,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 11 January 2014

PAS DAN MUJAHID BUKAN WAKIL 10 JUTA LAGI UMAT ISLAM DI MALAYSIA


Mujahid Ulangi Polisi PAS Benarkan Bukan Islam Guna Kalimah Allah

 PERHATIAN UNTUK MUJAHID : Siapa melantik PAS sebagai WAKIL Orang Islam untuk kamu BENARKAN bukan Islam Gunakan Kalimah Allah?

BRO, Wa ingat Lu buar satu Gereja kasi sama Pakiam la
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam majalah mingguannya, The Herald, namun ia bersyarat.

Mujahid berkata PAS Pusat sebelum ini menetapkan kalimah itu boleh digunakan dengan syarat ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan 1963, Perkara 3(1) yang secara jelas mengisytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

“Orang bukan Islam yang hendak memakai kalimah Allah dalam The Herald boleh tetapi jangan menyebabkan artikel 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang agama Islam agama rasmi terjejas, pada saya itu adalah yang terbaik,” katanya.
Malah katanya PAS telah menjelaskannya pada tahun 2010 lagi bersabit pendirian mengenai isu kalimah Allah.

“PAS sudah menjelaskannya pada 2010, bahawa bagi kami penggunaan kalimah Allah itu, boleh diterima dari segi akademiknya tetapi kalau digunakan juga, jangan sampai hingga menjejas hubungan orang Islam dan bukan Islam,” katanya.
Bagaimanapun kenyataan Mujahid itu dilihat bercanggah dengan Enakmen Syariah Negeri Kelantan, pimpinan PAS.

Semalam, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa Kelantan telah menguatkuasakan undang-undang yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan 24 perkataan dan frasa Islam, termasuk “Allah” untuk lebih daripada 30 tahun.

Mereka yang melanggar undang-undang boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. Mereka juga dikenakan sebat.

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun pada 2010 dilaporkan berkata kerajaan negeri tiada halangan dan tidak berhasrat untuk melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sepertimana negeri-negeri lain.

“Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat,” dipetik dari Harakah bertarikh 22 Januari 2010 (Jumaat) – Antarapos

AMUKANMELAYU - Menggunakan KALIMAH ALLAH itu sendirinya telah mela,ukan kesalahan  Syarie di beberapa Negeri apa Hang duk merepek ni Mujahid. Buat malu Al-Marhum bapak hang jarrr.....kalu Hang bagi penggunaan bersyarat, Syarat lagu mana?....kalu depa pi gantung Kalimah Allah tu di Tok Kong dia bagaimana? Kalu dia gantung di gerai Babi lagu mana? Siapa nak kuatkuasakannya? Memang akai PAS ni ciput tapi berlagak pandai dan perasan baik sangat.