"Seperkara
perlu diingatkan, mungkin Anwar lupa NAJIB menerima pertolungan "ALLAH"
yang membantu BN memenangi PRU13. Jika Anwar Kembali Ke Sg. Buluh atau gagal menjadi MB itu
adalahTakdir dan kuasa ALLAH
yang menentukan segala-galanya".
'SULTAN MELAKA' MAHU PENGUNDI PILIH ANWAR IBRAHIM !!!!
Olak Lempit, Rabu 27 Rabiul Awal 1435 - Mungkin "Sultan Melaka" buat lawak, tapi penulis nampak ada asasnya. Adakah Anwar seorang PEJUANG DEMOKRASI?, sedangkan segala tindakannya adalah menjurus kepada perangai seorang "DIKTATOR". Adakah Anwar merasakan dirinya bagus sangat? Sedangkan segala tindakkannya menjurus kepada KEHANCURAN HIDUP BERMASYARAKAT yang berteraskan kepada Budaya Melayu. Ini kerana kita berada di bumi Melayu. Kita akan merasa pincang bila kita mengamalkan Budaya Hidup India atau Cina di Melaysia ini.
Kenapa semua menjadi TEGANG sekarang ini? Jawapan yang mudah adalah bila Anwar memperjuangkan DEMOKRASI secara Anwar.....semua BOLEH....Malaysia BOLEH.
Bermula dengan Larangan Masuk ke Jepun....Anwar nampak hilang punca. Maka timbullah KENYATAAN NAK BERDAMAI dengan Putrajaya. Katanya untuk mengurangkan tekanan dan Ketegangan ke atas Rakyat. Tapi pernahkah anda bertanya siapah yang memulakannya. Inilah yang dikatakan oleh Orang Kedah....jangan duk main CELAPAK.....tengok dulu apa yang nak kita "KERABAT".
Penulis tidak hairan sekiranya selepas ini Anwar akan turun kejalan Raya untuk menentang atau menggulingkan Raja-Raja di Malaysia sekiranya Sultan tidak mempersetujui Anwar menjawat Jawatan MB di Selangor sekiranya dia menang nanti. Penulis tidak menuduh tapi Anwar seorang yang licik.
Kegagalan dia masuk ke Jepun penulis merasakan ianya ada hubung-kaitnya dengan Washington. Anwar mungkin sudah tahu hal ini. Jika di mustahak untuk terus memasuki Jepun, sudah semestinyalah dia akan mengikut apa syarat yang di tetapkan oleh pihak berkuasa Jepun. Bagaimana hubungan Luar Anwar jika Malaysia PR dapat ke Putrajaya?
Sebenarnya Anwar telah LEBIK....Kes Khalid dan Azmin, keretakan hubungan PAS-DAP-PKR dalam Pakatan Rakyat, Kes Izah nak bercerai, Kes Liwat 2, Banyak janji-janji Menifesto yang tidak tertunai dan menghampakan harapan banyak orang dalam PR denagn Janji Anwar untuk ke Putrajaya. Mejoriti senyap semakin "MEREDAM BAGAI API DALAM SEKAM".....bahaya bro... sudah-sudahlah.... lihat peristiwa-peristiwa Anwar menjadi DIKTATOR di bawah ini.
31 Julai 2008
Wan Azizah Hanya Menjadi KORBAN Anwar sejak Dari Dulu Lagi.
Wan Azizah beri laluan kepada Anwar
KUALA LUMPUR, 07-31-2008 - Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.
Wan Azizah, 55, berkata beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata perkara itu sudah dibincangnya dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.
BERAPA BANYAK YANG PERLU 'DIKORBANKAN' LAGI ......
TERLALU
BANYAK BERCAKAP, MASALAH DALAMAN PART-PARTI PAKATAN, TIDAK
SEBULU...TIDAK BOLEH MENERIMA KRITIKAN PUNCA UTAMA KEDAH TEWAS PRU13
SELANGOR BAKAL MENGIKUT KERANA PEMERINTAHAN DITERIMA OLEH RAKYAT CUBA DIUBAH.....FAKTOR IRI HATI DAN KHIANAT.........
Anwar sah bertanding di DUN Kajang
Datuk
Seri Anwar Ibrahim bersama ahli Pakatan Rakyat yang lain pada sidang
media pengumuman beliau menjadi calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di
Ibu Pejabat PKR, hari ini. –
PKR
hari ini mengesahkan akan meletakkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang
yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh, semalam.
Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang," kata Abdul Khalid.
Anwar 18.8.12: I will retire if PR loses the election and become a professor.
Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang," kata Abdul Khalid.
