya
kecil hanya kerana soal dalaman parti membuatkan 'pembaziran'
pilihanraya ini halal bagi mereka?
Jawapan Anwar dalam laman twitternya apabila ditanya sebab bertanding di
Kajang ialah "Menjana perubahan dan kepedulian permasalahan rakyat ".
Adakah Anwar secara tidak lagsung cuba mengatakan bahawa ADUN Kajang PKR
yang dipilih rakyat kawasan itu tidak kompetatif? Adakah ADUN Kajang
yang meletakkan jawatan itu tidak membawa perubahan dan masalah
masyarakat di kawasan itu tidak dipedulikan selama ini?
KATA AZMIN - ANWAR PEMIMPIN DUNIA
KATA TUN M - MALAS NAK KOMEN......
Beliau berkata, Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan
menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan rakyat.
Beliau menyatakan demikian semasa ditemu bual dalam program Dalam Radar
Khas di konti Radio24 di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Bernama) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
KATA NIK AZIZ - "Muak Laporan Manipulasi Demokrasi" UMNO JANGAN LETAK CALON DI KAJANG
"TOK GURU" |
Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menjelaskan tidak tahu tentang strategi atau isu yang berlaku di sebalik pengosongan itu dan menunggu jawapan penjelasan PKR yang menurutnya tentu mempunyai sebab tertentu.
“Saya suka mencabar Umno dan BN, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti,” katanya.
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, beliau mengingatkan tentang pertukaran kerajaan di Perak pada 2009 yang didakwanya membelakangkan demokrasi dan rampasan kerajaan melalui pintu belakang.
“Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu.
Beliau juga berkata, sikap PAS berhubung perkembangan terbaru ini wajar diputuskan oleh presiden PAS selaku kuasa eksekutif parti berdasarkan pertimbangan semasa.
KATA KJ - MOLEK Tabalkan Anwar sebagai 'Sultan Melaka' ..
UNTUK MENGATASI NAJIB elok rasanya Anwar di Tabalkan Sebagai SULTAN MELAKA |
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.
“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.
Tian Chua Mengadap Sultan Melaka |
Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’. Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.
Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.
“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.
Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.
“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.
Disebabkan isu perletakan jawatan dan pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu tindakan yang bijak.
Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan.
KATA RAKYAT - BACA SENDIRI
Mohd Salihin Nadzari : Lantik Anwar bertanding. Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka. Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah. Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang.
Harimau Malaya II: Kenapa perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun Kajang?
Harimau Malaya II : KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ......RENUNGKAN
Triton Hilux : Tak tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)
Suzana Elani : duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN
RAKYAT SELANGOR SANGAT BIJAKSANA
عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ
الخُدْرِيِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا
بِشِبْرٍوَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي حُجْرِ ضَبٍّ
لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ ؛ قُلْنَا: يَارَسُولَ الله (ص) اليَهُودُ وَالنَّصَارَى؟
قَالَ: فَمَنْ؟
(رواه مسلم) Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani
tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”.
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan
datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong
bagimu. ” [Al Baqarah 120]
Kaum Yahudi
dan Nasrani tak akan senang hingga ummat Islam mengikuti agama mereka.
Minimal mengikuti sistem politik mereka seperti demokrasi. Dengan sistem
ini, boleh dikata 99% dari puluhanribu pemilih tidak mengenal secara
pribadi calon pemimpin yang akan dipilih.
Akibatnya hanya calon pemimpin yang
mengeluarkan dana besar saja (Puluhan Juta Ringgit) yang mampu merebut undi dalam kempenya dan iklan di berbagai media massa. Celakanya
darimana dana untuk MERASUAH PENGUNDI ini?. Akhirnya pemimpin ini cuma menjadi pemimpin boneka kepada KAPITALIS dan MUSUH-MUSUH ISLAM yang
terkesan adalah JENERASI ISLAMELAYU kini dan akan datang.
Dulu bajal PM, sekarang bakal MB |
Namun berbanding membolehkan rakyat melihat dan merumuskan sendiri gelagat serta tindak tanduk golongan lapar kuasa, PKR yang sangat bijaksana segera menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menghalakan pemikiran rakyat Selangor mengikut arah yang mereka perlukan.
Inilah tahap kebijaksanaan yang perlu dicatatkan dalam sejarah negara. Belum pernah ada mana-mana pihak yang berani berterus-terang dalam melakukan pembohongan dan melakukan pembelitan ketara. Fakta-fakta sebenar tidak dipedulikan kerana yang hanya terpakai adalah rumusan terakhir.
