,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 25 January 2014

PERISTIWA 2 HARUN PERINGATAN KEPADA PAS DAN KESELURUHAN ISLAMELAYU MALAYSIA


Ayahanda Tun Mahathir meziarah Tuan Guru Haron Din..


Tun Dr Mahathir sempat menziarahi Tuan Guru Haron Din di Institut Jantung Negara pagi tadi bagi bertanya khabar dan melihat sendiri tahap kesihatan Ustaz Haron Din.

Dimaklumkan keadaan TG Haron Din semakin stabil dan dijangkan akan terus menjalani rawatan dan berehat di hospital tersebut.

Musuh Islam pasti akan sakit mata sakit hati melihat kemesraan dan perhubungan baik yg dijalinkan oleh 2 pemimpin terbilang ini,


MASUK HOSPITAL - Tuan Guru Haron Din stabil, Tuan Guru Harun Taib belum sedarkan diri

Tuan Guru Dato' Haron Din di IJN, Beliau dilaporkan stabil
OLAK LEMPIT – Dari dua peristiwa ini hendaknya menjadi perungatan kepada kita amnya dan KHASNYA kepada  PENGIKUT PAS dan Khususnya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa sebelum ini menyelar ketegasan JAIS merampas Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH sebagai perbuatan yang akan memburukkan sifat rahmat Islam kepada semua penganut agama.  Khalid Samad dan Husam turut menyebelahi Kristian.

Bukan sekali, tetapi dua hari berturut-turut Mujahid 'menyerang' JAIS seolah-olah memperlihat beliau mahu melepaskan geram di mana dalam kenyataannya sebelum itu, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan pendekatan kasar digunakan ke atas masyarakat Kristian. Mujahid pernah dipetik sebagai berkata: "Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya. Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? JAIS patut malu." katanya.


Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Hadis di atas memperlihatkan dengan jelas kepada kita yang Allah menghilangkan Ilmu dari manusia dengan mematikan ULAMAK. Adakah mereka ini yang kunonnya amat arif dan alim dalam hukum hakam dan Ayat-ayat Allah dan Hadis bermain dibibir PATUH kepada ULAMAK? Mak inilah manusia yang di katakan Gunting dalam Lipatan dan lihat Ayat  di bawah ini:

Apa yang maksudkan dengan ayat di sebelah ini

“Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana.” Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka karena itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.” [Al Maa-idah 52]


Dajjal juga akan diikuti 70 ribu kaum Yahudi Isfahan yang memakai pakaian pendeta:
Dari Anas r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Yang mengikuti Dajjal dari golongan kaum Yahudi Isfahan itu ada sebanyak tujuh puluh ribu orang. Mereka itu mengenakan pakaian kependetaan.” (Riwayat Muslim)

Dajjal ini akan dibantu oleh kaum Munafik. Ummat Islam mengira mereka adalah Islam. Padahal mereka adalah pembantu Yahudi dan Nasrani yang memerangi ummat Islam:

Nabi saw bersabda, “Kiamat tidak datang sehingga ada dua kelompok besar yang saling memerangi. Korban dari kedua belah pihak berjumlah besar, seruan mereka satu. Dan Kiamat tidak datang sehingga muncul para dajjal pendusta, mendekati 30 semuanya mengaku bahwa dirinya adalah nabi… “ Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

INI PULA HUKUM MASUK GEREJA yang tidak pernah di buat Nabi dan Ulamak PAS yang lain:

Pertanyaan:
Assalamu’alaikum
Apa hukum masuk gereja atau tempat peribadatan non muslim lainnya?
Terima kasih.
Dari: Arriqa

Jawaban:
Wa’alaikumussalam
Bismillah was shalatu was salamu ’ala rasulillah
Sebagian ulama melarang secara mutlak memasuki gereja. Mereka berdalil dengan firman Allah,


لاَتَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا وَاللهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

 Ertinya,
Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguh- nya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya.” (QS. At Taubah: 108)

Penjelasan,
Sekembalinya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari perang Tabuk, orang-orang munafik semakin pupus harapan untuk bisa mengalahkan kaum muslimin. Akhirnya mereka mendirikan sebuah masjid dalam rangka memecah belah barisan kaum muslimin. Masjid ini dikenal dengan masjid dhirar. Ayat ini turun sebagai larangan Allah kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat radhiallahu ‘anhum untuk melaksanakan shalat di masjid tersebut dan diperintahkan agar masjid tersebut dihancurkan.

Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dilarang untuk masuk dan shalat di masjid dhirar, yang dibangun untuk tujuan makar dalam rangka merusak barisan kaum muslimin, padahal itu berupa masjid maka lebih terlarang lagi jika itu adalah gereja. Sementara Gereja itu murni dibangun semata-mata untuk maksiat kepada Allah. Dengan itu Ulamak Berpendapat Orang Islam yang masuk Gereja adalah salah.

 


TG Ust Harun Taib belum sedar sejak maghrib kelmarin

Berbalik kepada ke adaan 2 Harun, media sosial hari ini melaporkan Harun telah ditahan di wad terbabit sejak semalam dan telah menerima rawatan.

Menurut sumber itu lagi, perkara tersebut juga telah disahkan oleh anak beliau, Hamdi Harun.

Selain itu, sumber itu juga menyatakan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan stabil.

FB Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official) menyatakan Alhamdulillah, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din beransur pulih. Tuan Guru masih sedang mendapatkan rawatan kerana kesihatan yang sedikit terganggu, namun tidak sekritikal seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa memohon agar Allah mengurniakan kesihatan dan kekuatan yang berpanjangan demi perjuangan Tuan Guru menyebarkan ajaran Islam.