LIDAH ANWAR
Anwar 18.8.12: I will retire if PR loses the election and become a professor.
Anwar 7.5.13: I am not retiring. We only lost because of the Bangalas and blackouts.
Anwar 20.11.13: I never said there were Bangalas. Tu semua fitnah jahat UMNO!
Anwar 27.1.14: I will NOT contest in the Kajang by-election.
Anwar 28.1.14: I hereby declare my candidacy for the Kajang by-election.
Anwar 28.1.14: Khalid will stay as MB. I will not take over.
23 November, 2013
WAN AZIZAH AKAN 'DIKORBANKAN' LAGI ......
Bagaimana Kamu naik, begitulah juga kamu turun |
Jika merujuk kepada laporan, jawatan Ketua Umum yang dipegang oleh Anwar Ibrahim adalah tidak sah kerana tiada dalam perlembagaan.
Dan kenyataan 'satu isu yang menimbulkan perpecahan dikalangan pemimpin utama' dilihat sebagai satu gimik paling murah PKR untuk memancing respons daripada penganalisis politik dan parti lawan.
Padahal, jika apa pun yang berlaku, ianya di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. 2 orang itu sahaja, tiada orang lain dalam PKR. Dan Wan Azizah sudah tentu tiada kuasa lebih tinggi daripada Anwar Ibrahim.
Tetapi MiM percaya 'kongres khas untuk Anwar' itu sebenarnya untuk menutup malu tentang kenyataan 40,000 pengundi asing. Kongres ini sekadar diversion supaya rakyat tidak mempertikai, mengetawa dan mengejek Anwar lagi.
Itu sahaja!
Sama ada Wan Azizah akan 'dikorbankan' sekali lagi atau Anwar sebagai Ketua Umum atau Presiden parti.....actually, nobody really care and bother about that. Parti itu akan tetap parti anak beranak sama seperti parti DAP dan PAS.
PKR akan mengadakan satu kongres khas esok yang mungkin akan menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kekal sebagai Ketua Umum tidak dipilih, atau mengambil alih jawatan presiden parti, satu isu yang menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin utama, kata sumber dalaman parti itu.
Mereka berkata, pada ketika ini jawatan Ketua Umum tidak berada dalam perlembagaan dan PKR tidak akan memasukkannya dalam perlembagaan parti itu untuk Anwar.
“Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang ‘kejam’ dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.
“Ini akan memaksa Anwar untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.
Peranan Anwar menjadi topik perdebatan di antara dua kumpulan dalam PKR, dengan ramai berkata beliau perlu membuat keputusan untuk mengelakkan pertembungan lebih besar dalam parti itu.
Sumber itu memberitahu, satu kumpulan mahu Anwar terus kekal sebagai Ketua Umum dan jawatan itu dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pindaan perlembagaan kali ini.
Ini akan menyebabkan Dr Wan Azizah terus kekal sebagai presiden.
Sementara kumpulan kedua mahu Anwar menjadi presiden parti itu dan Dr Wan Azizah direhatkan selepas sekian lama memegang pucuk pimpinan sejak Ketua Pembangkang itu dipenjarakan pada 1998.
Bagaimanapun, sesetengah pemimpin parti percaya, mengambil alih jawatan presiden PKR akan menimbulkan kerumitan kepada Anwar dalam struktur kepimpinan PR.
“Sesetengah pihak percaya, kedudukannya akan tergugat sebaik sahaja mengambil alih jawatan presiden kerana pada ketika ini, kedudukannya di atas semua pihak. Jika beliau menjadi presiden PKR, kedudukan Anwar akan menjadi sama taraf dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” kata sumber itu lagi.
Sementara kumpulan kedua percaya Anwar sebagai presiden PKR tidak akan menimbulkan masalah kerana PAS dan DAP sudah menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya.
Seorang wakil rakyat PKR memberitahu, kebanyakan ahli parti mahu melihat Anwar menjadi presiden supaya parti itu lebih mantap dan kukuh kerana jawatan Ketua Umum tidak jelas dan terikut-ikut dengan struktur parti politik di Indonesia.
“Jawatan Ketua Umum dulu diwujudkan kerana selepas dibebaskan daripada penjara, Anwar mempunyai halangan undang-undang daripada memegang jawatan politik, kini halangan sudah tiada.
“Jadi tiada sebab lagi untuk Anwar tidak memimpin PKR sekarang,” kata wakil rakyat PKR itu dan menambah Dr Wan Azizah pernah memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
Kongres khas PKR yang akan diadakan di Selangor esok antara lainnya akan melakukan perubahan yang akan memudahkan ahli untuk bertanding jawatan dalam parti itu.
