,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 14 January 2014

PEMUDA UMNO - "lifestyle" membawa padah



Blogger Pro UMNO Ancaman Kepada Negara, Mengugut Untuk Memberontak Jika Tidak Diberi Bayaran Lumayan - Ibdillah Ishak??

"Kami juga bersetuju dengan pandangan YBhg. Sdr Ibdillah yang melahirkan rasa kurang senangnya dengan gelagat bloggers pro UMNO yang suka meminta upah untuk menjatuhkan pemimpin dan personalit awam. Bloggers pro UMNO juga tiada pernah merasa bertanggung jawab terhadap kesan posting - posting mereka yang dipenuhi dengan adegan lucah, seks dan pekara-pekara yang tidak sehonoh.
Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari."
Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Rembau Times yang mendedahkan rupanya selama ini Blogger Pro UMNO dibayar oleh Kerajaan. Kenyataan itu sebelum ini pernah disebut oleh Pengerusi Media Baru PPUM yang diagungkan oleh Rembau Times tetapi dinafikan oleh Ibdil menyatakan beliau tidak pernah menyebut demikian tapi hari ini keluar balik kenyataan itu tapi dari siapa... Ibdil atau KJ?
"Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari.

Akan tetapi, pembahruan yang cuba dilakukan oleh YBhg. Sdr Ibdillah mendapat tentangan yang cukup kuat dari golongan bloggers pro UMNO ini. Mereka tetap mahu untuk mengeluarkan posting yang penuh dengan berita berunsur fitnah, maksiat dan hasutan. Mereka mendesak dibayar dengan gaji yang lumayan dan mengugut akan memberontak jikalau desakan itu gagal ditunaikan."
Kahkahkah.....mcambudak-budak
Demi mempertahankan Ibdil Rembau Time telah menuduh Blogger Pro UMNO mengugut, memfitnah dan akan memberontak jika tidak diberikan bayaran lumayan... Benarkan begitu? Siapa Blogger yang meminta bayaran tersebut dan mengapa Ibdil tidak membuat laporan polis jika diugut?  


"Dalam pada itu, krisis yang serupa melanda Pejabat Perdana Menteri. Disebabkan ada segelintir bloggers yang merasa kecewa ataupun telah disuap oleh golongan yang anti-Najib, maka mereka telah bertindak diluar batasan untuk memfitnah Dato Seri Najib bersama isterinya dan merendahkan martabat pemimpin negara dikalangan rakyat mahrean. Pekara lapuk dan dakyah ekonomi songsang telah dibawa mereka untuk memberi gambaran seolah-olah Dato Seri Najib tidak arif dalam mengurus ekonomi negara, malah telah menidakkan usaha Perdana Menteri dalam merendahkan kadar defisit negara sebagai tindakan ala "penny wise, pound foolish".
PEMANDU - PENASIHAT EKONOMI PM
Rembau Time juga ada menyebut Blogger yang kecewa ataupun telah dibayar oleh golongan anti Najib bertindak luar batasan memfitnah PM Najib dan Isterinya... Disini sekali lagi jika benar ada bukti mengapa Ibdil tidak laporkan kepada polis atau SKMM dan isu ini rasanya Papa Gomo boleh jelaskan kenapa PMO diserang kot?
"Boboy RISAU takut kedudukan PM menjadi goyah."
"Oleh demikian, kami berharap kedua dua pihak dapat menasihatkan Jemaah Menteri dan Majilis Tertinggi UMNO supaya mengguna pakai apa jua peruntukan untuk melawan balik ancaman bloggers pro UMNO. Jangan biarkan pemberontakan ini mendapat tempat dan hati dikalangan masyarakat mahrean dan pembesar UMNO sehingga kedudukan PM menjadi goyah."
Dan akhir sekali merupakan Part yang paling menarik bila mereka meminta Jemaah Menteri dan MT UMNO menggunakan segala peruntukan yang ada untuk melawan balik Blogger dan menuduh Blogger Pro UMNO sebagai Ancaman Negara... WooooWWWWWW!!! Hebat!!

Oleh itu kepada sesiapa blogger dan pengamal media  yang baca blog aku hari ini kita sama-sama mintak Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengemukakan bukti apa yang disebut oleh Rembau Times itu yang menuduh Blogger Pro UMNO sebagai Ancaman Kepada Negara, Mengugut dan Memfitnah beliau.

