,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 22 January 2014

Akibat Perbuatan Bodoh - TAK TOLONG TIDAK MENGAPA, TAPI JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT

 

AMK hantar memo, desak k’jaan Jepun mohon maaf

(Azuan Ab Rahman)
IMG_0447
Add caption
KUALA LUMPUR 21 JAN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini menghantar memorandum ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan menghalang Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki negara itu 19 Januari lalu.

AMK menuntut kedutaan Jepun segera memberi penjelasan serta memohon maaf atas insiden yang seharusnya tidak berlaku itu.
“Tindakan kerajaan Jepun berlebihan, tidak wajar serta menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia.


“Artikel tersebut menyatakan setiap orang mempunyai hak kebebasan bergerak dan bermastautin dalam sempadan sesebuah negara serta, meninggalkan mana-mana negara termasuk negaranya sendiri serta kembali semula ke negaranya,” kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin

Shamsul hadir bersama pimpinan AMK menyerahkan memorandum pagi ini kepada dua pegawai kedutaanJepun, Takaharu Suegami dan Masahiro Takehawa.
Sementara itu di Johor Bahru semalam. AMK Johor turut menyerahkan memorandum ke pejabat Konsulat Jepun di Jalan Abdullah Ibrahim.
Dalam kenyataannya, tindakan kerajaan Jepun itu seolah-olah tunduk kepada tekanan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
LAMPU MERAH di bakar
“(Tindakan) ini tidak adil kerana bermotifkan politik. Kerajaan Jepun sepatutnya lebih berwaspada terhadap sensitivti politik di Malaysia.
“Ini boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Jepun kerana majoriti 53 peratus rakyat Malaysia menolak kepimpinan Najib Razak pada pilihan raya lalum” kenyataan tersebut dipetik.

Cerita Murni Hayati Pelajar Malaysia Di Jepun



Puak PKR semalam berdemo menunjukkan kebodohan mereka dengan hendak boikot Jepun katanya. Silakanlah dan kami sesekali tak akan ikut buat kerja sia-sia yang tak beri makna itu.

Kita perlu sedar bahawa jika negara Malaysia memboikot Jepun takde memberi sebarang impak yang ketara rasanya

Namun yang memberi risiko ialah kepada rakyat Malaysia terutamanya orang melayu yang banyak kerja di sektor perindustrian dan juga perdangan di sini. Jika Jepun boikot malaysia,majority kilang akan tutup dan semua barangan yang di beri diskaun akan naik oleh Jepun dan pelabur jepun akan tarik diri dan ekonomi Malaysia boleh lumpuh.


Kadar pengangguran sudah pasti akan bertambah dan siapa yang nak bertanggungjawab nanti? AMK? PKR?

Memang bangang la puak PKR. Puak mereka inilah yang sebenarnya menyusahkan rakyat Malaysia.

Nama Malaysia pun dah tentu sedikit busuk di mata rakyat Jepun punya akibat tindakan tak bertamadun puak kera ini


BERSIH tawan Masjid Nabawi

Permohonan kuota tambahan haji yang dikemukakan Kerajaan Malaysia pada tahun ini telah ditolak Kerajaan Arab Saudi disebabkan demontrasi BERSIH 3.0 yang dilakukan Pakatan Pembangkang di Mekah dan Madinah pada 26 April 2012 lalu.

Perkara ini didedahkan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat selepas didesak Datuk Ibrahim.

Nota bertarikh 28 Mei itu menyebut Kerajaan Arab Saudi meminta Kerajaan Malaysia menghormati undang-undang negara berkenaan dan mendesak jemaah haji negara ini mengelak daripada terlibat dengan sebarang aktiviti politik, mencetak dan berhimpun di Mekah dan Madinah.

BERSIH - Kotorkan Bumi Madinah

Ternyata kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kuota haji tambahan akibat daripada perbuatan segelintir Pakatan Pembangkang yang mengadakan demontrasi BERSIH 3.0 di Mekah kini menjadi nyata. Akibatnya rakyat Malaysia yang berkeinginan mahu menunaikan haji terpaksa menunggu 35 tahun, iaitu tempoh seseorang itu menunggu giliran pergi haji.

Perkara ini amat memalukan Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam. Sebelum kejadian, Malaysia selaku sebuah negara yang mempunyai hubungan akrab dengan Kerajaan Arab Saudi telah menerima kuota tambahan haji sebanyak 10,000 pada tahun sebelumnya. Namun, disebabkan tingkahlaku Pakatan Pembangkang di negara Arab Saudi itu, kuota tambahan itu terpaksa ditolak tahun ini.

Keputusan itu menyaksikan Kerajaan Arab Saudi tidak senang dengan perbuatan segelintir penyokong Pakatan Pembangkang. Akibatnya, Malaysia kerugian kuota tambahan dan rakyat Malaysia yang berniat mahu menunaikan haji menerusi kuota tambahan itu terpaksa berputih mata.

Kerajaan Malaysia terpaksa mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan Duta Besar di Malaysia bagi menjelaskan perkara sebenar dan memberi jaminan perkara itu tidak akan berulang lagi.


AMUKANMELAYU - Nak tanya satu saja, kenapa nak menyusahkan semua orang. Kalu tak suka dengan BN...pi la BELASAH BN, MP dan ADUNnya.....janganlah menyusahkan kami. Kami dah penat dengan semua bende sekarang ni.....menang PRU pun MP dan ADUNnya bukan buat apa pun... sama saja BN dan PR.