Tuan Guru Harun Taib

Mari kita sama-sama mendoakan agar kedua-dua ulama dan pemimpin PAS yang berani mempertahankan Islam ini akan kembali sihat dan dapat terus memperjuangkan Islam supaya pemimpin PAS seperti Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Husam yang menyebelahi Kristian tidak boleh bermaharajalela.

Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad sudah tidak mengendahkan lagi pandangan Tuan Guru Haron Din dan Tuan Guru Harun Taib dalam hal kalimah Allah, seolah-olah mereka lebih berilmu berbanding kedua-dua ulama ini.

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." .
H.R Ahmad


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebelum ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.

Beliau berkata, semua pihak wajib faham iaitu kalimah Allah sebenarnya merujuk kepada Tuhan Yang Esa atau Tuhan Yang Tunggal seperti mana disebut oleh Allah di dalam surah al-Ikhlas dan bukannya tuhan yang berbilang-bilang seperti mana kepercayaan agama Kristian

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib juga pernah berkata, keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald  mesti disokong umat Islam.

Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik, kata beliau

Pengkebumian_TG_Harun_Taib_12
Akhirnya Allah lebih menyayanginya - Alfatihah....

Allah menarik ilmu dengan kematian ulama

Dari Abdullah ibn ‘Amru ibn Al-‘As ra katanya : Saya dengar Rasulullah saw bersabda : Bahawasanya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya dari manusia tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan ulama hingga apabila tidak ada lagi orang alim, manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ketua, maka mereka ditanya, merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan pula.
( Sepakat dalam riwayat ).
           
Keterangan :
Hadis ini menerangkan bahawa jika manusia tidak mahu menerima ajaran Allah, maka Allah akan mencabut ilmu itu. Tidak ada gunanya ilmu Allah swt itu berada di kalangan manusia jika manusia tidak mahu menurutnya. Atau ilmu hanya digunakan untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata.
Oleh itu Allah akan menarik ilmu yang ada pada manusia itu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang boleh membawa manusia beriman dan mengakui kebesaran Allah serta menjalankan peraturanNya. Jika manusia merasakan bahawa mereka tidak perlu kepada ilmu tersebut, maka Allah akan menariknya kembali kerana ilmu yang ada pada manusia adalah pemberianNya. Allah sentiasa mengajar mereka apa sahaja yang tidak diketahuinya ( surah Al-‘Alaq : ayat:5 ).
Dijelaskan juga bahawa Allah swt tidak menarik ilmu itu dengan mencabutnya dari manusia, walaupun Allah berkuasa melakukan apa sahaja. Allah menarik ilmu dari manusia ialah dengan mematikan ulama, iaitu ulama yang jujur dan ikhlas kerana Allah. Mereka dimatikan untuk menjadi ingatan kepada manusia agar apabila seorang dari orang-orang alim meninggal dunia, mereka harus sedar bahawa di sebalik kematian itu ada erti yang amat dalam bagi kehidupan seluruhnya. Matinya seorang ulama bererti hilanglah sebahagian dari tenaga untuk menyampaikan ilmu itu kepada manusia.
Apabila semua mati, maka tidaklah ada lagi orang yang dapat memberikan pimpinan kepada masyarakat. Manusia perlukan pimpinan seterusnya. Orang-orang jahil pun diangkat menjadi ketua.  Ketua-ketua ini memimpin berdasarkan apa yang mereka ketahui. Pelbagai pertanyaan masyarakat akan diberikan fatwa dengan kejahilan pemimpin. Maka jadilah sesat dan mereka menyesatkan orang lain pula. Pemimpin tanpa ilmu , ia sendiri sesat dan apabila memberi fatwa dengan keadaan itu secara langsung menyesatkan orang lain.
Inilah gambaran kehidupan manusia dan hubungannya dengan peranan ulama-ulama dalam memberikan pimpinan kepada masyarakat. Ulama di sini ialah mereka yang mengetahui dengan mendalam terutama ilmu-ilmu yang membawa kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah juga ilmu-ilmu yang dipelajari dan dikuasai dengan berpandukan al-Quran dan sunnah RasulNya.
Kesimpulan :
Add caption
1. Jika manusia tidak menggunakan ilmunya bagi menurut ajaran Allah maka Allah akan menarik ilmu yang ada pada manusia.
2. Allah menarik ilmu ialah dengan mematikan ulama.
3. Ulama menurut pandangan Islam, mempunyai peranan yang besar dalam memberikan pimpinan kepada masyarakat.
4. Kematian ulama menyebabkan hilangnya tenaga bagi menghayati ilmu Allah swt, maka manusia akan kehilangan pimpinan. Dengan itu mereka akan mengambil orang-orang jahil menjadi pemimpin.
5. Orang-orang yang jahil itu adalah sesat dan apabila mereka menjadi pemimpin , mereka akan menyesatkan pula.
Wallahu a’alam.




Di Terengganu pula 2 pemimpin Umno negara iaitu Dato Azeez Rahim dan DS Jamil Khir turut hadir di majlis pengkebumian arwah TG Harun Taib bagi menunjukkan hubungan hablulminannas sentiasa terjalin mekar dan erat.

In membuktikan ideologi politik tidak menjadi sempadan bagi umat Islam berpadu menghadapi dugaan yang diterima. Sesungguhnya Islam itu bersaudara.


AMUKANMELAYU - Allah masih mendengar RAYUAN dan Do'a mereka yang masih sayangkan ISLAM supaya di tinggalkan seorang untuk MENGEMBALIKAN mereka yang sudah tersasar ini kembali kepada tali Allah yang lurus......Insaflah semua.....