Jika tidak ada maka Ibdillah telah berbohong dan dengan sengaja mahu menafikan peranan blogger Pro UMNO yang selama ini telah melakukan apa sahaja untuk mempertahankan UMNO. 

Jika Ibdilah tidak mengatakan demikian maka Ibdillah Ishak Wajib Menyaman The Rembau Times dan buktikan bahawa apa yang dikatakan itu tidak benar!! Silakan


PEMIMPIN UMNO Sengaja Tunjuk Kekayaan dan Gaya ELIT Di Saat Rakyat Memberontak Hidup Dalam Kesusahan


LIFTSTAYLE - Mat-mat Poyo PEMUDA UMNO

Di saat rakyat dalam negara ini berada dalam kesulitan dihimpit dengan kesempitan hidup masih ada lagi Pemimpin UMNO Bodoh  yang menunjuk-nunjuk kemewahan dan Gaya Hidup Elit kepada masyarakat.
Kenapa Rakyat marah sangat?
UMNO semakin hari semakin dibenci oleh rakyat dam setiap hari kebencian itu meluap-luap akibat daripada provokasi yang danjurkan parti pembangkang hinggakan apa sahaja yang tidak kena dihati mereka maka kerajaan adalah penyebabnya.
Kebencian itu datang dari mana? Salah satu penyebabnya adalajlagak gaya hidup mewah PEMIMPIN UMNO  yang sengaja menunjuk-nujuk kerana itu adalah #LIFSTYLE mereka dan kononnya dengan gaya itu dapat menarik golongan muda untuk bersama mereka seterusnya dapat memenangkan UMNO BN pada Pilihanraya akan datang.
Perkara ini sudah lama berlaku tetapi sejak akhir-akhir ini ia menjadi RASMI apabila KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA yang juga MENTERI BELIA DAN SUKAN iaitu YB KHAIRY JAMALUDDIN melantik "Ibdilillah Ishak " untuk menjadi ketua atau Panglima kepada BIRO MEDIA BARU PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Apa sebenarnya tujuan Khairy KJ melantik mamat ini tidak dapat diketahui namun yang pastinya ia telah memberikan imej buruk kepada PEMUDA UMNO.

Lihat sahaja kebelakangan ini dimana sahaja ada program UMNO Malaysia sudah pasti ianya menjadi bahan serangan bukan sahaja dari parti pembangkang tetapi dari AHLI UMNO sendiri.
Mengapa ianya terjadi? Sebab kebodohan +Ibdilillah Ishak yang dengan sengaja menghina Pejuang-Pejuang Maya dengan mengepikan peranan mereka selama bertahun-tahun lamanya berjuang dalam UMNO tanpa bayaran tetapi +Ibdilillah Ishak mengiayakannya dan sehingga hari ini si Mamat ini mengakuinya bila bersembang degan orang ramai.

Bila di depan pengamal Media Si Ibdil ini tidak akan mengaku tetapi bila bersembang dengan orang lain berbagai-nagai perkara buruk tentang pengamal media diceritakan. Apakah Si  ini ingat mereka-mereka itu bodoh seperti kebodohan dan lagaknya!!

KJ - Ibdilillah Ishak belajaq dari Aku
Samada Khairy KJ Mahu mengaku atau tidak ini satu kesilapan itu terpulang keapdanya tetapi apa yang bakal berlaku jika +Ibdilillah Ishak  ini tidak disingkirkan dari kepimpinan UMNO sudah pasti ianya akan menjadi titik kelemahan yang menjadi serangan musuh hingga boleh mengakibatkan masalah besar keapada UMNO satu hari nanti.

Imgatlah KHAIRY KJ !!! Rakyat benci melihat gaya hidup yang kamu dan pemimpin kamu angungkan ketika ini!! 
Apa sekalipun niat kamu atau mungkin kamu mahu melihat kerajaan ini tumbang dengan melatakkan si IBDIL ini didalam pemerintahan UMNO, Pejuang-pejuang UMNO takan berdiam diri dan jangan salahkan mereka jika serangan demi serangan menghala kearah kamu kerana kebodohan IBDILLAH ini



AMUKANMELAYU - Rakyat tengah marah.....berhati-hatilah jika nak keluaq kenyataan.