“Selepas kongres khas ini, seseorang yang ingin bertanding jawatan tertinggi PKR tidak lagi memerlukan pencalonan daripada cabang.
“Cukup dengan seorang penyokong dan pencadang, mereka sudah boleh menjadi calon,” kata Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang yang lebih terkenal dengan nama Tian Chua.
PKR menang 30 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kurang satu kerusi berbanding pencapaian mereka pada 2008.
Sementara DAP mempunyai 38 kerusi dan PAS mendapat 21 kerusi di Dewan Rakyat.
Jelas Anwar adalah Diktator !
Jelas Diktator |
Oleh Emang Da Galileo, AIDCclub
Anwar selalu menempatkan namanya sebagai pejuang Demokrasi. Baginya pemerintahan yang ada sekarang adalah regim pemerintahan yang mengamalkan kuku besi. Alasan bagi pihak dirinya untuk membuktikan kerajaan tidak demokrasi adalah menangkap beliau kerana melakukan liwat.
Anwar menganggap kerajaan tidak demokrasi kerana menyekat kebebasan bersuara atau dengan kata lain menyekat kebebasan memfitnah dan mengkritik membabi buta dengan tiada etika. Jikalau Anwar merupakan tokoh yang mementingkan dan memartabatkan demokrasi, dia sepatutnya letak jawatan sebagai mengikuti suara demokrasi dari ahlinya sendiri. Ini kerana memorandum TAUBAT yang dibuat oleh ahli PKR dari Pulau Pinang dan Perak itu mendesak supaya Anwar letak jawatan.
Demokrasi akan berjalan jikalau Anwar mengikuti sahaja suara ahlinya. Inilah kebebasan suara sebenarnya dalam Demokrasi. Kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Inilah Demokrasi yang sepatutnya Anwar lakukan iaitu letak jawatan seperti mana yang didesak. Jikalau Anwar terus memegang jawatan tersebut, ini akan menunjukkan bahawa beliau tidak demokratik dan sebenarnya mengamalkan sistem kuku besi yang tidak mahu mendengar golongan bawah dalam partinya.
Bagaimana mungkin ingin memerintah negara secara demokrasi jikalau dalam partipun tidak
demokrasi, tidak mendengar suara bawahan. Inilah baru namanya autokratik diktator dan tidak demokratik.
KEDIKTATORAN ANWAR
Ketika Anwar mendakwa dirinya kononnya telus, suci, murni dan lagi bersih yangmahu mendengar rintihan suara-suara bawahan, ketika itu jelas dan nyata dia memperlekehkan suara “desakan letak jawatan” dari ahlinya sendiri. Inilah namanya Munafik!! Lain yang dicakap, lain yang dibuat. Terlolong,berteriak, meraung-raung dan meninggi suara dengan mengatakan diri sebagai pejuang demokrasi, tetapi walhal yang sebenarnya dialah penghancur demokrasi. Tidak mahu melayan suara-suara dan desakanahlinya sendiri.
Kediktatoran Anwar jelas di dalam pemilihan PKR baru baru ini. Tangan-tangan tersembunyi Anwar nampak sangat dalam campur tangannya dalam siapa yang dia mahu dan siapa yang tidak mahu
untuk menduduki jawatan-jawatan penting. Anwar bertindak seperti perancang yang wajib diikut cakapnya. Perkara ini baru berlaku di dalam Parti yang kecil. Jikalau memerintah negara,
hancur sistem perundangan negara akan ditukar kepada sistem diktator yang pertama sekali di Malaysia.
Pada hakikatnya demokrasi yang diperjuangkan Anwar bukanlah demokrasi yang tulin dan suci sepertimana yang diiktiraf oleh Islam. Tetapi demokrasi Anwar adalah kebebasan meliwat, bukan kebebasan bersuara. Demokrasi Anwar bukanlah hak asasi normal manusia, tetapi merupakan hak songsang manusia. Demokrasi yang diperjuangkan oleh Anwar bukanlah kebebasan bersuara, tetapi kebebasan memfitnah.Inilah sebenarnya Demokrasi
Anwar!!!
Ini jelas kerana terlalu banyak bukti untuk mengukuhkan hal tersebut. Dari sudut watak Anwar yang memaparkan dualisme munafik, seterusnya tindakan tangan-tangan Anwar tersembunyi di dalam parti PKR, tidak melayan karenah orang bawahan dan sebagainya adalah merupakan sebuah bukti watak tokoh diktator yang kejam. Jikalau Anwar memerintah negara, pasti punah ranah Malaysia negara tercinta ini.
AMUKANMELAYU - Bagaimana ACUAN begitulah KUIHNYA