Atas kesedaran tinggi itulah, para penyokong mereka yang juga tidak mahu ketinggalan daripada dikatakan bijaksana, akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi termasuklah memanjangkan lagi teori-teori kebijaksanaan menurut kemampuan mereka. Dan samalah seperti pemimpin-pemimpin mereka, para penyokong juga tidak akan segan silu memutarbelitkan fakta, atau mengada-adakan fakta baru walaupun terpaksa mengambil kredit atas usaha pihak lawan sepertimana mereka berbangga-bangga dengan Selangor sebagai negeri maju.
Terbaru ialah, penggunaan nama Tun Dr. Mahathir pula yang diseret menunjukkan tahap kebijaksanaan mereka, saling tidak ubah seperti Bani Israel yang membunuh para Nabi dan Rasul untuk memastikan pembetulan agama Yahudi yang mereka lakukan menerusi penulisan semula Taurat. Bani Israel dianggap sebagai golongan manusia yang paling bijaksana di muka bumi ini. Ada teori yang menyatakan, kebijaksanaan tersebut berakar umbi daripada manna dan salwa yang Allah Taala turunkan kepada mereka ketika mereka tersesat selama lebih 40 tahun. Hanya Bani Israel yang pernah melihat dan mencecapi manna dan salwa berbanding kelompok manusia lain di muka bumi ini.
Justeru, hendaklah kita menghormati para pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat Selangor kerana mereka tersangat bijak berbanding mana-mana orang di Malaysia ini! -
APASAL PLAK Rafizi Ramli Mohon Maaf.........
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli
memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya pengundi di Kajang yang
terpaksa melalui satu pilihan raya kecil yang tentunya akan memakan masa
dan wang rakyat ketika mana rakyat sedang mengharungi kesukaran
ekonomi.
"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.
ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".
Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu tetapi meminta masa dan ruang untuk mewajarkannya.
Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat sebagai berpuak-puak dan mengecewakan rakyat dan menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sebelum ini.
Jelas Rafizi, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.
Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya.
"Selangor harus lebih baik daripada hari ini sekiranya ia mahu jadi wadah Pakatan dalam usahanya menawan Putrajaya," katanya.
Rafizi menyamakan strategi Pakatan Rakyat itu dengan strategi politik Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa menjadi Datuk Bandar Istanbul dan bekas Datuk Bandar Solo, Joko Widodo yang disebut-sebut bakal calon Presiden Indonesia yang berpindah untuk jadi Gabenor Jakarta.
Beliau mengakui pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menunjukkan prestasi yang baik sejak enam tahun lalu namun ia berdepan cabaran baru daripada UMNO.
Jelas beliau, keputusan meletakkan Anwar bertanding di DUN Kajang adalah untuk menyediakan pilihan kepimpinan sekiranya ada keperluan nanti.
"Adakah ini bermakna akan ada perubahan kepimpinan dalam kerajaan Selangor? Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi kita ada pilihan untuk mengoptimumkan potensi kepimpinan sekiranya UMNO membuat onar," katanya.
Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berpendapat bahawa rakyat Malaysia harus mengeluarkan mesej yang jelas bahawa hak untuk pembangunan rakyat bukan lagi monopoli parti politik.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam Analisis AWANI.
Yusmadi berkata pencalonan Anwar oleh PKR menampakkan bahawa Malaysia berada di dalam tahap politik yang tidak memberi satu harapan langkah jauh.
"Harapan rakyat yang diangkat amat tinggi, tetapi apabila kita keputusan-keputusan begini dibuat, ini bukan politik baru tetapi permainan politik baru. Sebuah parti (PKR) yang mempunyai pengalaman memerintah, saya mohon, bukan ini caranya.
"Hak memilik calon adalah hak parti politik, hak memilih adalah hak rakyat." tambahnya.
AMUKANMELAYU - Adakah ini PEMIMPIN pilihan RAKYAT Selangor?

JANJI ANWAR - SAYA AKAN TURUNKAN HARGA SATAY
Anwar 18.8.12: I will retire if PR loses the election and become a professor.
Anwar 7.5.13: I am not retiring. We only lost because of the Bangalas and blackouts.
Anwar 20.11.13: I never said there were Bangalas. Tu semua fitnah jahat UMNO!
Anwar 27.1.14: I will NOT contest in the Kajang by-election.
Anwar 28.1.14: I hereby declare my candidacy for the Kajang by-election.
Anwar 28.1.14: Khalid will stay as MB. I will not take over.
Anwar xx.2.14: Screw Khalid. I am the best MB for the state. RM2 billion will be 'spent wisely'.
AMUKANMELAYU - Adakah ini PEMIMPIN pilihan RAKYAT Selangor?